Alhamdulillah, seluruh umat Islam sudah mengharungi ibadah puasa pada hari ke 13. Adapun juadah yang sempat Amie sediakan buat keluarga tersayang ialah Ikan Belanak Panggang dengan Lemak Cendawan Sayur Licin. Lama sangat tak makan ikan belanak. Kalau di kampung, bapa mentua suka suruh Amie buatkan umai (istilah di negeri Sarawak) - ikan belanak mentah bubuh hirisan lada, bawang, mangga dan perahan air limau. Kalau mengikut istilah Sabahan pula, resepi begini disebut kilau atau lawar. Nantilah ye, ada kesempatan Amie akan tunjukkan juga resepi tardisional itu. Kita lihat dulu menu berbuka puasa petang tadi.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan belanak - bersihkan dan kelar-kelar
sedikit garam
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu teh pati asam jawa
1/2 sudu lada putih - tumbuk
daun pisang & lidi penyemat
Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam, asam jawa, kunyit dan lada putih.
2. Bungkus dalam daun pisang dan semat dengan lidi.
3. Panggang hingga masak dan hidangkan dengan air asam
Air asam Amie sama saja dengan air asam yang biasa kita cicah dengan ikan bakar, cuma Amie tambah sedikit budu di dalamnya.
Selain cicah air asam campur budu, ikan panggang itu Amie temankan bersama cendawan masak lemak campur dengan sayur licin. Entah kenapa sayur warna hijau tu diberi nama licin. Mana-mana penjual sayur itu mengatakan nama sayur 'licin'. Sesiapa yang tengok gambar di bawah mungkin boleh beri nama sebenar sayur itu. Cendawannya pula bukanlah cendawan payung, tapi cendawan kelapa sawit. Semasa dalam perjalanan pulang dari Masjid al- Raudah petang tadi, Amie singgah sebentar di pasar dan terus beli cendawan sebab lama sangat tak makan sayur ini.
Inilah rupa cendawan kelapa sawit dan sayur licin yang Amie masak lemak petang tadi. Tak dapat cendawan payung yang sedap tu, dapat cendawan inipun jadilah...... Wokey, kita lihat resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
1 mangkuk cendawan
1 mangkuk sayur licin
10 ekor udang kertas
250ml santan
10 biji cili padi - tumbuk
1.5cm belacan
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk pati ikan bilis
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis semua bahan tumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkanserbuk kunyit, udang dan tumis lagi hingga udang kemerahan. Masukkan santan.
4. Masukkan cendawan. Biarkan seketika.
5. Masukkan sayur licin dan kacau supaya tidak pecah santan.
6. Perasakan dengan serbuk pati ikan bilis.
7. Angkat dan hidangkan.
Ha... apa lagi, jomlah makan sama-sama....Bismillah.
Sebenarnya petang tadi Amie berbuka puasa di perkarangan Masjid al-Raudah Lahad Datu mewakili sekolah untuk menerima zakat bagi anak-anak miskin. Banyak agensi yang terlibat menghulur zakat termasuklah Tabung Haji dan juga FELCRA. Agensi lain Amie tak ingat..... Yang Amie ingat ialah betapa ramainya masyarakat Lahad Datu yang datang, termasuk balu, anak-anak yatim dan fakir miskin untuk menerima zakat masing-masing.
Ini sahajalah gambar yang sempat Amie ambil. Bila orang dah datang berduyun-duyun, pihak media mula berkampung, malaslah nak bergerak. Duduk sajalah tengok dari jauh.... Apapun, sebaik sahaja berbuka puasa, Amie terus pulang dan masak pula untuk keluarga walaupun agak terlewat!
Sedapnya kak amie, klu dpt kat saya mmg licin saya kerjakannya hihi... Nallarekek
BalasPadamdah terliur ni...mmg sedap makan mase buka pose..sure bertambah2 nasinye tu...
BalasPadamaloh kak amie...terliurnya air asam tu..sedap kalau cicah ikan bakar kt ctu.
BalasPadamkalau ikan mentah yg dibuat ala2 kerabu mcm tu, di kelantan kami panggil lawar ikan. kalau org kadazan dusun tu diorg panggil hinava. tp mcm guna tenggiri kot. sedapnya tu...nani suke betol makan hinava yg dihidang2 di hotel. sebab kawan2 tak pernah buatkan. kt hotel jela makan makanan yg mcm tu.
akak! kita suka umai! lama sungguh tak makan, dah bertahun2. kalau balik swak mesti mak sedara selalu buat. tp skrg katanya susah sikit nak dpt ikan fresh. rindu masakan swak. :D
BalasPadamAju,
BalasPadamhe he he...memang dah licin pun...
Ain,
BalasPadamkakak makan lebih sayur tu sebab anak-anak tak suka..
Nani,
BalasPadammacam-macam ikan boleh digunakan, kalau orang bajau biasa gunakan ikan bilis,kembung dll & yang penting ikan tu mesti fresh!
Asmara,
BalasPadamfirst time kakak makan umai di Mega Hotel Miri, tak tahu guna ikan mentah..... sedap!
kak amie.. tertinggal menu sedap akak ni semalam busy ada majlis berbuka.. akak suka dengan ikan2 yang akak tunjuk besar dan nampak menyelerakan
BalasPadammsk2 camni mmg best time puasa2 ni.. btuah amie selalu dpt ikan yg segar.. klau duduk di BP ni selalu jumpa ikan airbatu jer..
BalasPadamJuwita,
BalasPadamdi sini memang masih terdapat banyak hasil laut, jadi banyak pilihan....
Dzana,
BalasPadamAlhamdulillah, banyak hasil Laut Sulu yang dapat dinikmati , sebenarnya banyak juga ikan masuk ais, tapi kalau pandai cari di pasar terutama waktu petang, memang akan jumpa ikan yang baru naik dari laut..
ikan belanak ni memang best kan kak Amie, lemak sedap..tambah2 yang besar ni..saya tak pernah pulak panggang selalu tu goreng atau masak asam pedas je, memang best
BalasPadamSalam kak amie! MERIAHHHHHnyer menu2 berbuka akak! kita sejak2 dah byk hari puasa ni semakin malas jadinyer hihihi.... hari ni pun tak tahu apa nak masakkan tuk budak2 ni dgn bapak budak, malasssssss sgt ni haaa hihihi... mood nak buat beskut kuat sgt niii :D
BalasPadamIxora,
BalasPadamkalau belanak kecik sedap sangat digoreng, yang besar sikit panggang aje...
Ika,
ha... ini serba serbi tau ni, malas masak pun nanti hasilnya ngalahkan Iron Chef! hi hi hi...
akak..suka saya tengok menu2 ikan akak ni..macam2 nama... yg saya tak pernah dengar dan makan pun ada...hehehe...biasa kalau kat ipoh ni dpt makan anak ikan belanak jek...hehhehe
BalasPadamkak amie ku cayang,
BalasPadamkat sini ikan belanak kecik2 je kak..sesuai untuk goreng kunyit mkn panas2 je..belum pernah jumpa ikan belanak sebesar ni kat Tg Malim ni..
cendawan tu..bukan mcm cendawan sisir yg mieza cakap semalam..mcm cendawan payung rupanya..mesti sedap kak amie masak..
Kak TQ for calling last nite..mieza mminta maaf sbb tgh asek2 sembang anak mieza yg kecik, umar nak menyusu pula..terpaksa off dulu..
e-na suka sgt dgn menu2 ikan...apa2 jenis ikan pun sedap...tambah2 lg wat bakar air asam cenggini....ratah lg sedap!he he
BalasPadamCendawan apa tu sgt comel...own lauk udang tu yumyum
BalasPadamQuinnie,
BalasPadamsebenarnya anak ikan belanak tu lagi sedap, lemak!
Mieza,
he he he...dulu masa tinggal di kg, Kak Amie suka tangkap anak belanak di muara laut / sungai Jeram... bawa balik, terus goreng...sedapnya!
ha, itulah rupa cendawan kelapa sawitnya Mieza,
takpe, lain kali boleh borak
lagi..
E-na,
memang sedap kalau ratah ikan bakar cicah air asam ye...
Hanis,
hi hi hi...cendawan pun nampak comelke... cendawan kelapa sawit tu dik...
as salam k amie... owh sayur tu namenye sayur licin ye...klu x silap kite penah makan di steamboat dan sayur ni mmg kite amik banyak2...sedap & rangup! suke sangat!
BalasPadamFiza,
BalasPadamorang sini panggil sayur licin, tapi kakak pun tak tahu nama sebenarnya....