Pages

Selasa, 9 Ogos 2011

Mufin Ku Yang Pertama

Rasa segan-segan pulak nak buat tayangan resepi kali ini. Bukan apa, inilah kali pertama dalam hidup Amie buat mufin. Tentu banyak cacat celanya ye..... apa pun sepatutnya Amie rasa bangga sebab Amie sudah beranikan diri bergaul dengan tepung dan rakan-rakannya yang lain untuk menghasilkan satu adunan yang dipanggil mufin. Selama ini Amie hanya makan mufin yang dibeli dengan harga RM1.60 sen sebiji. Jadi, dengan penuh yakin diri, buanglah jauh-jauh rasa malu-malu kucing tu, Amie tayangkan  hasil usaha Amie, dan dengan hati terbuka, kepada sesiapa yang sudi, yang biasa memufinkan diri, pakar-pakar mufin........dialu-alukan komen apa-apa yang kurang pada mufin ini.


Terlebih dahulu Amie ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat dik Mieza When A Working Mother Cooksdari Tanjung Malim kerana sanggup mengirim sejumlah cawan mufin untuk Amie. Memang jenuh keliling kedai & supermarket mencari cawan mufin di Lahad Datu tapi tak jumpa, dan akhirnya hasrat untuk memufinkan diri direalisasikan oleh Mieza.....cayanggggg Mieza! Rasa seronok dan berbaloi-baloi pulak menjadi blogger sebab bukan sahaja boleh kongsi resepi di alam maya tapi tak pernah terfikir pun akan ada hubungan di alam realiti. Mudah-mudahan ada rezeki dapatlah kita berjumpa ye dik....... Sebenarnya kiriman Mieza sampai kelmarin mengikut alamat sekolah, tapi sebab Amie cuti sakit, posmen bawa kembali ke pejabat pos dan pagi tadi seorang rakan hulurkan memo tuntutan barang kiriman. Amie ingat selepas waktu sekolah, Amie akan ke pejabat pos, tapi keadaan tubuh badan masih belum stabil dan Amie telefon suami minta menjadi wakil untuk ambil. Hmmmm.... teruja sangat nak tengok cawan mufin, tapi suami kata petang baru dia pulang ke rumah. Amie pun tunggulah di rumah dan pukul 4 lebih, suami bawa pulang kiriman dari Mieza..... Petang tadi kami berkesempatan berborak seketika menerusi telefon, bestnya...... dapat berkenalan, tetapi memandangkan masa yang tidak mengizinkan (Amie sedang berbuka puasa dan Mieza pula sedang menyediakan juadah puasa, akan bersambunglah cerita kami di kemudian nanti.... insya-Allah). Jom kita tengok di bawah ni.... apa isi kiriman dik Mieza untuk Amie...... jeng..jeng...jenggg....



Macam-macam bentuk cawan yang Mieza kirim. Oleh sebab teruja sangat nak buat mufin, Amie dengan anak bongsu pun bergegas ke dapur mencari bahan yang ada untuk diadun. Amie sendiri tak boleh nak pilih mana satu cawan yang hendak digunakan sebab semuanya nampak cantik dan menarik. Si bongsu kata baiklah kita guna yang warna pink! Aduh.... cantiknya cawan, isinya harus pula cantikkan! Memandangkan kali pertama, Amie cuba buat menggunakan bahan asas sahaja sebagai percubaan, misalnya di dapur hanya ada pisang dan serbuk koko, itulah yang Amie guna, tapi itu pun memang ada yang tak kena. Amie bubuh tak sampai separuh cawan, jadi taklah kembang sampai ke atas. Tak apalah, ini mak budak baru belajarkan! Lain kali kena tambah sikit. He heee..hee.... tangan yang gatal ni letak pula kismis atasnya, entah sesuai entah tidak, bila dah masak nampak macam mata ikan tembakul pulak yang tersembul.... kih kih kih....Memanglah sudah banyak kali jengok resepi kawan-kawan tapi bila buat sendiri, lain sikit jadinya. Amie teringin nak buat mufin banana dengan cinnamon macam Mieza selalu buat, tapi nanti dulu.... belajar asas dulu..... , esok lusa akan menyusullah mufin yang seterusnya.



Bagi sesiapa yang memang sudah ahli atau pakar mufin, sekali pandang mufin di atas tentu boleh beri pandangan. Ni .... Amie nak pi Tanjung Malim kejap, nak hantar mufin untuk Mieza....... (masih segan-segan ni Mieza)  alamak Mieza, terlupa pulak, mana ada flight malam dari Lahad Datu..... he he heee...

34 ulasan:

  1. Kak sedapnya muffin tu, sy mmg Suka sangat, nmpk menarik Dan gebu je kak

    BalasPadam
  2. Aju,
    kakak makan pun rasa sedap, lembut.... dah pandai buat mufin ke kakak ni? konpiussssss.... hi hi hiiii

    BalasPadam
  3. kegemaran anak2 saye muffin ni...tapi maknyeni belum pernah cube buat lagi ni...

    sedap jer nnpk muffin tu...

    BalasPadam
  4. Ain,
    cuba buat mufin sekali, nanti nak buat seterusnya.... jom kita memufinkan diri... hi hi hi..

    BalasPadam
  5. aslmkum amie.. cantik2 cup muffin tu.. akk suke beli cup jer.. buat koleksi.. hihihi.. ntah bila nk buat.. anak2 tak brpa suke pulak nk mkn.. bertambah2 malaslah ibunya..

    BalasPadam
  6. yeyyy..kak amie dah berjaya buat mapin! Tahniah2 atas percubaan pertama ni..dah cantik dah tu kak..kalo nak buat muffin yg tinggi dr cawannya tu akak panaskan ke suhu tinggi dulu ye,dah nak masukkan mafin tu baru tuka ke suhu pembakaran.. semalam sy post entri muffin coklat kak yani tu kak..sedappp!yg best tu senang nak buat..sesuai sgt utk yg nak blaja buat muffin.hehe...
    cantik2 muffin cup akak dpt tu haa..seronoknyaaa..tumpang gembira utk akak :)

    BalasPadam
  7. Assalam amie,
    wah tahniah!! berjaya juga amie membuat muffin..dah bolehlah tu amie for the first time..ini kira virgin muffinlah ya..macam kita virgin lopes..wakakaka..tahniah lagi sekali dari kita..so kena terus mencuba dan mencuba pasti akak menjadi lagi cantik muffin amie nanti..u go girl!!

    BalasPadam
  8. kak amie.. ok la tu percubaan pertama tak merekah ke apa ke.. hihiihih tahniah kak.. selamat mencuba lagi.. cantik2 nya cup tu.. seronok tgk

    BalasPadam
  9. wahhhh....dh memapin akak kita ni, tahniah kak amie...berjaya2, elok dh kejadian mapin akak tu...len kali bole try mcm2 resepi mapin ye kak..comel2 la mapin cup tu, kt japan susah nk jumpa yg cute2 cam gitu

    BalasPadam
  10. Assalam amie, dah cantik tu muffin, cuma amie tak isi byk je, akk pun tak pandai bab2 mafin2 ni heheh

    wah cantiknya bekas mafin tu, mcm2 kaler ada , bestnya. hrp2 hubungan maya ni berkelalan selamanya kan amie

    BalasPadam
  11. kak amie
    sama2 kasih kak..alahhh muffin cup jer la yg mampu mieza kirimkan..in case akak perlu apa2 yg tak der di lahad datu tu boleh la email mieza..yg mana mampu mieza kirim apa salahnya kan..don't mention it :)

    kak amie dah cantik dah tu muffin akak..first time kira A dah tu..nanti akak cuba yg len pula tau..cuba muffin cekelat..muffin lemon yogurt kat blog mieza tu sedap sgt kak :)

    Selamat memuffinkan diri kak amie cayang!

    BalasPadam
  12. amboi2 kak sorang ni...jap lagi boleh bw ke sekolah mkn dgn kengkawan (lepas bln ramadhan la..)
    kalau mcm tu nak call mieza jugaklah nak minta muffin betul2..hehehe...

    BalasPadam
  13. Dzana,
    memang cantik2 cup tu, sayangnya Amie tak mahir buat mufin, patutnya dah bekasnya cantik, mufinnya pun kena moleklah kan... takpe, baru langkah pertama ni... hi hi hiii

    BalasPadam
  14. Hasue,
    nanti kakak guna cadangan itu, memang rasa sangat teruja nak cuba buat, tambah pula cup yang dikirim dari jauh...hu hu huu terharu!

    BalasPadam
  15. Ayu,
    lepas ni memang kena rajin belek bab mufin ni... memang kena teruskan langkah yang kedua dan berikutnya.... kena terus berani cuba!

    BalasPadam
  16. Juwita,
    terima kasih Ita, memang cup tu cantik-cantik belaka, nanti kakak nak cuba buat mufin yang sepadan cantiknya dengan cupnya... he hehehhh

    BalasPadam
  17. Ida,
    seronok dapat buat mufin sendiri,

    dah ada cawan mufin, makin bersemangatlah nak buat,

    samalah tempat kakak, cari sana-sini tak jumpa cawan mufin, akhirnya dapat juga buat setelah terima kiriman cup dari Mieza.....

    BalasPadam
  18. Kak Rosa,
    lepas ni kena isi lebih sikit supaya nampak timbul ke atas,

    memang cantik, warna-warni lagi cup tu,

    inilah seronoknya ada rakan maya ye kak...

    BalasPadam
  19. Mieza,
    dah dapat A? uiii... bestnya, kira dah lulus dah ni... ni nak kena study lebih nak buat lagi cantik ni,

    nanti cukup bahan, Kak Amie cuba buat macam yang Mieza buat tu ye,

    terima kasih banyak-banyak ye Mieza, jasamu ku kenang selalu... he hehehhh

    BalasPadam
  20. Ucu,
    memang pun kelmarin dah hebohkan di sekolah pasal kita dapat cawan mufin tu, pas tu mereka pakat usik ...kena bawalah ke sekolah hasil mufin kakak nanti.... iyolah...iyolah....nanti kita bawa mufin pi sekolah lepas ramadhan...

    BalasPadam
  21. dah cukup comel dh mufin kak amie tu...good try! kalau limpas bukit garam. ketuk2 rumah nani ek!

    BalasPadam
  22. indahnya sebuah perhabatan itu kan kak.. tak kenal pun boleh jadi rapat dan mesra.. saya pun tak pernah buat muffin sendiri kak.. wp cawan muffin tu kat kedai depan rumah pun ada jual.. he..he..

    BalasPadam
  23. Amie, nampak sedap muffin tu, hantar ke Kuching sekali lah ye

    BalasPadam
  24. 1st buat jadi gini kira pass la akak oii...sedapnyerrr

    BalasPadam
  25. chewahhhhhhhhhh Kak Amie..sudah bermula nampaknya ya..suka suka Best!
    practice makes perfect Kak!

    BalasPadam
  26. Nani,
    Kak Amie rasa seronok sangat Nani,
    sudahlah cawan mufin cantik-cantik, sekali buat dah jadi, sedap pulak tu ( hi hi hi... angkat bakul berlubang nih!),
    memang dah pasang niat nak bagi kawan-kawan makan (mufin akan datang), untuk Nani nanti Kak Amie buatkan yang special ye... he he hehhh

    BalasPadam
  27. Hanis,
    iyelah dik... kakak pun terharu sangat dengan keikhlasan Mieza, tak sangka pula dalam masa terdekat ini dapat cuba buat mufin sendiri (berangan nak cari cawan mufin masa balik raya nanti),

    memang banyak yang indah dalam hidup ini ye dik...

    BalasPadam
  28. Ummi,
    iye... nanti Amie transit Kuching,
    nak bagi Ummi mufin yang sedap-sedap!

    BalasPadam
  29. Lady Ayu,
    wah...! kalau gini memang semangat terus naik beratus% ni untuk terus memufinkan diri... hi hi hiiii

    BalasPadam
  30. Ixora,
    memulakannya agak sukar sebab takde cawan mufin, dan bermula sekali ni... memang nak teruskan he he hehhhh

    BalasPadam
  31. dah cantik dah tu amie..kat langkawi ni pun sama susah nak cari cup yg cantik2..kalau ada banyak yg bekas mcm kek pisang tu huhu

    BalasPadam
  32. Suri,
    nampak cantik sebab bekasnya pun cantikkan....,

    ooo iye ke.... Amie ingat tempat Amie je (ketinggalan) takde cawan mufin..

    BalasPadam
  33. Amie..kira ok dah tu...utk 1st time buat nampak gebu dah mapin tu...bila selalu2 buat mesti jadi tambah cantik...teruskan buat mapin...:D

    BalasPadam
  34. Cik Cek,
    yeah... perjuangan belum selesai, akan buat mufin yang seterusnya...

    BalasPadam