Pages

Jumaat, 5 Ogos 2011

Mee Rebus

Menu berbuka puasa hari ke 5, Mee Rebus. Nampak gayanya resepi Amie bulan puasa ini dipenuhi dengan menu berasaskan mee sahaja. Maklumlah, memang itu menu pilihan suami sejak dari dulu. Amie pula tak kisah, asalkan ada segelas air minuman bersama buah kurma atau sepotong dua kuih sudah memadai. Anak-anak pula tidaklah cerewet dengan pilihan masing-masing.... mana yang dihidang itulah yang mereka makan.Walaupun kerap masak mee, tapi Amie pelbagaikan resepinya. Petang tadi anak-anak seronok sangat makan Mee Rebus sebab kuahnya memang berbeza dengan kuah Mee Kari atau Mee Udang. Alhamdulillah, menu yang dihidang semuanya habis dimakan. Tidak ada pembaziran, dan dengan alas perut yang tidak begitu memberatkan, mereka pun dapat berterawih dengan sempurna.



Bahan-bahan:
1 paket mee kuning / basah / kering - celur,cuci dan toskan
500 gram daging - rebus hingga empuk dengan sedikit garam dan gula melaka, dan potong nipis (gunakan 2 liter )
5 biji telur rebus - belah dua
10 biji red floss ball - belah 2
2 keping fish cake - potong-potong
5 biji limau kasturi
1 biji lada hijau
1 biji lada merah
bawang goreng
daun sup

Bahan untuk kuah:
1 liter air rebusan daging
3 biji keledek - rebus dan lecek hingga hancur
2 biji kentang - rebus dan lecek hingga hancur
5 sudu taucu - toskan airnya dan lecek hingga hancur
1 cawan udang geragau - kisar
3 cm halia - kisar
3cm lengkuas - ketuk
1 batang serai - ketuk
1 labu bawang besar - kisar
4 biji bawang putih - kisar
3 sudu makan rempah kari daging
3 sudu makan rempah kurma
4 sekawan rempah - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
1/2 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk ketumbar
minyak
sedikit gula melaka
garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar serta bahan hirisan, serai dan lengkuas serta rempah 4 sekawan hingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis dan ketumbar. Gaul rata. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air rebusan daging.
3. Masukkan rempah kari daging dan rempah kurma.
4. Masukkan air rebusan daging dan biarkan mendidih.
5. Akhir sekali masukkan kentang dan keledek lenyek hancur. Kacau selalu sehingga kuah menjadi pekat.
6. Jangan lupa bubuh garam dan gula melaka secukup rasa.
7. Letakkan mee di atas pinggan atau mangkuk. Susun hirisan daging, red gloss ball, fish cake, dan telur rebus.
8. Taburkan hirisan lada merah, hijau, daun sup serta daun bawang. Perahkan air limau nipis jika suka.

22 ulasan:

  1. Salam K.Amie,sibbaek dh kenyang..klu x menjejes airliur atie tgk mee rebus akak nie..hihi

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Amie...

    Rajinnya Masak Mee Rebus. Kak Lin Teringin Juga Nak Buat...Tapi Tinggal Berdua Jer...Takut Tak Habis Makan...

    Kalau Ada Anak2 Kat Rumah Baru Seronok Nak Masak2..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum akak...
    wah terliur tgk mee rebus tu akak... sedaaapnya... tadi diana pun makan mee.. tp mee kari.. yg lain ambik nasi... diana mmg x ambik nasi semasa berbuka n sahur.. ;)

    BalasPadam
  4. Salam Azatie,
    takpe... nanti kalau lapar balik boleh datang dapur Kak Amie ambil semangkuk mee rebus... he hehehhh

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam Lin,
    memang tak berbaloi kalau buat untuk makan berdua, baik beli saja ye..., kami makan sekeluarga dengan anak-anak walaupun hanya 5 orang saja, puaslah makan.

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam Diana,

    wah... diet ye, yang penting makanan yang kita ambil tu boleh membekalkan tenagakan Diana...

    BalasPadam
  7. Akak! harini pun kami berbuka dengan mee, hehe.. rasanya bulan pose mee mmg laku kot. ;D

    BalasPadam
  8. salam kak amie.. sedap mee rebus.. tarasa2 lagi nak makan walaupun baru je buat hari tu..:)

    BalasPadam
  9. Sedapnya mie. Bundo dalam bulan puasa ni baru sekali buat mee. Mee hailam.
    Nasi daging kat bawah tu menggoda lah..

    BalasPadam
  10. Asmara,
    betul tu, hidangan mee memang selalu menjadi pilihan untuk berbuka puasa.

    BalasPadam
  11. Salam Ita,
    buat lagi Ita,

    di rumah kakak memang ada pelanggan tetap untuk resepi begini, he he hehhhh

    BalasPadam
  12. Ibundo,
    mee hailam pun memang dah masuk senarai menu buka puasa kami...hi hi hi

    BalasPadam
  13. semalam nampak kak amie masak nasi daging pun mieza belum cuba hari ni nampak lak mee rebus..bila la mieza sempat nak cuba semua resepi kak amie ni..huhuu

    BalasPadam
  14. assalamualaikum ..
    wah kak amie.. hidangan tu sebijik mcm kat restoren.. maunya anak2 tak suke kan.. saya pun suke juggak menu gini.. cukup elok padat dah dlm perut. semalam pun menu mee goreng je

    BalasPadam
  15. terasa kuah itew manis ngan rasa kentang...cedapnyer akak nnt boley menu mee boley la try

    BalasPadam
  16. Mieza,
    bila-bila boleh cuba, Kak Amie ni kalau teringin terus masak, jarang merancang, sebab selalu yang dirancang biasanya tak jadi, kekangan waktulah, malaslah.... ikut mood jugaklah, kadang-kadang bahan yang digunakan pun bukannya cukup, jadi kena guna mana bahan yang ada sajalah... he he he....kena kreatif gitu.... eh, bukankah kita ni dalam kalangan orang yang keratif...hu hu huuu perasanlah!

    BalasPadam
  17. Izah,
    menu mee rebus memang jarang jumpa di sini, tu sebab kena usaha sikit untuk menyediakannya, memang anak-anak suka, kita pun suka tengok diorang suka... he hehehhh

    BalasPadam
  18. Lady Ayu,
    seronokkan Ayu.... dalam dunia masakan ni macam-macam ada, yang manis, masam, masin... haaa, boleh cuba Ayu...

    BalasPadam
  19. Assalam amie,
    wah samalah ya amie, menu mesti nak mee juga kan..dah lama juga tak buat mee rebus..daging pulak habis buat lauk..kena stok up dulu lah
    selamt berbuka puasa amie..

    BalasPadam
  20. Salam Ayu,
    kalau begini nampaknya tiap kalimenjelang bulan puasa kena gali pelbagai resepi mee ye Ayu...

    BalasPadam
  21. terlihat enak Amie ... kapan2 saya coba resep nya terima kasih :D

    BalasPadam
  22. Elsye,
    iya... silakan, kita kongsi resepi...

    BalasPadam