Pages

Jumaat, 25 November 2011

Strawberry Smoothie

Strawberry Smoothie ini untuk musafir singgah.... tapi musafir padang pasir yang sedang dahaga kerana kepanasan , bukannya musafir musim sejuk yang mencari minuman panas. Minuman panas belum disediakan lagi..... he he hehhhh... cuaca di tempat Amie panas pada sebelah tengahari dan bila menjelang petang mendunglah pula.


Ini hidangan penghilang lapar dan dahaga Amie tengahari Jumaat tepat pukul 12 tengahari waktu Malaysia Barat dan Malaysia Timur.... waktu hampir masuknya solat Jumaat / Zohor di Lahad Datu.

Bahan-bahan:
25 biji strawberri - belah 2 dan sejukbekukan selama 4-5jam
120ml susu segar
75ml yogurt asli
2 sudu gula

Cara:
1. Masukkan strawberri, susu segar, yogurt asli dan gula ke dalam pengisar.
2. Kisar kesemua bahan hingga halus.
3. Tuang ke dalam gelas.
4. Sedia untuk dinikmati.

8 ulasan:

  1. wah..rajin betul akak buat smoothie skang ni ek....teringin lak rasanya....nak buat smootie oren la cam gini..:)

    BalasPadam
  2. Salam Amie..
    Disini pun tadi pagi sampai tghari panas ...kain baju semua nyer kering.
    Skrg nih (5.28pm) dh mendung jer...

    sedap nyer kalau dpt minum strawberry smoothie kegemaran saya hehehe

    BalasPadam
  3. Amie..acik ada strawberry kawan bagi..boleh cuba ni..kalau menjadi la..

    BalasPadam
  4. Amie..musafir padang pasir singgah ni, nak minum smoothie...hik!

    BalasPadam
  5. Quinnie,
    betul dik...sebab nak lebihkan pengambilan buah-buahan, lagipun menambah yogurt baik untuk kesihatan.

    Mama Hawa,
    masam-masam sikit manis rasanya ye ..

    Acik Erna,
    mesti jadi, ada buah, yogurt, susu segar jadilah tu...gula tu pilihan nak bubuh ke tidak, terpulang untuk rasa masing-masing.

    Ummi,
    jemput Ummi... mesti dahaga ni datang dari jauh...

    BalasPadam
  6. seronok la hari2 dapat minum smoothie ni.

    BalasPadam
  7. Assalam amie, nyaman nya dapa teguk segelas smoothie straberi tu, sedapnya, beli kat ladang ke beli kat supermakt banyak buah tu amie hehe

    BalasPadam
  8. WC,
    anak-anak suka...selalu beli dekat kawan, lama-lama fikir baiklah buat sendiri...

    Rosa,
    takde ladang strawberri.... memang kena buat banyak, sebab buahnya bukanlah besar, lagipun si bongsu & sulung memang suka...kita pun suka... he hehehh bapanya pun suka...

    BalasPadam