Pages

Khamis, 17 November 2011

Talam Ubi Kayu

Assalamualaikum semua. Petang ini Amie hidangkan kuih Talam Ubi Kayu untuk rakan-rakan setia yang rajin masuk dapur Amie. Sebenarnya kuih ini Amie buat dua hari lepas, tapi baru hari ini sempat masukkan di sini. Amie ikut resepi  dari Dapur Tanpa Sempadan - Che Mat Gebu yang memang sudah dikenali ramai kerana kepakarannya dalam bidang masak memasak ni... Terima kasih ye Che Mat....tapi Amie buat sedikit penderhakaanlah terhadap resepi Che Mat ni.... he hehehhh.


Bahan-bahan:


BAHAN BAWAH :-)
600 gram parutan ubi kayu
160 ml santan cair
200 gram gula pasir
50 gram gula melaka
Sedikit pewarna coklat - Amie tidak bubuh
1 helai daun pandan

BAHAN ATAS :-)
600 ml santan
40 gram tepung gandum
70 gram tepung beras
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAHAGIAN BAWAH :- Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin bulat berukuran 9 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan aluminium foil. - Amie kukus cara biasa saja.
  2. UNTUK LAPISAN ATAS :- Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian masak atas api sederhana hingga bancuhan suam, kacau tanpa henti. Tuang perlahan2 atas ubi tadi. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan aluminium tadi. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong.

Nampaknya hasil kerja tangan Amie tidaklah sehalus seperti yang Che Mat hasilkan. Tapi... sekurang-kurangnya Amie sudah mencuba. Amie tidak parut ubi sebaliknya kisar ubi dengan sedikit air dan kemudian Amie toskan airnya. Kalau nak memarut..... tak tahu nak siap bila.... he he hehhh Bolehlah klik di dapur Che Mat untuk mendapatkan resepinya yang asal . Terima kasih banyak-banyak ye Che Mat... jom ramai-ramai buat semakan resepi Talam Ubi Kayu di sini: Dapur Tanpa Sempadan - CMG

21 ulasan:

  1. salam amie ni talam kak suka nieeee sejak sekolah dulu nenek suka masak.. kak suka mkn.. tapi la ni kuat pula angin dia...huhuu tapi kak hentam saja... pantng jumpa...

    BalasPadam
  2. Sedapnya amie...leh rasa sepotong dua...kak cek semalam buat bingka ubi...memang suka makan yg ada ubi2 ni...:D

    BalasPadam
  3. Assalam amie, sedapnya talam ubi kayu, suka mkn , tapi nak buat tu yg payah sikit, minta la setengah loyang buat kenag2an hehe

    BalasPadam
  4. Assalam Amie..acik suka sangat makan kuih ubi..talam ke..lepat ke..semuanya suka..tapi ubi yang susah nak dapat..

    BalasPadam
  5. salam kak amie.. ita suka kuih berasaskan ubi kayu.. tapi kat sini mana nak dapat ubi kayu tak de huhuhuhuhu.. balik msia hari tu ita jumpa bingka ubi kayu ita beli banyak ..:) lepas teringin

    BalasPadam
  6. Salam kak amie..nmpk kuih ni teringat sy dgn arwah abah saya.kami berdua mmg minat sgt kuih ni..slalu dulu klau ade kuoh ni mst die belikn tuk km berdua mkn..nmpk cantik je potongan kuih akk tuh..

    BalasPadam
  7. wahh sedapnya tgk kuih talam ubi kayu akak ni...lama dah tak buat teringin la pula:)

    BalasPadam
  8. Hallamak Kuih talam yg paling saya gemar!!! Leleh airliur hihi

    BalasPadam
  9. Assalam Amie...kite dah cuba rendang daging sekilo bawang sekilo ...sedappp

    tq Amie..kongsi simple resepi

    BalasPadam
  10. assalam kak,sy pon suka sgt ngan talam ubi nih,tapi mmg payah nak da org juailah,kalo bingka tuh byklah org juai..Tapi wat sendri mmg puas hati kan,sbb semestinya lemak n sedap..

    BalasPadam
  11. tengah mlm2 ni nak tumpang tambah kolestrol ye...
    wlaupun x sehalus DTS...tapi rasanya tetap ummpppphhh...
    kak..esok kalau x cukup kakitangan nk hulur rm 100 tu calling2 ucu ye, nanti ucu tolong kirakan $$$$$ (laju jer kalau $$$) hehehe...

    BalasPadam
  12. dah lama tak makan talam ubi kayu ni....bestnya kalau dapat makan...

    BalasPadam
  13. salam Kak Amie..waa rajinnye buat kuih talam ubi...emm suka sangat ngan kuih ni..

    BalasPadam
  14. salam Kak Amie..Yana br skali bt kuih talam sndiri..tgk kuih talam akak ni tibe plak rs nk buat..kna seru mood rajin dulu nii hikhikk

    BalasPadam
  15. salam kak amie....sedaaaaapnya talam ubi ni...dh lama Liza xmkn ni....nak sikit blh? hiihhi

    BalasPadam
  16. Amie..ummi datang breakfast lagi, sedapnya talam ubi ni,balik bawak perut kenyang hihii!

    BalasPadam
  17. suke talam ubi...tapi ubi kayu susah nak jumpa kat sini...kalau jumpa pun dh masuk angin...huhuhuh...

    BalasPadam
  18. nyum..nyum..sedapnye..sy suke makanan2 yg manis ni..hihihi

    BalasPadam
  19. tgk talam ubi kayu yg akak buat nie.. teringin sesgt nak makan.. dari ari tu lg diana cari ubi kayu nak buat bingka.. tp smpi skg x jumpa2 lg.. huhuu... nie nampak lg kat dapur akak talam ubi kayu plak.. mmg terliur d buatnya

    BalasPadam