Amie hidangkan menu Ikan Bolu@Milkfish Kukus Cendawan Shiitake untuk 2 anak bujang sulung dan bongsu. Aduhai.... bujang yang tengah masih lagi mengikuti Jambori Pengakap Asia Pasifik di Terengganu. Kalau ada miss call.... memang sah dari dialah tu.... walaupun jambori berakhir pada 25 November tetapi rombongan anak kami akan sampai ke Lahad Datu pada 28 November kerana banyak tempat transitnya....rindu! Berbalik cerita menu tengahari ini, cukuplah masak sepotong ikan untuk mereka berdua. Amie sebenarnya masih kenyang makan di sekolah tadi. Kesian, nampak lapar betul bujang-bujang Amie ini...sampai habis licin lauk ikan nan sekeping di bawah ini di sapunya.
Mereka suka makan isinya kecuali kulit dan bahagian perut ikan padahal bahagian-bahagian itulah yang berlemak! Di bawah lapisan warna hitam itulah lemak ikan bolu yang sangat sedap! Oleh kerana anak-anak kurang gemar makan pedas, Amie tidak bubuh cili dalam menu mereka. Resepi ikan kukus ini merupakan resepi asli ciptaan Amie sendiri.
Resepi: Ikan Bolu@Milkish Kukus Cendawan Shiitake
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 potong ikan bolu@milkish
2 kuntum cendawan shiitake - cuci dan rendam hingga kembang, kemudian hiris-hiris (air rendamannya jangan dibuang)
1/4 batang lobak merah - hiris kecil
2 sudu taucu manis
1 sudu sos ikan
1.5cm halia - hiris halus
2 biji bawang putih - hiris halus
1/2 labu bawang besar - mayang
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis / gula
minyak
Cara:
1. Letakkan ikan di atas dulang pengukus. Renjiskan sos ikan dan taburkan bawang putih serta hirisan halia di atasnya. Kukus selama 7 minit.
2. Sementara itu panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, taucu, cendawan shiitake serta lobak merah.
3. Masukkan 50ml air rendaman cendawan shiitake dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.
4. Taburkan serbuk pati ikan bilis dan gula (jika perlu).
5. Buka penutup kukusan dan tuangkan bahan tumisan tadi ke atas ikan. Tutup periuk pengukusan dan kukus lagi selama 3 minit.
6. Angkat dan hidangkan panas.
Selamat mencuba. Resepi ini tidak terhad hanya kepada ikan bolu@milkish tetapi apa-apa jenis ikan pun boleh terutama yang isinya lembut seperti jenahak, kerabu, tenggiri dan ikan-ikan lain yang sewaktu dengannya.
Eh adake taucu manis.. tak pernah tau la pulak..
BalasPadamChe Mid,
BalasPadamentahlah.... Amie ada jumpa 2...1 taucu kacang masin, 1 lagi taucu kacang manis tapi yang katanya manis tu pun rasa masin jugak...
Salam Kak Amie..
BalasPadamKak Mid, Saya pernah jumpa taucu manis jenama Yeo's..Jenama lain mesti jenis masin..
Kak Amie, sedapnya ikan kukus ni..ada masa boleh cuba ni....
sedapnya tgk lauk kak Amie ni..kalau mkn ni saya suka ratah gitu jer...ada cendawan shitake lagi tu...memang yummy la:)
BalasPadammana tak licin kak..tengok pun dah terliur..
BalasPadamhai masak utk anak bujang je ke..selebihnya tu tolong masakan utk ucu pulak ye malam ni...
BalasPadamKalau letak depan saya pun tentu licinnn.....
BalasPadamSalam Sue,
BalasPadambaru kejap tadi tengok dalam sejuk... betul tu kacang kuning manis jenama Yeo's..
resepi Amie ni guna bahan yang ada saja Sue...
Nieza,
cendawan shiitake tu... kakak suka bau harumnya...kononnya boleh awet muda gitu... katanya orang Cina... he hehehh
Qema,
alhamdulillah... anak-anak ada selera...
Ucu,
BalasPadamdah habis ke daging rebus cecah air asamnya tu... ha...tengok dulu dalam peti ais apa yang ada, nanti fikir nak masak apa buat Ucu cayanggg....ye...
MP,
suka makan ikan kukus ye MP..
Hai Amie, pi sekolah lagi ke?.
BalasPadamkat sana mmg mcm2 ada jenis ikan ekk....selalu bljq bhsa baru jer ni....mcm kat sini ikan ada mcm2 tapy tataw nama jer....sedapnyer akak ada lagik?
BalasPadamNoname,
BalasPadamiye... tak apalah yang adik-adik pergi bercuti, kita memang ada tugasan di sekolah...
Ayu,
ikan di Jepun tentu sedap-sedapkan Ayu...
salam mie. nampak menyelerakan. ikan bolu tu bundo tak kenallah mie. tapi nampak macam ikan siakap je.
BalasPadamResepi sedap macam ni mesti bundo terai..
Ibundo,
BalasPadammemang boleh try dengan apa-apa ikan yang lembut ...selamat menerai ye Ibundo...
ikan bolu tu ikan apa ya?
BalasPadamWC,
BalasPadamorang putih kata milkish, orang Indon panggil belanak sembawa, orang ilipina panggil bangos, di Sabah disebut bolu...di semenanjung tak tahulah WC.... ada atau tidak ye sebab ikan ni wujud di tempat tertentu je...
P/S: pembetulan: milkfish bukan milkish
BalasPadamwooaahhhh! ikan bolu lagi!!!
BalasPadam