Oleh kerana sepanjang petang ini hujan turun tanpa henti, badan pun rasa sejuk semacam. Walaupun sudah tahu musim tengkujuh tapi Amie redah juga untuk menyelongkar dapur yang menyimpan resepi masakan yang boleh menghangat tubuh. Akhirnya Amie termasuk dalam dapur Hazila@My Small Kitchen. Terbaulah pula bau harum Fish Head Curry With Bamboo Shoot dalam periuk Hazila. Apalagi, Amie pun cepat-cepat angkut resepinya bawa balik Lahad Datu. Syukurlah Amie sempat sampai mengikut penerbangan terakhir MAS Wing dari Kota Kinabalu.
Hazila gunakan ikan duri. Amie pula gunakan kepala ikan merah dan dua keping badan ikan. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui resepi yang sungguh enak ini, bolehlah berkunjung ke dapur Hazila @ My Small Kitchen di SINI. Amie panjangkan resepi Hazila di sini pula ye... Hazila cayanggggg. Minta izin dan minta halalkan perbuatan menyelongkar dapur Hazila tadi.
Sumber: Hazila @My Small Kitchen
Bahan-bahan:
1 potong kepala ikan ( saya guna ikan duri ) - Amie gunakan kepala dan isi ikan merah
1 paket serbuk kari
1 sudu makan cili kisar
1 sudu teh halba campur - Amie tambah 1 sudu biji sawi
1 labu bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1/2 biji tomato - dihiris nipis
1 biji cili hijau - dihiris nipis
rebung yang telah direbus - Amie tambah kacang bendi
1 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
air secukupnya
jus asam jawa
garam
cili hijau dan merah untuk hiasan
Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau, tomato dan halba campur hingga naik bau.
2. Campurkan rempah kari dan cili kisar dengan sedikit air sehingga menjadi paste. Masukkan paste ini ke dalam tumisan tadi dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan kepala ikan, gaul biar bahan tumisan tadi sebati dengan kepala ikan. Masukkan jus asam jawa, santan pekat dan air secukupnya.
4. Masukkan rebung yang telah dipotong kepada saiz yang sesuai dan biarkan ia mereneh dan mendidih. Perasakan dengan garam.
Nampaknya malam ini Amie keseorangan di rumah. Anak-anak dan Encik Suami sebentar lagi akan bergerak ke kampung untuk mengikuti majlis bacaan Yassin. Siapa nak temankan Amie...... ada sesiapa yang sudi?
Amie
BalasPadamhujan2 gini pekena fish head curry ngan nasi panas2..waduhhhhhhhhhh tak terkata arr :)
nak teman! boleh tumpang mkn kari ikan. hehe..
BalasPadamKari ikan bestnya... Ratah ikan saja pon bestnya kak
BalasPadamkak amie...kari ikan ni xletak halia yer...mnyelerakan betul....hihihi
BalasPadamamie jeles mama !!..mama tak makan ikan..hu2x..kalau rumah mama dekat dgn rumah amie mama dtg temankan,amie..he2x..
BalasPadamYat Maria,
BalasPadamcuaca sejuk + kari panas = hangat badan.
Asmara,
boleh sangat....panas-panas lagi ni.
Aju,
memang sedap Aju,lembut aje isinya, kita suka matanya...
Liza,
selalunya bubuh halia...a'aaa laaaa.. baru perasan, kali ini tak bubuh halia sebab ikut resepi, tapi tak mengurangkan rasa sedapnya.
Mama Aini,
ni seronok ni...dia tak makan ikan, sanggup pulak temankan kita... hi hi hiii kenyanglah kita meratah kepala sorang2.
masuk kt dapur k'amie..mmg leleh air liur jer tgk lauk2 yg k'amie msk.sume sedap2 belaka....
BalasPadamKalau kari sedap makan dengan roti.
BalasPadamSalam Kak Amie..sempat jugak masak kari ikan walaupun penat naek tonkang..hehe...
BalasPadamwaaa sangat sedap nampaknya menu ikan kari tu..bikin ngences aje..
Amie, baru 2hari lepas masak kari kepala ikan merah, tapi guna rempah kari ikan ynag dah siap tu, lain kali boleh cuba resepi Amie ni pulak.
BalasPadam