Assalamualaikum teman-teman pengunjung yang Amie hargai. Amie ambil kesempatan berehat tengahari ini untuk berkongsi rasa memandangkan Amie terlibat dengan tugas-tugas mengurus agihan RM100 untuk para pelajar di sekolah hingga ke petang. Berduyun-duyun ibu bapa dan para pelajar datang untuk urusan tersebut dan sememangnya mereka merupakan pelanggan yang perlu diutamakan. Apa pun sebelum mennyambung tugas pukul 2 petang nanti, Amie dahulukan dengan perkongsian rasa syukur, gembira dan bahagia kerana pada hari ini, 18 November merupakan ulang tahun ke 17 perkahwinan kami. Malam tadi sempat kami mengimbau kenangan manis 17 tahun yang telah berlalu... dan bertepatan pula pada tarikh tersebut (18 November 1994) bersamaan dengan jatuhnya hari dan tarikh yang sama pada hari ini iaitu hari Jumaat malam Sabtu, dengan sekali lafaz di Masjid Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor, rasmilah kami disatukan sebagai suami isteri yang sah. Mungkin tarikh dan hari ini dianggap kebetulan sahaja... tetapi kami sungguh teruja dengan ulangtahun perkahwinan yang jatuh tepat masanya dan sungguh istimewa ini!
Memandangkan kesibukan tugas, nampaknya kami sambut sahaja hari kenangan yang penuh kebahagiaan ini dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan kami rezeki sebagai sepasang suami isteri yang saling melengkapi bersama 3 orang cahayamata. Kami terima seadanya segala kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Tidak dinafikan memang ada pelbagai dugaan dan cabaran yang kami tempuhi sepanjang tempoh perkahwinan kami. Namun, semuanya kami anggap sebagai asam garam kemanisan hidup berumahtangga.
Hadiah? Oh....kami saling memberi dan menerima hadiah..... tapi rahsia tau..... dan sudah semestinya ia merupakan terjemahan erti sebuah kasih sayang dan cinta antara kami. Doakan kebahagiaan kami bersama anak-anak tersayang dan mudah-mudahan jodoh kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin ya Rabbal Alamin.
Amin..
BalasPadamAlhamdulillah..dah 17 tahun hidup bersama..semoga terus berbahagia didamping keluarga..
Assalamualaikum akak amie cayang..
BalasPadamSelamat Ulang tahun perkahwinan buat akak dan suami.. Tahniah akak.. moga kekal bahagia hingga akhir hayat.. Amin..
salam kak amie....alhamdulillah bahagia sampai sekarang...semoga terus berpanjangan hingga akhir nnti....
BalasPadamAlhamdulillah kak. Semoga terus kekal hingga ke Syurga. Amin..:D
BalasPadam17 tahun bersama pasti suka duka diharungi bersama, semoga kekal ke akhirnya amin
BalasPadamAlhamdulillah..dh 17 tahun..semoga Kak Amie sntiasa berbahagia :=)
BalasPadamAs'salam Amie
BalasPadamSelamat ulang tahun perkahwinan buat Amie dan suami terchenta..semoga mahligai bahagia kekal bersama hingga kedalam syurga..insya'Allah..aminnn
Tahniah dari ct buat Amie :)
Alhamdullillah.. Selamat Ulang Tahun ke 17. Moga bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin
BalasPadamKak Amie cayangggg...selamat hari ulang tahun..mieza doakan semoga kak amie akan sentiasa bahagia di samping suami tersayang..semoga kebahagiaan yang dikecapi hari ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat..insyaAllah...kak, post la gambar kawin dulu2 tu..mesti cun gitu..tahniah kak :)
BalasPadamcurlastt akak dah 17 thn kawen ekk...menten gituew
BalasPadamsemoga kekal hingga ke syurga hendaknyer...hugs"
slm k'amie cayang...tak sangka k'amie sambut 2 hari istimewa pada bulan ini...tahniah kak, selamat hari ulangtahun perkahwinan buat akak dan suami...amin
BalasPadamtahniah buat amie serta suami...
BalasPadamsemoga kekal abadi bahagia selamanya bersama cahaya mata....
wah..wah...dapat hadiah nak rahsia2 pulak....
BalasPadamdoa ucu dikejauhan...selamat melayari star cruise..moga kebahagian akak n famili berkekalan dan sentiasa berada dalam keberkatan....
Esok subuh2 bukak pagar ye ada delivery nak antar kek..hihihi..(acah aje..)
Selamat berbahagia Kak Amie...semoga kekal hingga ke akhir hayat...amin.
BalasPadamAlhamdulillah ,tahniah buat akak ,semoga kasih sentiasa mekar dan berpanjangan
BalasPadamsemoga bahagia selalu..
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamHappy Anniversary Amie, semuga bahagia hingga ke syurga. Semuga segala doa Amie dimakbulkan olehNYA, insyaAllah, Amin..... akak tumpang bahagia...
Smga bebahagia hingga ke syurga.. amin.. happy anivsry amie..
BalasPadamTahniah kak...happy anniversary buat akak dan suami. semoga kekal bahagia hingga ke syurga..insyaAllah..amin:)
BalasPadamamie..
BalasPadamselamat ulang tahun pernikahan buat amie & suami.. doa maklong semuga kalian bahagia.. dunia dan akhirat
Selamat menyambut hari ulang tahun yang ke 17 buat Amie,doa dari kak Zai semoga berbahagia dan kehidupan Amie sekeluarga sentiasa dirahmati Allah swt,amin.
BalasPadamAssalam amie, maaf terlewat ucap selamat ya. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 17, semoga amie bahagi disamping famili tersayang dan semoga kekal ke akhir hayat
BalasPadamAlhamdulillah...syukur...selamat hari ulangtahun perkhawinan yg ke 17...
BalasPadamDoa kak cek...kekal bahagia hingga ke akhir hayat...
tahniah Amie... 17 tahun bukan masa yg singkat... syukur kerna berjaya melayari bahtera rumahtangga hingga kini & didoakan dpt meneruskan pelayaran hingga ke destinasi bahagia yg tiada penghujungnya...
BalasPadamAmie..
BalasPadamSemoga berbahagia hingga ke akhir hayat...
selamat ulang tahun perkahwinan kak.. alhamdulillah dah 17 tahun seronok sangat dengar.. moga berbahagia hingga ke syurga
BalasPadamAmin... doa kakak mengiringi sama. 17 tahun menganyam hidup bersama moga dipermudahkan dan berkekalan hingga keakhirnya Amie. tahniah dari kakak:)
BalasPadamselamat mnyambut u/tahun perkhwinan yg ke 17...semoga kebahagiaan yg dikecapi berkekalan....
BalasPadamAcik Erna,
BalasPadamalhamdulillah....amin...
Diana,
Waalaikumusalam dik Diana cayangg.... insya-Allah...amin....
Liza,
Alhamdulillah....insya-Allah Taala...
Asmara,
Alhamdulillah...mudah-mudahan...aminn...
Ajumohit,
betul tu...asam garam rumah tangga tu...alhamdulillah.
Yana,
BalasPadamya...yana...insya-Allah...
Ct,
terima kasih Ct...mudah-mudahan....amin...
Rinna,
alhamdulillah....amin...
Mieza,
insya-allah dik Miezaa... gambar dah usang dik.. he hehh
Lady Ayu...
harap begitulah..maintain selalu...insya-Allah..
Ida,
iya dik...2 sambutan pada hari yang berdekatan...alhamdulillah...
ilahjy,
BalasPadamterima kasih....insya-Allah...amin..
Ucu,
amboii...siap dari kejauhan lagi...syahdunya doanya tu...mudah-mudahan Allah kabulkan...insya-Allah...aminn...
Rahel,
terima kasih dik..insya-Allah..mudah-mudahan Dia mendengar...
Chik Mimi,
terima kasih..mudah-mudahan kasih sentiasa mekar...
WC,
insya-Allah WC...
Wattie,
BalasPadamterima kasih...sama-samalah kita rasa bahagia...
Dzana,
terima kasih dzana...mudah-mudahan Dia memperkenankan doa itu...amin...
Rosa,
terima kasih Rosa...insya-Allah, sama-samalah keluarga kita berbahagia...
CikCek,
terima kasih banyak-banyak...insya-Allah, Dia Maha Mendengar,....
Nieza,
terima kasih dik...amin-aminn...ya Allah...
Maklong,
terima kasih Maklong...itulah yang kita cari ya maklong...untukdunia dan akhirat!
Zaitun,
terima kasih...terima kasih...amin..amin ya Allah!
Madiha,
BalasPadamterima kasih...memang kita dalam pelayaran...banyak gelombang dan jurang yang dalam, insya-Allah Madiha...kita akan sampai destinasi yang dituju dengan penuh redha Ilahi...amin....ya Allah!
Ummi,
terima kasih ya Ummi...mudah-mudahan begitu...amin!
Juwita,
terima kasih Ita...mudah-mudahan sampai ke sana...amin ya Allah!
KakZakie,
terima kasih banyak-banyak...insya-Allah segalanya dipermudahkan oleh-Nya...amin...amin ya Rabbal Alami..
MP,
terimakasih dik...mudah-mudahan Allah perkenankan...amin!