Assalamualaikum dan salam hari Sabtu. Ada yang bekerja pada hari ini dan ada juga yang bercuti. Kami.... minggu ini bekerja 7 hari seminggu! Oh.... sukar untuk dihuraikan kenapa dan mengapa, dan apakah perasaan kami sebagai........selain hari ini, esok pagi hingga ke petang, terpaksa turun padang juga! Kadang-kadang merungut juga....apa sebenarnya kerja kami ini! Selagi boleh bersabar.... sabar sajalah! Pagi ini Amie sempat sediakan menu Kuey Teow Goreng untuk sarapan pagi.
Bahan-bahan:
500 gram kuey teow - bilas dan toskan
1 cawan kerang rebus
2 ekor sotong sederhana besar - bersihkan dan potong ikut suka
20 biji bebola ikan - belah 2
1 cawan taugeh
1 cawan potongan daun kucai
3 biji lada merah - hiris
5 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
4 sudu cili sos
2 sudu tomato sos
1 sudu sos tiram
4 sudu kicap manis
1 sudu serbuk pati ayam
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan kerang rebus dan sotong.
3. Masukkan bebola ikan, cili sos, tomato sos, dan sos tiram. Gaul sebati.
4. Masukkan kuey teow dan kacau gaul seketika.
5. Masukkan kicap, hirisan lada merah, daun kucai dan taugeh.
6. Taburkan serbuk pati ayam. Kacau rata.
7. Angkat dan hidangkan.
Jangan lupa bubuh lada jeruk semasa menikmati Kuey Teow Goreng. Amie perturunkan juga resepi mudah untuk membuat lada jeruk.
Bahan-bahan:
20 biji lada hijau - potong-potong
1 bahagian air - anggaran 3/4 cawan
1 bahagian cuka - anggaran 3/4 cawan
3 sudu gula pasir
1/2 sudu garam - jika suka
Cara:
1. Didihkan lada bersama air dan cuka serta gula dan garam.
2. Tutup api setelah lada berubah warna.
3. Sejukkan dan simpam dalam bekas kedap udara. Boleh simpan dalam peti sejuk jika suka.
amboiiiii buat terliur je Kak Amie!
BalasPadamdalam duk sibuk kerja..sempat sediakan menu yang menggoda tu kira hebat kak amie...suri sekarang ni malas sangat rasa nak masak....huhu
BalasPadamuntungnya keluarga kak amie ni...dalam kak amie sibuk, sempat lagi masak sedap2...tula, keje mcm kita ni tak tentu masa. pastu ada pulak ura2 kata nk turunkan gaji cikgu...katanya gaji cikgu terlampau mahal untuk kerjanya..adeh!
BalasPadamfiIxora,
BalasPadambiasa saja KTG tu... tapi Kak Amie pun terliur gak tengok orang lain masak KTG....
Suri,
memang rasa malas nak masak lepas raya ni, tapi buat juga sebab teringinlah pulak nak makan KTG ni... he heheh
Nani,
BalasPadamdengan pelbagai tekanan tugas, akhirnya minat terhadap profession ini semakin merudum.... lihat sajalah penglibatan kaumlelaki dalam sektor ini..... hanya 30% berbanding kaum kita, sebab banyak sangat remeh-temehnya yang nak dibuat,
kalau ura-ura tu betul, jom pakat ramai-ramai balik kampung noreh getah je.... he hehehhhh
tertiba teringat kuey teow iman yng pames kat aloq staq tue...perhhh sedap nyer...sekali ngan teh ais uwaaa nk blk loq staq la ngeee
BalasPadamsekom kkamie.
BalasPadamdah lama tak wat blog walking.aduh...tergugat tekak kita bila tgk mee tu.
ganti cuti raya le tu suruh keje smpi 7 ari.saba ye kkamie.duit masuk kalo g keje.hihihi...
memang feveret saya jugak ni..setiap minggu mesti ada dalam menu
BalasPadamKak sedapnyeeeee ,siap ada lada jeruk lagi best best
BalasPadamok le tu. dalam duk sibuk2 masih berkesempatan untuk menyediakan sarapan untuk keluarga tercinta
BalasPadamLady Ayu,
BalasPadamcepat-cepatlah balik sini... he hehehh
Anie,
cuti raya tu memang cuti umum,
Whitecappuccino,
wah... menu setiap minggu ye... memang best!
Chik Mimi,
BalasPadamlada jeruk tu yang buat KTG jadi sedap ye...
Kak Sam,
he he heh...agaknya dah termaktub ikrar...sesibuk manapun masak tetap diutamakan!
Amie, TQ habaq cara buat lada jeruk tu, baru tau ni!
BalasPadammasak apa hr ni amie.. tentu byk open house di hujung minggu .. boleh la cuti mask2..
BalasPadamkuetiau kegemaran keluarga bundo. telio nengok kuetiau ni..
BalasPadamselamat hariraya mie..