Amie ada berita sedih. Malam tadi keluarga Amie telefon memberitahu anak lelaki bongsu ibu saudara Amie, dan anak lelaki kedua sepupu Amie ditemui lemas di dasar sebuah tasik di Puncak Alam. Sebentar tadi Amie telefon bonda dan Amie diberitahu kedua-dua jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mahang, Jeram, Selangor dalam satu liang lahad. Menurut bonda seorang mangsa ditemui pada pukul 5 dan seorang lagi pada pukul 6 petang kelmarin. Sepupu Amie ingin menyelamatkan 2 orang anak saudaranya yang sedang lemas, dan berjaya menyelamatkan seorang daripadanya. Bagaimanapun beliau turut tenggelam bersama anak saudaranya yang seorang lagi. Amie tidak dapat bayangkan apabila bonda bercerita, Makcik Semah iaitu ibu saudara Amie turut berada di tempat kejadian menyaksikan usaha menyelamat. Mereka dipercayai tenggelam pada pukul 3 petang. Menurut bonda lagi, pihak penyelamat mengukur kedalaman tempat kedua-dua mayat ditemui... dan Amie sangat terkejut bila bonda memberitahu...kedua-dua mayat tersebut terjerumus masuk sedalam 10 kaki ke dasar tasik. Al-Fatihah buat keduanya.... dan takziah serta banyak-banyak bersabar buat Makcik Semah yang kehilangan anak lelaki bongsunya dan juga buat sepupu Amie, Samsuria yang kehilangan anak lelaki keduanya. Sedih sangat bila bonda kata....makcik menggelongsor jatuh dalam pelukan bonda bila menyaksikan jenazah puteranya....
Al Fatihah dari DIA kiter datang kepada DIA kiter kembali,....semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang soleh....ini adalah ujian yg berat buat seluruh keluarga akak...semuga roh arwah aman di sana...insyaAllah
BalasPadamYa Allah sedihnya..moga arwah ditempatkan dalam golongan org yang beriman..AL-FATIHAH
BalasPadamtakziah buat keluarga mangsa juga kak.amie.
Al-Fatihah.....dua2 pergi sekali gus, ajal maut di tgn tuhan..apa2 pun moga roh kedua2 arwah ditempatkan di kalangan org2 yg soleh
BalasPadamAlFatihah dan salam takziah buat keluarga sepupu amie.
BalasPadamAl-fatihah dan Salam Takziah untuk keluarga arwah
BalasPadamLady Ayu,
BalasPadammemang sangat berat....kakak pu dari malam tadi macam tak sanggup nak dengar cerita dari anak buah, kakak dan bonda...
Qema,
sangat sedih...sangat sedih sekali kerana beberapa minit sebelum lemas, arwah sepupu kakak memang sedang merakan video suasana di situ... termasuk saat-saat anak buahnya sedang tenggelam(yang disangkanya hanya gurauan)...
Ida,
mudah-mudahan...amin...
Acik,
terima kasih Acik...
Mama ema,
BalasPadamterima kasih...amin.
Assalam Amie, alfatihah buat keluarga makcik amie, semoga rohnya dicucuri rahmat.
BalasPadamOo hari tu saya ada lalu ikut jeram masa blk dari Pantai remis, saje lalu short cut untuk ke rumah di puncak alam, tak perasan pulak kat mana letaknya tasik tu ya amie
Salam Kak Amie..Salam AidilAdha buat akak sekeluaga dan salam takziah di atas pemergian mereka berdua..semoga roh keduanya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
BalasPadamAlfatihah...
Rosa,
BalasPadamAmie pun tak tahu di mana tasik tu... nak tahu cerita lanjut tapi tak sampai hati nak cerita panjang sebab bonda keletihan tak tidur sehari semalam menenangkan makcik....
Sue,
terima kasih.... amin...
sedihnya time2 raya dapat berita macam ni...semoga keluarga arwah tabah...takziah buat kak amie dan keluarga...
BalasPadamAs'salam Amie
BalasPadamsedih betul ct baca ni Amie, menitis airmata. kita baru saja menyambut raya korban. Takziah dari ct buat ibu saudara Amie dan juga Amie sekluarga. Sama2 lah kita berdoa semoga kedua2 roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 insan2 yang bertakwa aminnn...Al-Fatihah.
al Fatihah
BalasPadamsemoga yg ditinggalkan tabah..
terharu :(
Innalillahiwainnailahirojiun..Al Fatihah buat keduanya..Takziah buat keluarga mangsa dan keluarga Kak Amie ya
BalasPadamsedihnya..Takziah dan Alfatihah buat arwah
BalasPadamakak tumpang sedih...sabar ya amie ya...takziah buat kedua2 keluarga dan al fatihah.....
BalasPadamAl-Fatihah buat kedua2 mangsa dan takziah buat keluarga.
BalasPadamAl fatihah buat kedua2 arwah...kesiannya, di saat kita bergembira menyambut raya korban ada insan lain yg pergi menghadap Ilahi buat selamanya..semoga rohnya aman di sisi Tuhannya
BalasPadamtakziah
BalasPadamAlfatihah...
Takziah Amie, tentu mengejutkan berita macam ni kan tambah bila kita diperantauan.Al Fatihah..
BalasPadam