Pages

Sabtu, 19 November 2011

Rebung Masak Kari Dengan Tulang

Sudah makan tengahari? Amie baru pulang dari menghadiri Seminar Integriti, dan perut pun sudah kenyang diisi pelbagai menu tengahari yang menyelerakan. Teringat pula rebusan tulang rusuk yang Amie simpan semalam dalam peti sejuk untuk dimasak dengan rebung pada hari ini. Terima kasih banyak-banyak kepada penyumbang rebung yang sangat pemurah... tak lain tak bukan rakan sekerja Amie iaitu Cikgu Nur Fadhillah. Memang Fadhillah tak pernah lupakan Amie kalau rebungnya bertunas. Memandangkan petang ini Amie memutuskan untuk berada di rumah, jadi Amie masak sajalah rebung dengan tulang rusuk lembu tadi. Amie masak kari, dan kuahnya Amie buat lebih cair dari kebiasaan yang Amie masak.


Oleh kerana Nur Fadhillah sudah cincang rebung panjang-panjang seperti dalam gambar di atas, tak perlulah lagi untuk Amie momotongnya. Kita semaklah apa bahan dalam resepi Rebung Kari Dengan Tulang, menu tengahari untuk isi rumah pada hari ini.

Resepi: Rebung Masak Kari Dengan Tulang
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
400 gram rebung - cincang / potong ikut suka - celur dan toskan
600 gram tulang rusuk lembu - rebus hingga daging empuk 
2 pelepah daun kari
500ml santan 
5 sudu serbuk kari daging
1.5cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 keping asam gelugur
garam/ gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 biji cili kering

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga pecah minyak.
2. Masukkan serbuk kari dan daun kari. 
3. Masukkan santan, tulang rusuk dan rebung dan asam gelugur.
4. Masak sehingga kuah mendidih atau sehingga kuah menjadi pekat.
5. Masukkan garam / gula / perasa pilihan.
6. Angkat dan hidangkan.



Kepada yang belum makan tengahari, jemputlah sesenduk dua lauk Rebung Masak Kari Dengan Tulang tu.... Di kesempatan keemasan ini Amie ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi berkunjung membawa ucapan dan doa sempena Sweet 17 Ulang Tahun Perkahwinan kami...... syukur ke hadrat Ilahi atas segala doa ikhlas rakan semua. Mudah-mudahan Dia memakbulkan doa kalian.... Amin ya Rabbal Alamin....

6 ulasan:

  1. Salam Kak Amie..
    Rahel dah sampai ni..ada org kat umah tak? nak ambik lauk kari tulang..

    BalasPadam
  2. Amie, ummi singgah nak makan tengahari, dah orang jemput tak kan nak menolak, hik!

    BalasPadam
  3. Amie..kalau dah nama rebug..masak kari ke cili api ke..memang acik suka..sedap..

    BalasPadam
  4. Rahel,
    pintu dapur Amie sentiasa terbuka...ambillah kari rebung & tulang tu...masih panas lagi ni...

    Ummi,
    betul tu Ummi...rezeki jangan ditolak ye... he hehhheee

    Ain,
    rebung memang sedap ye Ainn...

    Acik,
    memang masak apa pun...tetap sodap ye Acik...

    BalasPadam
  5. SALAM KAK AMIE...:)

    wah sedapnya pekena rebung masak kari dgn tulang dah terbayang ni makan dgn nasi panas hihi... tak pernah wani dengar ni .. nanti nak cubalah ..

    BalasPadam