Pages

Khamis, 8 Disember 2011

Ikan Mata Sebelah Masak 3 Rasa

Jam sedang menunjukkan angka 1.54 petang. Amie ambil kesempatan untuk berkongsi resepi Ikan Mata Sebelah Masak 3 Rasa untuk beberapa minit. Lepas ini Amie ingin rebahkan kepala seketika di atas bantal. Agaknya masih kurang cukup rehat, jadi kepala sedikit berdenyut. Pagi tadi selepas Encik Suami keluar ke tempat kerja, Amie sambung tidur tetapi satu jam kemudian telefon berbunyi. Encik Suami akan pulang ke rumah ambil Amie .... katanya hendak ambil Amie pergi berziarah ke Kunak, 75 km dari Lahad Datu.... sepupunya telah kembali dijemput Ilahi selepas koma hampir 3 minggu kerana terdapat darah beku di kepalanya  dan mendapat rawatan pembedahan di Kota Kinabalu. Sesungguhnya dari Dia kita datang, kepada-Nya jua kita akan kembali. Kasihan sungguh anak tunggalnya yang baru berusia 2 tahun menangis memanggil nama bapanya, sementara balunya......sudah kering airmata. Mudah-mudahan sang isteri terus tabah menerima dugaan hebat ini. Al-Fatihah untuk allahyarham. Tepat pukul 11 pagi tadi jenazahnya selamat dikebumikan.

Encik Suami akan kembali ke tempat kerjanya pukul 2 petang, dan sempat jugalah Amie sediakan makan tengahari dengan hidangan seringkas mungkin. Amie masak ikan mata sebelah. Tak tahulah apa disebut orang nama ikan ini. Sebelah Encik Suami sebut ikan sebelah, ada juga yang panggil ikan sebelah mata, tapi dari kecil lagi telinga Amie sudah biasa dengar ikan mata sebelah. Ada juga yang kata ikan sisa nabi dan kalau ada sesiapa yang belum pernah lihat atau dengar, nama Inggerisnya ialah flatfish. Apa pun nama ikan ini, belakangan ini memang jarang jumpa di pasar. Adakah spesiesnya mulai pupus atau kurang permintaan terhadap ikan jenis ini. 


Tengoklah bahagian kepalanya, giginya pun seakan gigi ikan pirana. Kalau bonda nampak Amie masak ikan tak buang mulutnya, bonda tegur suruh buang...... Semasa Amie 'menyelimutkan' badan ikan dengan kuah 3 rasa, tiba-tiba Amie terfikir tentu nanti ada rakan-rakan blogger yang belum pernah nampak ikan ini....Amie nak kaut balik kuah, badan ikan sudah berlumuran dengan sos pula! Tak apalah, Amie yakin rasanya ramai tahu rupa paras ikan mata sebelah. Resepi ini adalah resepi ciptaan Amie sendiri berdasarkan rasa masin dan manis diwakili oleh taucu, rasa masam diwakili oleh sos tomato, dan rasa manis serta sedikit pedas. Sebenarnya sudah lebih 3 rasa ni...

Resepi: Ikan Mata Sebelah Masak 3 Rasa
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan mata sebelah - bersihkan
1 biji tomato - potong dadu
1 labu bawang besar - mayang
2 biji bawang putih - hiris
1.5cm halia - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
2 sudu taucu manis
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu sos plum
3 helai daun limau purut
75ml air
1/2 sudu serbuk pati ikan bilis - jika perlu
1/2 sudu tepung jagung -bancuh dengan sedikit air
minyak
garam
1/2 sudu serbuk kunyit

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit.Goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis halia, bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
3. Masukkan taucu, hirisan lada hijau dan merah. Gaul sebati.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, sos plum dan buah tomato.
5. Masukkan air dan biarkan mendidih.
6. Sekiranya inginkan kuah lebih pekat, masukkan bancuhan air tepung jagung.
7. Jika kurang rasa masin dan sebagainya, bolehlah tambah secubit garam atau serbuk pati ikan bilis.
8. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan setelah berubah warna, tutup api dapur.
9. Kuah sedia untuk dituang ke atas ikan mata sebelah.


Ini bahagian perut ikan yang belum sempat Amie 'selimutkan' dengan kuah 3 rasa. Jom makan sama..... tapi layan dirilah yea... Amie nak tidur sekejap!

14 ulasan:

  1. AS'salam Amie


    Ikan sebelah ni ct pernah nampak kat pasar tani. tapi tak pernah lagi ct masak ikan sebelah ni. Yalah menurut arwah bapa mertua ini ikan lebihan nabi Musa AS. Amie ni suka masak ikan yang pelik2, ct kadang2 tak kenal nama2 ikan ni..hehehe. adoi..bukan tak tahu tapi tak pernah makan kot sebab tu tak tahu apa nama2 ikan tu semua.

    Al-Fatihah buat arwah sepupu suami Amie. Semoga roh arwah tenang disana..a-minnn

    BalasPadam
  2. sedap ni. ikan ni mak kita panggil ikan sebelah/sisa nabi..kita kdg2 masak taucu..kdg2 masak cili sambal pedas (cili tu tumbuk kasar2) masam2 manis.

    BalasPadam
  3. salam Amie..mungkin kat tpt atie lain namanya kot.Dah alam xmasak 3 rasa...
    Al-fatihah tuk Arwah,semoga isterinya tabah.

    BalasPadam
  4. salam amie...
    lama tak ziarah dapur amie ni.. kalau boleh mmg hari2 nak ziarah dapur kawan2.. tp apakan daya.. masa tak mengizinkan.. terpaksa singgah mana yg sempat ajelah.. hihi..

    sedap tu ikan sebelah mmg ikan kegemaran sy.. tapi mmg susah nak dpt kalau setakat mencari di kedai2 runcit.. kalau ada pun kat pasar besar.. manalah nak jumpa sbb pegi pasar pun jarang2 hihi.. selalu kat rumah yg beli lauk basah husband.. itupun beli kat kedai runcit aje.. kat belakang ofis pun ada juga jual lauk2 basah.. pun kedai runcit juga.. memang tak pernahla ada ikan sebelah ni.. kdg2 bila balik kg mak rajin juga beli sbb kat sana mudah pula dpt ikan ni..

    oh.. salam takziah buat keluarga arwah.. moga isterinya tabah menghadapi dugaan besar itu.. tak dpt nak bayangkan kalau kita berada di tempatnya kan.. dengan anak yg masih kecil.. apa2pun ajal maut di tangan tuhan.. DIA berhak 'mengambil' kita bila2 masa saja.. Al-Fatihah buat arwah..

    BalasPadam
  5. Amie..terima kasih bagi resepi.akak ambil simpan dulu ye

    BalasPadam
  6. assalam, tak pernah tengok lagi ikan sebelah ni.Tak nampak rupa paras ikan xpe..bleh tengok ikan 3 rasa yg sedap tu jadilah..
    meriah n kalerpul gitew..berselera nak makan

    BalasPadam
  7. Waalaikumussalam Ct,
    sebenarnya mungkin ikan-ikan yang Amie masak pelik bagi Ct sebab Ct tak pernah jumpa, tapi disebabkan di sini banyak sangat jenis ikan yang dijual, jadi kita banyak pilihan untuk membeli dan memasaknya...dan sebahagian besar ikan belum lagi Amie cuba memasaknya.... termasuklah ikan buntal! Amie pernah makan hasil masakan mentua dan juga kawan2 tapi... belum berani untuk mencuba masak!

    BalasPadam
  8. GreenJade,
    memang sedap masak taucu, kalau lebih sikit rajin Amie suka kukus.

    Azatie,
    lain tempat lain namanya ye Atie.

    Madiha,
    dulu memang senang nak dapat, ayahanda selalu beli, tapi sekarang memang jarang ada....keluarga belah kakak ipar Amie suka ambilisi ikan ini untuk dibuat fishball.

    BalasPadam
  9. Acik Erna,
    okey...boleh simpan resepi, boleh cuba.

    Lina_pg,
    agaknya tak semua tempat ada ikan begini ye Lina.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Salam Kak Amie..klu kat tmpt yana pgl ikan sebelah..pnh jgk yana mkn tp org lain msk hihii..

    Takziah bt keluarga arwah..moga isterinya tabah..Al-fatihah

    BalasPadam
  12. salam kak amie....1st time liza dgr ikan mata sebelah ni...huiiii, takut betol tgk gigi dia...garang tuuuu....hihihi

    BalasPadam
  13. Assalam Amie, oh ikan sebelah pernah juga tgk tp dah di keringkan, yg segar belum tgk lg. Takziah buat sedaara hb amie tu

    BalasPadam
  14. Takziah ye Amie, AlFatihah untuk sepupu Amie, moga ditempatkan disisi orang2 yang beriman.

    BalasPadam