Pages

Isnin, 7 November 2011

Coto Makasar

Sesiapa yang belum pernah menikmati hidangan Coto Makasar, jemputlah masuk ke dapur Amie. Amie sediakan untuk anda resepi yang Amie pelajari daripada seorang pembantu rumah (bibik) keluarga sebelah suami beberapa tahun yang lalu. Bagaimanapun bahan-bahannya Amie ubahsuai mengikut citarasa suami. Biasanya bahan utama yang digunakan dalam resepi ini termasuklah daging tetel, organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut dan sebagainya. Sebenarnya baru minggu lepas suami bawa Amie makan Coto Makasar di luar, tapi entah kenapa pagi tadi dia minta Amie buatkan untuknya. Katanya, sayang daging korban yang segar tersimpan dalam peti sejuk  tidak dimasak. Lagipun kelmarin jiran sebelah beri kami banyak buras yang boleh dicampurkan dalam hidangan Coto Makasar . Amie pun cubalah masak.... maklumlah sudah 3 hari kita tinggalkan masuk hutan!


Resepi: Coto Makasar
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan: (untuk 4-5 orang)
600 gram daging batang pinang - jika suka (resepi asli: pelbagaikan bahan denganorgan-organ dalaman sapi / lembu)
1.5 liter air
2 batang serai - diketuk
3 cm kulit kayu manis
1 cawan kacang tanah - goreng / sangan - kisar halus
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 sudu ketumbar biji - sangan 
1 sudu jintan putih - sangan
1 sudu jintan manis - sangan
2cm lengkuas
2 cm halia
1 sudu lada putih
2 sudu rempah sup / 1 bungkus sup bunjut - jika suka

Bahan pelengkap hidangan:
10 biji buras / 2 bungkus nasi himpit / suhunn celur
bawang goreng
daun sup / daun bawang
limau kasturi
sambal taucu - tumis cili padi tumbuk bersama sedikit taucu, perasakan dengan garam dan gula - yang ini Amie tak buat sebab tak ada stok taucu - Amie gunakan hirisan cilipadi saja

Cara:
1. Rebus daging sehingga empuk bersama serai dan kulit kayu manis di dalam 1.5 liter air.
2. Keluarkan daging dan hiris-hiris nipis dan masukkan semula ke dalam periuk rebusan tadi.
3.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan garam / gula / perasa pilihan. 
4. Masukkan bahan tumisan ke  dalam periuk yang berisi air rebusan dan hirisan daging. Biarkan mendidih.
5. Masukkan sedikit demi sedikit kacang tanah kisar. Kacau rata.
6. Perasakan sekali lagi dengan garam dan bahan perasa pilihan supaya rasanya seperti yang dikehendaki.
7. Hidangkan bersama dengan buras atau nasi himpit atau sohoon celur.
8. Lebih enak jika dtaburi dengan hirisan daun sup atau daun bawang serta bawang goreng.
9. Jika suka bolehlah perahkan jus limau kasturi.
10. Lebih lengkap lagi sekiranya ada sambal taucu.... he he hehhh Amie sediakan Coto Makasar dengan bahan yang ada saja..... 


Selamat Aidil Adha dan jemput jamu selera dengan Coto Makasar...... selain belajar dari bibik, Amie selalu juga bertanya tentang resepi ini daripada rakan-rakan dalam kalangan masyarakat Bugis kerana Coto Makassar ini dipercayai makanan tradisi masyarakat Bugis.

23 ulasan:

  1. Selamat petang kak Amie..
    sioknye hirup soto makassar...ni hidangan mod raya la ek..hehe..

    BalasPadam
  2. Rahel,
    iyelah tu... memang siokkkk hirup sampai abis! he heheee

    BalasPadam
  3. Kak Amie cayang...selamat aidil adha..mieza suka bangat denagn soto kak...nak kak semangkuk..sedapnyer kan kak hirup kuah soto tu...pastu daging pulak fresh...belum pernah try lagi soto makasar ni...soto biasa je yg pernah makan...bila la berpeluang nak makan air tangan kak amie ni...

    BalasPadam
  4. Hari tu nampak dalam rancangan Warung Kita di Sabah tunjukkan Soto Makasar ni.

    BalasPadam
  5. hihihi..ucu datang awal hari ni..selamat aidiladha k.amie....
    soto makasar x pernah makan...
    soto jawa ucu terorlah buat...

    masa pegi hutan ada kena hujan tak?
    bukan ape takut2 selsema lagi mcm hari tu....

    BalasPadam
  6. Assalam Amie..nampak sedap soto tu..
    tentu sedap makan panas2 kan..

    BalasPadam
  7. selamat hari raya kak amie! nani pon suke makan soto makasar ni...tapi tak tahulah resepinya macam mana sebab makan yang dijual di kedai...

    BalasPadam
  8. salam kak .. selamat hari raya aidiladha.. sedapnya nampak soto ni tak pernah cuba buat

    BalasPadam
  9. kalau dapat makan soto ni mesti terangkat ! selamat aidil adha amie!

    BalasPadam
  10. Mieza,
    memang sedap dik...dagingnya pun muda warna merah muda...lembut, manis!

    Liza,
    jom makan sama!

    Hazila,
    Soto Makasar ni salah satu hidangan tradisi suku kaum Bugis di Sabah.

    Ucu,
    tak hujan di hutan... tapi letih meredah hutan 2 hari 3 malam... hu hu huuu tak mau pergi lagi dah!

    BalasPadam
  11. Acik,
    memang sedap... tambah lagi kalau ada sambal! panas + sedap+meleleh!

    Nani,
    ada pelbagai versi resepi soto ni, kak Amie ikut versi bibik..yang biasa kakak makan di kampung.

    Juwita,
    kalau Kak Amie tak sampai Sabah, agaknya kak Amiepun tak tahu menu ini... he hehehh

    WC,
    memang terangkat habis!

    Cik Azizah,
    sedap dik... memang sedap! jemput makan sama...

    BalasPadam
  12. emmmm...sedapnyer nmpk soto akak ni, soto makasar pakai daging lembu ye kak amie....

    BalasPadam
  13. salam aidiladha utk k.amie...
    wahhhhh....ada soto..sedapnya!!!!..saya mmng suka bngat ngan soto....

    BalasPadam
  14. Pertama Kali th pasal mskn ni... Terliur sy tgk... Salam aidiladha kak amie...

    BalasPadam
  15. Datang makan sato makasar kat dapur amie ni, memang sodap!
    Amie, buras tu apa?

    BalasPadam
  16. perut tengah lapar, baca entri Kak Amie ni rasa tertelan air liur pulak :)...saya suka sup

    BalasPadam
  17. Sedap ni kalau makan panas2,boleh tukar kuih tiew tak hehehe...derhakalah kak Zai ni.

    BalasPadam
  18. Nmpk sedap sgt tu lg2 bila nmpk daging tu tertimbul2..1st time dgr nama soto nih..iA,ade kelapangan nk cube.. Terima kasih resipi ni kak..

    BalasPadam
  19. wah en asben nampak ni tadi, dia pun suruh buat sup daging. hihi..

    BalasPadam
  20. salam amie..
    wahh.. nampak sedap betul soto makasar tu... musim raya korban ni mmg asyik keluar menu daging aje kan.. hehe.. mmg best hirus sup daging yg masih baru..

    BalasPadam
  21. Bestnya kalau dapat hirup kuah soto ni panas2..nikmat rasanya..

    BalasPadam