Salam hari Sabtu. Selamat berpuasa buat hari yang ke 13. Sebelum meninggalkan rumah untuk ke Masjid al-Raudhah di Lahad Datu, Amie titipkan menu bersahur iaitu Sayap Ayam Goreng.
Bagi anak-anak menu di atas sudah memadai kerana memang mereka sangat gemar makan ayam goreng. Jaranglah Amie dapat masukkan menu bersahur sebab memang menu beginilah yang dihidangkan hampir setiap waktu bersahur. Menyediakannya memanglah sangat mudah, tetapi rasanya tentulah sedap..... sayap ayam memang sedap!
Bahan-bahan:
8 bahagian sayap ayam - potong 2
3cm halia - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 batang serai - diketuk
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu serbuk pati ayam
1/2 sudu serbuk kunyit
(garam & gula - jika suka - Amie bubuh 1 sudu gula)
2 sudu minyak bijan
minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Gaulkan sayap ayam bersama semua bahan di atas termasuk minyak bijan, kecuali minyak masak.
2. Perap 15-20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.
4. Angkat dan hidangkan.
Amie pergi dulu ke Masjid al-Raudhah kerana menguruskan pelajar-pelajar sekolah yang menerima zakat dari pihak Tabung Haji Lahad Datu. Jumpa lagi ye....
kak amie jarang dgr org panggil sayap ayam..selalu dipanggil kepak ayam..part ayam yg paling mieza suka..buat hiney roasted mmg sedap kan kak
BalasPadamkak amie..sorry semalam akk call mieza dah tido..nnt mlm kang mieza call akk blk ye..
Assalamualaikum akak amie...
BalasPadamapa khabar akak? moga dah sihat hendaknya..
wah dah lama diana x masak sayap ayam... kat labuan pun panggil sayap ayam.. :) nmpk sedap akak..
salam kak amie...akak sayap ayam ni chicken wings la kan...hehehhe...saya pun suka makan bgn ni jugak...sebab tak byk isi...kekekke
BalasPadamkalau anak saye panggil kepak ayam...
BalasPadammmg kesukaan dia org tu...
Mieza,
BalasPadamkalau di semenanjung memang panggil kepak, di sini orang panggil sayap....kih kih kih dah terikut sini dah...
ok, sapa2 boleh call dulu...
Waalaikumussalam Diana,
BalasPadamkakak khabar baik,
kalau goreng sayap ni memang kena lebih sikitlah...sebab sedapkan!
Salam Quinnie,
BalasPadamtak banyak isi tapi banyak lemak ye... itu yang rasa sedap tu...
Ain,
BalasPadamkepak ayam & sayap ayam... dua2 sedap! he hehehhh..
kalau ucu dihidangkan lauk mcm gini...mau bertambah2 kepak ayam tu..
BalasPadamyg belum masak tp dah diperam ada lagi tak...?
Ucu,
BalasPadamkepak ayam kalau diperam boleh terbang tau.... hi hi hi
sedapp...
BalasPadamsuka ni!