Pages

Rabu, 14 September 2011

Mango Pudding Jelly

Assalamualaikum semua. Apa khabar..... tentu ada yang sihat dan ada juga yang kurang sihat. Nampaknya minggu ini Amie terpaksa 'merehatkan' diri seketika akibat terlalu letih dengan pelbagai aktiviti sekolah. Sakit kepala yang teramat sangat selama 3 hari membuatkan Amie lebih banyak 'berkurung' dalam rumah selepas balik sekolah. Hasilnya, menjelang subuh tadi  selepas mandi, Amie bersin lebih 7 kali, dan paling teruk semasa dalam mesyuarat tengahari tadi tidak terkira entah berapa puluh kali bersin. Jarang benar Amie bersin begini .... tapi ada yang kata, keluar segala virus, toksin dan sebagainya dalam badan. Kalau benar begitu, Alhamdulillah. Walaupun bersin tapi kerana tekak terasa perit dan ingin sesuatu yang lembut dan dingin, tangan gatal juga menyediakan benda yang sejuk-sejuk seperti di bawah ini.....


Amie makan semulut saja, tak bubuh ais tapi Mango Pudding Jelly memang Amie masukkan dalam peti sejuk untuk mengeraskannya. Lucu benar hasil kerja Amie petang ini.... hi hi hiiii..... kita tengok resepinya di bawah.

Bahan-bahan:
90 gram adunan puding perisa mangga
400ml air
Bliss - Minuman Yogurt Rendah Lemak
buah-buahan pilihan

Cara:
1. Didihkan 400ml air.
2. Masukkan adunan puding perisa mangga dan kacau perlahan selama 3 minit.
3. Tuangkan ke dalam acuan pilihan.
4. Biarkan beku atau simpan dalam peti sejuk.
5. Letakkan puding jelly ke dalam bekas.
6. Tuangkan Bliss - Minuman Yogurt Rendah Lemak - perasa pilihan.
7. Masukkan buah-buah kegemaran.
8. Campurkan  ketulan ais jika suka.
9. Sedia untuk dinikmati.

15 ulasan:

  1. sama la ngan ayu ni...
    tataw brpa kali asyik bersin
    mmg flu yg teruk ni
    sakit tekak etc...uwaaa

    yummy nyer kalo makan jelly sejuk2 waktu hangat mcm ni

    BalasPadam
  2. Lady Ayu,
    sesekali sakit kepala & bersin banyak kali.... huh! bertempiaran segala kuman keluar dari badan he hehehh

    BalasPadam
  3. tengok kak amie buat puding, rasa mcm nk buat puding jugaklah...

    BalasPadam
  4. ramai pulak geng blogger tak sihat ya.. k.nor pun salah sorang gak ni. tp dah makin ok .. alhamdulillah.. smoga amie cepat sembuh ya.. jgn lupa makan ubat dan rest .. minum air suam banyak2 :)

    BalasPadam
  5. sedap jelly ita suka... anak2 dan seisi keluarga suka.. leh la try nanti insyaAllah

    BalasPadam
  6. kesihatan kena jaga. rehatkan diri buat seketika

    BalasPadam
  7. smga amie sihat2 hendaknya.. rasa lama tak buat puding camni.. tgok terus jer teringin.. huuu

    BalasPadam
  8. Moga Kak Amie kembali sihat walafiat ya.

    BalasPadam
  9. saya bab puding2 mcm ni mmg feveret saya...

    akak cepat baik yer...

    BalasPadam
  10. Salam Kak Amie..saya suke idea ni..ringkas n simple...

    Saya klu bersih berkali2 cenggitu...mesti lepas tu demam/selsema....Apa-apa pun semoga Kak Amie sihat seperti sediakala

    BalasPadam
  11. jelly mmg sedap masuk tekak time panas2 ni kn kak..

    BalasPadam
  12. Amie, sakit kepala lagi ke?
    puding ni memang favourite ummi...

    BalasPadam
  13. Assalam kak Amie,sy ngan hb pon baru jer baik skit tekak n selsema,akak minum byk air 0 tau,jaga diri baik2 kak,nmpak sedap jelly tuh,nyaman tekak kan..

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum akak amie cayang..apa kbar skg akak? moga akak sihat sejahtera hendaknya...
    wah puding yg akak buat tu nampak sedap.. kalu anak2 diana nie mmg suka bab puding nie.. laju jer mereka makan...

    BalasPadam