Pages

Khamis, 15 Disember 2011

Jus Epal Merah Dengan Oren Sunkist

Sewaktu Amie mengisar epal merah dengan oren Sunkist untuk dijadikan jus tadi, cuaca terang benderang dengan sinaran matahari yang terik. Belum sempat Amie minum jus, tiba-tiba cuaca berubah mendung dan hujan turun dengan lebatnya. Oh! Kusangka  panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Amie pun simpanlah jus epal merah dan oren Sunkist tadi dalam peti ais.  Nanti, manalah tahu hujan tak sampai ke petang dan matahari muncul kembali, bolehlah minum seteguk dua jus yang tersimpan tadi.Yang di bawah ini belum dibubuh ketulan ais.


Resepi: Jus Epal Merah Dengan Oren Sunkist
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 biji epal merah - potong kecil-kecil
1 biji oren Sunkist - buang kulit dan biji (jika ada)
1 sudu madu - Honey Red Dates Tea
3 sudu gula
4 cawan air
ketulan ais - pilihan

Cara:
1. Kisar epal, oren Sunkist, madu dan gula bersama air hingga hancur.
2. Tapis bahan di atas.
3. Tuang ke dalam gelas.
4.Tambahkan ketulan ais jika suka.
5. Sedia untuk diminum.

9 ulasan:

  1. Tak pernah cuba lagi gandingan epal+sunkist ni, kalau tembikai + sunkist sedap..nanti nak try la, banyak resepi baru blog kak amie ni, tunggu rajin atau tak je nak buat hehe

    BalasPadam
  2. tempat saya panas membahang...kalau dapat minum jus tu kan bestnyaaaa...postkan ke sini ya kak Amie...saya tnggu depan pintu...hihihi..

    BalasPadam
  3. menyegarkan..tak pernah campur dua buah ni..

    BalasPadam
  4. perggghhhh...sedapnya jus ni, masam2 gitu...tp kalu segelas macam xcukup ni...kami dtg ramai ni....hihihihi

    BalasPadam
  5. tak payah kecok nak angkat jemuran...
    ucu dah tolong angkatkan dah kain tu..
    minta segelas..penat lah ...

    BalasPadam
  6. Qema,
    saja-saja je cuba.

    MP,
    okey....jus sudah sampai depan pintu!

    WC,
    kena pilih buah yang sesuai untukcampur.

    Liza,
    boleh lebih segelas, ada lagi ni Liza.

    ucu,
    dia ni memangla... mesti nak upah, sebab datang dari jauh punya pasal, Kak Amie buatkan satu juga untuk ucu ye.

    BalasPadam
  7. salam kak amie ...

    wahh kalo kat sini hujan2 pekena jus epal merah n sunskist .. makin bertambah sejuk lah wani .. hihi.. tapi wani x pernah cuba lagi gabungan 2 rasa buah ni tentu sedap :))

    BalasPadam
  8. Wani,
    ikut cita rasa lidah buaya Amie memang sedaplaaa... he hehehh

    BalasPadam
  9. Eh bestnya, nak cubalah Amie, epal merah dah ada, nak kena cari limau sunkist ni hehe..InsyaAllah.

    BalasPadam