Hari ini 16 Disember 2011 genaplah setahun usia Amie's Little Kitchen. Walaubagaimanapun, sebelum itu Amie telah bermula dengan 2 buah blog yang lain, namun semenjak kelahiran Amie's Little Kitchen barulah Amie menyedari apa sebenarnya yang Amie cari selama ini. Amie's Little Kitchen merupakan pilihan yang tepat untuk memenuhi masa lapang dengan berkongsi masakan kegemaran Amie di samping mencuba pelbagai resepi baru dari blogger masakan yang lain. Amie sangat gembira dan begitu menghargai kehadiran semua pengunjung ke dapur Amie yang seadanya ini. Terima kasih semua.... tanpa anda siapalah Amie's Little Kitchen. Marilah kita sama-sama terus berusaha memeriahkan dunia masakan tanahair kita yang bagaikan lautan tanpa sempadan. Selain kongsi resepi, kita juga kongsi suka duka bersama-sama.
Ehsan: Google
Insan di balik tabir Amie's Little Kitchen adalah bujang Amie, Mohd. Faridzuan@Abang. Pertama kali membangun laman, Abang banyak membantu Amie dan kemudiannya Amie kendalikan sendiri sehingga setengah mahir. Hari ini sekali lagi Abang bantu Amie mengemaskini Amie's Little Kitchen supaya lebih kelihatan rapi dan tersusun. Banyaklah aksesori yang Abang buang kerana katanya, yang penting ialah pengisian blog, serta memudahkan pengunjung untuk melawat.
Terima kasih Abang kerana banyak membantu Mummy. Dengan adanya blog masakan sendiri, Amie sentiasa mencari masa dan ruang untuk mengemaskini sekerap mungkin. Terima kasih juga buat pelanggan tetap Amie's Little Kitchen yang sanggup makan apa sahaja menu yang Amie hidangkan tanpa banyak soal. Mereka ialah isi rumah keluarga kecil Amie termasuk Encik Suami dan 3 anak bujang Amie di bawah ini.
Sebelum Amie mengundur diri Amie ingin kongsi bersama rakan-rakan tentang kebaikan laman blog kepada pengendali blog seperti kita. Tahukah rakan-rakan sekalian, kita adalah sebahagian daripada yang tertulis di bawah ini:
- Blog ialah singkatan darpada blog web - istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada penghujung tahun 1997. Beliau menggunakan istilah blog web untuk merujuk kepada pemilik laman web peribadi, yang sering mengemaskinikan catatan mereka secara berterusan.
- Blog merupakan cara mudah untuk mengenal peribadi pemiliknya atau kecenderungan pemiliknya menulis tentang sesuatu isu.
- Menulis blog atau memblog setiap hari akan menjadikan pengendali blog lebih yakin pada diri melalui pandangan yang diutarakannya.
- Apabila sering melahirkan buah fikiran dalam blog, mereka bukan sahaja mampu menjanakan pemikiran secara lebih terbuka dan kritis, tetapi juga menjadi terapi yang sihat kepada minda.
- Laman blog juga dapat dijadikan ruang untuk memperoleh pendapatan dengan cara mudah. Hal ini demikian kerana berkembangnya sistem pemasaran di alam siber menjadikan blog medium yang amat berguna bagi sesiapa yang ingin mengiklankan produk masing-masing.
- Laman blog juga lebih mudah dikendalikan berbanding dengan laman sesawang yang agak sukar dikendalikan.
- Blog menjadi saluran alternatif paling berkesn untuk menyuarakan pandangan dan berdebat tentang sesuatu isu daripada pelbagai perspektif.Kita bebas menuarakan pandangan dan berdebat tentang sesuatu isu asalkan tidak menyalahi undang-undang, misalnya tulisan yang berunsur fitnah dan hasutan.
- Melalui komen yang diberikan oleh pengunjung, laman web menjadi mediumpaling berkesan untuk berkongsi apa-apa juga pendapat dan pandangan, sekali gus menjadikan seseorang pengendali laman blog lebih peka dan terbuka baik dari segi pemikiran mahupun pandangannya.
Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Ledakan Blog: Di Manakah Remaja" oleh Muhamad Irfan, Dewan Siswa, Julai 2008.
Happy anniversary dapur Amie! Wah! buat facelift ni! kemas! cantik juga! tahniah amie..wc rasa untung sangat dapat kenal amie di sini..
BalasPadamTahniah Kak Amie. Melalui blog juga kita dapat berkenalan dan menambahkan bilangan kenalan. Walaupun tidak pernah bersua namun terasa hubungan yang rapat .Tahniah sekali lagi buat Kak Amie , dapur dah bertambah cantik dan kemas. Lepas ni lebih ligat lagilah memasak....
BalasPadamhepi 1st anniversary to 'Amie's Little Kitchen' keep up more and more kak amie...nice blog!!
BalasPadamAmie selamat pagi dan happy anniversary ya.Muga2 bertambah meriah dunia blog kita kan.
BalasPadamhappy 1st anniversary buat blog akak, berwajah baru blog akak? nice!!!
BalasPadamWC,
BalasPadamterima kasih banyak-banyak, nak dapur yang serba ringkas saja, gembira sangat dapat kenal dengan WC.
Yatie,
terima kasih Yatie,
memang seronokdapat menjalin perkenalan di alam maya,
insya-Allah nak merempit terus di dapur ha hahah
Ida,
terima kasih Ida,
wokey.... akan diteruskan.
Puan Ros,
selamat pagi,
sama-samalah kita terus meriahkan dunia masakan ye.
Aju,
terima kasih Aju,
Kak Amie nak blog yang ringkas dan ringan saja supaya mudah menguruskannya.
salam Amie....Hepi Besday utk blog Amie....dah tiup lilin ke belum ni?
BalasPadamnk potong kek nnt jgn lupa ajak Liza sekali yer...hihihi
tahniah kak amie..cantik rumah baru...berseri2 je...hehehe
BalasPadamHappy anniversary Amie's Little Kitchen...
BalasPadamtukar peralatan dapur nampak... dah semakin cantik dan kemas, tunggu ye, jab lagi ucu datang hantar bunga n rvc ye...
sayang kak amie....
salam Amie.HAPPY ANNIVERSARY BLOG!!Sedar X sedar dah setahun usianya...
BalasPadamMakin cantik blog ni..
Happy Anniversary Dapur Amie...muga terus sukses dan terus memberi ilmu untuk dikongsi bersama...
BalasPadamLiza,
BalasPadamkek yang diorder belum sampai lagi... nanti Amie panggil Liza tiup sama-sama ye.
Quinnie,
nampaklebih lapang ye Quinnie...senang nak lari-lari.
Ucu,
terima kasih cayang Ucu... kak Amie tunggu bunga and RVC kat dermaga tempat Ucu selalu labuhkan tongkang ucu tu.
Azatie,
terima kasih Atie...rasa lebih selesakan Atie.
UmmiAkid,
terima kasih Ummi..sama-samalah kita sumbang pengetahuan untuk dikongsi bersama.
Congratulations on your 1st Blogversary ya Amie..Semuga, 'Amie's Litte Kitchen' akan terus forward kehadapan dan teruskan perkongsian ilmu ya..insyallah..
BalasPadamsalam amie... tahniah atas ulangtahun Amie's Little Kitchen yg pertama ya.. semoga blog terus mantap dan mood blogging terus utuh.. hehe..
BalasPadamowhh ada 3 hero semuanya ya.. :)
Assalam, K Amie...
BalasPadamHappy Anniversary tuk Amie's little Kitchen... Izin nurul singgah kat cni yer... :)
assalam amie, happy anniversary. smga dpt terus berkarya dlm bidang masakan sekaligus berkongsi ilmu.
BalasPadamhappy aniversary Amie..mmg best ada blog,boleh curahkan apa2 saja yg ada dlm hati..*_*
BalasPadamHappy birthday Amie's Little Kitchen, sayang kamoo!!!
BalasPadamSweet rumah baru Amie...
BalasPadamHappy 1st anniversary Amie's little kitchen dan tahniah dari kak Zai .
Blog juga boleh dapat ramai kawan dan kadang2 menjadi sahabat akrab.
Ayu,
BalasPadamterima kasih Ayu, insya-Allah kita akan terus ke hadapan dalam perkongsian maya.
Kak Nor,
terima kasih Kak Nor, mudah-mudahan akan semantap Kak Nor...he hehehhh
Mawar Merah,
insya-Allah Mawar Merah...sama-samalah kita berusaha ke arah itu.
Ummi,
BalasPadamterima kasih banyak-banyak Ummi, love you too...
Kak Zaitun,
terima kasih kak, betul tu...sungguh menggembirakan dan memang dapat banyak kawan serta boleh tukar2 fikiran.
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamTahniah dh setahun moga Amie bertambah mantap dan berjaya dlm mengendalikan blog Amie yg cun ini...gambar pun semakin cantik dan memikat hati...resepi pun tak kurang hebatnya...biasa kalau masuk sini pasti kecur kita dibuatnya.
As'salam Amie
BalasPadamHappy 1st Annivesary Amie's Little Kitchen.
Semoga semakin mantop dengan menu2 yang sedap dan mengecurkan. Ct suka kesini sebab menu masakkan Amie lain dari yang lain. dengan resipi ikan yang tak pernah ct lihat dan mencubanya. Insya'Allah semoga Amie's Little Kitchen akan terus kembang mekar dan mewangi setiap hari..Tahniah dari Ct sekali lagi..muahhh!
Maaf lambat wish ya *wink*
Assalam Kak Amie, maafla lambat singgah sini semlm tak bw pun. happy belated 1st blog anniversary kak..semoga akak akan terus berkongsi resepi dan menulis lagi nanti.blog akak memang best:)
BalasPadamCT Delima,
BalasPadamterima kasih Ct,
memang banyak ikan di sini Ct, banyak lagi yang Amie belum masak... he he hehh takut orang takut tengok rupa ikan yang pelik-pelik..hi hi hii.
Nieza,
Waalaikumussalam.
Terima kasih Nieza, jom kita sama-sama meriahkan dunia masakan warisan nenek moyang kita ye Nieza.