Salam hari Sabtu buat semua. Amie rasa pagi tadi ada sesuatu yang tak kena sebaik sahaja melangkah kaki keluar rumah untuk menuju ke sekolah. Bila diingat kembali, rupa-rupanya malam tadi mimpi .... mimpi apa tau? Mimpi terpandang Diana bersama Irfan di Cold Storage Green Apple Lahad Datu. Diana tak nampak Amie, tapi Amie kenal Diana melalui gambar di blognya. Macam ada sesuatu yang Amie ingin beritahunya tetapi tiba-tiba Diana tarik tangan Irfan dan mengajaknya keluar. Tiba-tiba Amie tersedar, alarm berbunyi selama 18 minit! Biasanya Amie kunci jam3 pagi untuk masak sahur. Kira terlambat bangunlah ni gara-gara mimpi tadi. Rupanya suami sudah tiada di tempat tidurnya. Buru-buru Amie pergi ke dapur, dan melihat si dia sedang menyediakan makanan untuk bersahur. He....hehehhh... agaknya dia kesian Amie, sebab malam tadi Amie mengadu sakit kepala dan selsema. Bersahurlah kami dengan lauk yang dimasaknya. Hilanglah cerita mimpi itu. Itulah kisahnya, dan sebenarnya Amie dapat sebab kenapa sampai termimpi Diana dan Irfan.... sebab Amie kekenyangan makan tepung pelita di rumahnya, sebab tak cukup makan kuih yang sama di rumah Ika. Lepas tu berazam pulak nak buat sendiri.... Oleh kerana dah sampai termimpi-mimpi, (sebab tamaklah tu....), baiklah Amie buat ye.... Tu pasal tengahari buta pukul 12 selepas balik sekolah, terus pergi dapur cari tepung beras. Tengah kita godek-godek tepung, tiba-tiba suami pulang kerja masuk rumah ikut pintu dapur. Bila Amie kata nak buat tepung pelita, dia ketawa..... kuih yang tak pernah jadi tu?, dia mengusik. Hmmm...memang selama ini tak pernah jadi disebabkan keras kejung tangan nak buat bekas dari daun pisang tu. Lepas tu buatnya pun betul-betul cara tradisional, kena kukus bagai. Bila tengok di dapur Ika dan Diana guna gelas, bukankah itu lebih mudah.....
Kalau Ika dengan Diana nampak tepung pelita Amie, mesti tergelak tengok hasil mak budak yang baru pandai belajar godek-godek tepung. Walaupun baru belajar buat dalam gelas, tapi dengan besar hati Amie jemputlah kawan-kawan yang tersesat ke dapur Amie supaya ambil seorang satu gelas bawa pulang buat oleh-oleh berbuka hari ini.... he he hehhh...
Bahan-bahan Kuih Tepung Pelita
Bahan A:
1 cawan tepng beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan - kisar dengan sedikit air dan tapis
sedikit kapur makan - bancuh dengan sedikit air
Bahan B:
4 cawan santan
4 sudu besar tepung beras
sedikit garam
Cara:
1. Campurkan kesemua Bahan A menjadi satu adunan.
2. Masak adunan dan sentiasa kacau sehingga masak berkilat.
3. Tuangkan adunan ke dalam gelas mengikut sukatan yang dikehendaki.
4. Campurkan kesemua Bahan B menjadi satu adunan.
3. Masak adunan dan sentiasa kaca sehingga masak dan pekat.
5. Tuangkan adunan ke atas adunan Bahan A yang sedia ada dalam acuan.
6. Biarkan sejuk sebelum dimakan.
Ada yang tak dapat ke? Kalau tak cukup kita pergi serang pergi Siam ke dapur Ika di SINI dan ke Labuan di dapur Diana di SINI sambil menyemak resepi kuih ini di sana. Terima kasih ye Ika dan Diana, sebenarnya belum minta izin mereka untuk resepi kuih tepung pelita ni, minta halal ye...... banyak dapat pahala bulan puasa ni sebab sudi kongsi resepi kan Ika......kan Diana....kan...kan...
Salam kak ami! canteknyer! kaler dia mcm kaler ori gitu! byk tu kak, kasi jiran sekali yer kak? kalau kita dekat kita HARUS bg tauuu hihihi..selamat berbuka kak! kita tgh kekosongan idea nak masak apa :D
BalasPadamade resepi tu..mcm senang jer...anak2 mmg suke mkn tepung pelita ni...
BalasPadamuwahhhh..
BalasPadamkelassss..
tepung pelita moden..:)
selamat berpuasa kak ami :)
cantik tepung pelita ammie..
BalasPadamsuka tepung pelita tapi malas nak buat :)
Amie kelas gitu, tepung pelita resepi tradisional nampak anggun sekali dalam gelas moden...
BalasPadamni dah kira expert dah ni amie. nampak betul2 menjadik tu. mesti kena puji denan cik hubby ek.. nanti bundo pun nak buat jugaklah.
BalasPadamSalam Ika,
BalasPadamterima kasih Ika sebab bagi idea buat begini masa datang rumah Ika hari tu, lepas tu Diana pulak buat ye....
seronok betul kakak dapat buat tepung pelita cara begini tau Ika, jimat masa tak payah lipat-lipat daun pisang, tak payah kukus tengok dah masak ke belum.... ni nak banyak menuntut ilmu Siam lagi ni hi hi hiiii
Ain,
BalasPadammemang senang Ain,tak banyak guna bahan, tak banyak habis masa, sedap pun iye...
Habsah,
BalasPadamselamat berpuasa Habsah,
tepung pelita moden ye... bukan tepung lampu kalimantang ye... hi hi hiii
Kasih,
BalasPadammemang Kak Amie malas nak buat tepung pelita yang guna bungkus daun pisang tu, tapi dah jumpa cara begini...mudah dan cepat pulak siap!
Ummi,
BalasPadamhi hihiiii.... anggun ye, betullah tu, bentuknya pun lebih cantik ikut gelas ye...
Ibundo...
BalasPadamsi dia jarang puji, tapi kalau kita tanya baru kata iye... he he hehh
boleh cuba Ibundo, senang & cepat! Sedap dengan bau pandan tapi takde bau daun pisanglah...
waduh kak amie, confirm kene buat jugak ni. mengoda betul la. hihi..
BalasPadamAsmara,
BalasPadamye.... betul, kena buat.... memang senang kejadiannya!
kak amieeee nak tepung pelita 6 gelas sebab kat umah ni ada 6 orang...anak mieza yg sulung hari2 mau gi bazar beli tepung pelita..bkn susah pun nak wat tapi malas ahakksss
BalasPadamMieza,
BalasPadamambillah berapa banyak yang Mieza mahu.... he he heee...banyak tu kakak buat, memang bila nak buat tepung pelita rasa malas, tapi suka nak makan, bila buat gaya moden begini rasa mudah pulak! tak ambil banyak masa untuk sediakannya...
tepung pelita yg sgt sedap bila masuk mulut..nk2 bulan posa kn kak
BalasPadamsalam ramadhan kak ami..baru semalam buat..tp tak de la buat macam kak amie buat..nora adun terus masak je...hehe..rajin akak mengaconya..
BalasPadamcuma tang acu..kira rajin lagi la nora..haha..nora lipat daun..tak samapi stgh jam boleh dapat 30 bekas..cukup aa tu kan..daun pisang sebelah umah je..
kak amie.. kan dah jadi dah tu.. sedapkan kak .. ita pun suka guna resepi ni kak sedap..:)
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamkegemaran Yatie tu tepung pelita...rasa mcm skrng je nak buat....
Assalamualaikum akak amie cayang... diana lewat smpi.. huhuu.. hari nie baru berkesempatan nak BW bebetul... beberapa hari nie asyik tak sempat jer.. ada sedikit urusan d selesaikan ari tu.. d tmbh lg ngan tenet tenat 2 hari tu.. huhuu
BalasPadamdah buat yer akak.. sedap kan tepung pelita nie.. mmg kena buat lagi n lagi...
waaah.. terbawak2 smpi ke mimpi yer akak... ehhehehe... kalau ler btl dpt bertemu kan seronok tu.. Insyaallah suatu hari kan akak.. ;)
Ida,
BalasPadammemang sedapkan, lembut je....wangi,ada manis & masin2 sikit.
Nora,
BalasPadamtabiklah Nora buat dengan daun pisang! memang lebih sedap sebab gabungan bau dan rasa pandan dan daun pisang, ikut gaya tradisional kena bubuh gula sikit di bawahnya tu kan, lepas tu baru kukus.... memang beraam nak buat juga satu hari nanti tapi kena ada yang bantu buatlah...
Ita,
BalasPadamseronokkan Ita bila kita boleh tukar2 fikiran & kongsi resepi dengan blogger masakan lain, macam-macam kita boleh cuba asalkan kita mahu...
Yatie,
BalasPadamramai yang suka makan tepung pelita ye.... nak buat guna daun pisang tu yang malasnya, bila buat cara begini, bila-bila masa je boleh buatkan...
Diana,
BalasPadamnanti Kak Amie nak cuba pula guna warna-warni, ini kira tepung pelita moden dah ye...