Sepanjang hari ini Amie bersama warga sekolah melaksanakan Program Jejak Kasih anjuran bersama pihak sekolah dengan penduduk Kampung Bugis di Batu 1, Batu 2 dan Batu 3 di Jalan Segama, Lahad Datu. Sebenarnya program ini bertujuan untuk mendekati ibu bapa bagi menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar khususnya masalah ponteng yang kian menjadi-jadi di seluruh negara. Seawal pukul 6.50 pagi kami sudah berada di Balai Raya Kampung Bugis. Mengikut tentatif program, sepatutnya pada pukul 8.30 pagi Amie beri ceramah keibubapaan, tetapi akibat kelewatan perasmian dan memandangkan banyak lagi program yang sudah dirancang, jadi Amie putuskan berilah laluan kepada Program Sesi Dialog Disiplin dan Ceramah Polis Diraja Malaysia. Entah bagaimana, nak jadi cerita, Amie pula jadi pengerusi Sesi Dialog Disiplin..... berpeluh-peluh jadi bidan terjun semasa mempengerusikan majlis tersebut! Maklumlah, ini program kali pertama yang melibatkan warga pendidik dengan penduduk kampung, jadi kita perlu ikut rentak mereka sebab yang menyusun atur ialah JKK. Syukurlah segalanya berjalan dengan lancar. Ketika hendak berangkat pulang, beberapa orang ibu menyerahkan sesuatu kepada Amie, dan Amie tidak menolaknya malahan sangat berterima kasih di atas keikhlasan mereka memberi buah tangan untuk Amie bawa pulang. Sampai di rumah, Amie buka bungkusan tersebut, dan di bawah ini adalah isi bungkusan itu. Amie ambil gambar dalam samar-samar cahaya mentari petang yang semakin malap dari jendela dapur.....
Bungkusan tadi berisi buras. Pernah makan buras? Buras ialah sejenis makanan tradisional masyarakat Bugis dan dijadikan sebagai salah satu hidangan istimewa terutamanya menjelang hari raya. Biasanya mereka akan menghidangkannya bersama Ayam Masak Lengkuas serta lauk-pauk yang lain.
Amie memang tidak pandai membuat buras tetapi selalu makan buras bersama Soto Makasar. Lihat warna buras yang kehijau-hijauan.... ia adalah hasil dari bungkusan daun pisang dan baunya harum!
Menu tengahari untuk Program Jejak Kasih disediakan oleh penduduk kampung. Memang Amie sangat kagum dengan kerjasama kaum ibu serta bapa di kampung ini. Nasi dan lauk-pauk yang pelbagai kelihatan masih panas berasap seperti Kari Daging, Nangka Muda Masak Lemak, Sambal Belacan, Ikan Goreng, Ayam Masak Merah dan Sambal Goreng. Sayangnya.... Amie tidak bawa kamera bersama!
Walaupun biasa makan buras bersama Ayam Masak Lengkuas, tetapi Amie belum pernah masak sendiri resepi ini. Insya-Allah ada masa nanti Amie cuba cungkil resepi tersebut daripada rakan-rakan keturunan Bugis. Ibu-ibu yang memberi bungkusan tadi rupanya memasukkan sekali kuih di bawah ini.... sebelum itu semasa makan kuih di bawah ini, Amie sempat bertanya kepada salah seorang ibu di situ.... apakah nama kuih tersebut. Katanya.... nama kuih di bawah ini kuih sualla...
Terima kasih banyak-banyak di atas pemberian kesemua makanan di atas!
salam kak amie.. menariknya kak akak tentu banyak pengalaman makanan2 kat sana.. seronok je baca... ita pernah buat khidmat masyarakat di lawas sarawak waktu study UTM dulu.. bila mak angkat hidang menu pelik2 tiap hari belajar sesuatu yang baru..:)
BalasPadamtak pernah dengar nama buras itew apatah lagik nak mkn nyer...bagus la akak duduk kat sana boley try mkn mcm2 jenis yg org x biasa mkn...teringin gak nak makan...sebelah sana x pernah terjah lagik uwaaaa hentak kaki
BalasPadamAssalam kak Amie buras tu macam ketupat nasi ke kak?cantik je warna asli daun tu kan
BalasPadamseronokkan dapat makan plbagai jenis makanan di sana...Nampak sedap buras tu..!!! tak pelah..tgk gmbar pun jadilah...hihihi
BalasPadamSalam Juwita,
BalasPadammemang banyak makanan tradisi suku kaum yang pelbagai di sini, setakat ini kakak cuma biasa dengan masakan kaum Cocos, sedikit masakan Bugis dan Bajau... teringin cuba masakan Idahan, Suluk dan banyak lagi....
Lady Ayu,
ada juga yang tak mahu makan sebab tak pernah makan menu-menu yang baru bagi mereka... he hehhh kalau kakak semua telan!
Chik Mimi,
yang kakak jumpa buras di sini ada 2, buras beras biasa dan beras pulut/putih/hitam...memang warna tu dari daun pisang (menurut rakan Bugis... nak bungkus pun kena pilih daun pisang yang tidak tua dan tidak terlalu muda)
MP,
memang sedap tapi Kak Amie hanya tahu makan, tak tahu buat... hi hi hiiii
slm kak amie.... hai pelik2 nama masakan orang bugis ni ye..
BalasPadamCheq Sue,
BalasPadamha hahaa... biasalah tu, kita pelik dengar nama masakan mereka, mereka pun tentulah pelik juga dengar nama masakan kita.... sama-samalah pelik ye...
Kak amie..buat apa tu? kak buras tu macam ketupat ye kak? nampak gambar mcm berpulut je..mieza suka ketupat..ketupat kelantan ada yg letak serunding dalamnya...sedap!
BalasPadamSalam Kak Amie
BalasPadamSaya biasa dengar kawan-kawan bugis dulu menyebutnya 'burasak'lebih kurang lah tu kan.Di daerah saya bersekolah dulu memang ramai kengkawan bugis, bila dia orang mula 'speaking' memang tak fahamlerr :D
Assalam kak amie,slmt ari raya n maaf zahir batin edisi terlewat dari sy ya..Sedap2 semua mknan tuh kak,1st time denga buras..
BalasPadamAssalamualaikum Amie. Ayam Masak Lengkuas Tu Mmg Sedap...Kalau Kak Lin Dapat Makan Sampai Menjilat Jari Hehehe...
BalasPadamP/s:
Terima kasih Sudi Singgah Di Blog Kak Lin. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Daripada Kak Lin Sekeluarga..
buras dan sualla...dua2 akak tak pernah makan :)
BalasPadamMieza,
BalasPadamada juga dari pulut... lagi sedap!
Ixora,
samalah tu...memang dua-duanya tu sewaktu dengannya.
Zaliedana,
selamat hari raya juga...maaf zahir batin.
Lin, mesti Lin pandai masak ayam lengkuas tu....
Kasih,
memang negara kita kaya dengan pelbagai makanan, sampai ada yang tak pernah kita dengar... he hehehh
Itulah beruntungnya tinggal dinegeri orang banyak benda yang kita pelajari termasuklah pelbagai jenis makanan traditional mereka.
BalasPadamBestnya Amie, boleh rasa macam2 jenis kuih muih tradisi. Dua2 tu ummi tak pernah makan lagi...mesti sedapkan Amie...
BalasPadamAssalamualaikum kak amie... sronok dok tmpt org...mcm2 pengalaman akak dapt..1st time e-na dgr buras...dibuat dari apa kak?
BalasPadamburas? festaim saya dgr kak...huhu...
BalasPadamdan festaim jugak saya tgk...
macam penah makan tapi tak tau nama dia. hihi.. macam2 nama makanan malaysia ni kan. teror la kak amie tau byk jenis makanan. :D
BalasPadamtak pernah tahu buras,,, mesti best! teringin nak pergi sabah sarawak...
BalasPadambaru tau pasal buras ni...
BalasPadamKak Zai,
BalasPadamlebih 34 etnik / suku kaum di Sabah, Amie hanya tahu makanan beberapa etnik saja.
Ummi,
masing-masing suku kaum tentulah rasa bangga dengan hidangan tradisi mereka, dan sudah tentulah itu antara menu yang lazat bagi mereka... he hehehhhh
Ena,
buras ada 2 jenis, sama ada dibuat dari beras biasa dan satu lagi beras pulut... dua-dua ada keistimewaan tersendiri, tentulah sangat sedap kalau dihidangkan dengan lauk-pauknya...
Wahida,
tak apa, walaupun pertama kali dengar & nampak, itu dikira tambah ilmu pengetahuan.
Asmara,
memang seronok hidup dalam masyarakat pelbagai kaum, dari kita jugalah dik... kalau kita suka / sudi merasa / menjamah makanan tertentu dari kaum tertentu, ada sesetengah orang tak mahu makan / jamah sebab tak biasa makan, tapi bagi Kak Amie rugi sangat kalau tak cuba sebab kita tak tahu sedap tidaknya, betul tak?
Hanis,
buras makanan tradisi masyarakat Bugis, kalau di semenanjung ada orang Bugis tentu mereka tahu makanan ini...
Papa Mifz,
tambah satu lagi pengetahuan tentang makanan / masakan tradisi negara....
kak amie...setahu nani la..buras ni diorg kukus selama 8 jam! hohoh...rasanya mcm ketupat nasi je tapi wangi daun pisang la..kene dengan ayam lengkuas memang best! masa beraya di rumah students hari tu ada maknya buat ayam lengkuas. tp makan dengan nasi impit je..buras ni kire makanan spesel org bugis la kan..? kalau ada jamuan kat sekolah ke, cikgu2 bugis selalu juga bawa buras ni...
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamNi first time akak dengar nama kueh mueh bugis, tp nampak macam menarik, tentu sedapkan. Suka baca cerita Amie ttg program jejak kasih, patutlah sekolah Amie dpt award, byk aktiviti bermanfaat utk kebaikan bersama yg dianjurkan, alangkah baiknya klu Amie ditempatkan di sekolah2 kat tempat akak, sbb kat sini belum ada lagi program yg seumpamanya dianjurkan.....Tahniah Amie, semuga usaha murni kalian semua beroleh keberkatan...amin...
Salam Kak Amie..Tentu seronok sepanjang program itu berlangsung kan....
BalasPadamSeronokkan cedok pengalaman di tempat orang..Macam2 yang boleh kita belajar kannnn....
Nani,
BalasPadamKak Amie selalu dapat buras, jiran bagi, kawan-kawan bagi... tu yang tak tahu nak masaknya tu, tak mustahil kalau 8 jam lamanya, paling kakak suka buras pulut... tak kisahlah pulut putih ke, pulut hitam ke....
Wattie,
terima kasih, ....tapi tak semua warga sekolah sanggup turun padang sebab terpaksa korban masa & tenaga bekerja 7 hari seminggu, mudah-mudahan usaha murni kami berbaloi....
Sue,
memang rasa seronok sebab dapat bergaul dengan orang kampung, mereka kata rupanya guru-guru bukanlah golongan yang sombong... he hehehhh tapi letihnya, masya-Allah 2-3 hari jugalah rasa demam-demam sebab tak cukup rehat...
seronok juga dapat merasa makanan yg berlainan dari yg biasa kita makan kan.. nmpk menarik juga.. tentu sedap juga rasanya..
BalasPadam