Pages

Rabu, 10 Ogos 2011

Ayam Masak Sup & Terung Goreng Sambal

Ini hidangan berbuka puasa untuk orang sakit, yang kurang berselera untuk makan. Menu ini disediakan untuk berbuka puasa hari ke 9. Bau rempah ratus dalam sup dan rasa pedas lada putih berjaya mengembalikan selera. Terima kasih bonda kerana Amie dapat belajar masak sup gaya bonda yang sangat sedap ini!


Cara masaknya sama saja dengan sup ayam yang kita selalu buat, tapi Amie ikut gaya bonda dengan menumis terlebih dahulu rempah-rempah termasuk jintan putih, jintan manis dan ketumbar dan layukan ayam dalam tumisan sebelum bubuh air. Itu saja. Dan di bawah ni pula Terung Goreng Sambal, entah berapa lama terung ni ada dalam peti sejuk (suami yang bawa pulang), masih dalam keadaan elok dan sempurna. Masak sajalah.....



Inilah rupa Terung Goreng Sambal, bubuh udang sikit. Jom buka puasa... Bismillah. Oh, dah habis makan baru teringat nak kongsi resepi Terung Goreng Sambal.

Bahan-bahan:
4 biji terung - belah 2 dan potong 4
10 ekor udang kertas
2 keping asam gelugur
garam & gula
minyak

Bahan kisar:
12 biji lada kering
1/2 cawan udang geragau
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih

Cara:
1. Goreng terung hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan asam keping.
3. Masukkan udang dan gaul rata hingga masak. Jika terlalu kering, bubuh sedikit air.
4. Masukkan terung goreng dan gaul sebati.
5. Taburkan garam & gula.
6. Angkat dan hidangkan.

20 ulasan:

  1. ni bukan setakat org sakit, org sihat punnnnnn layannn kak amie :)

    BalasPadam
  2. haih.....sedapnya sup...nak jugekkkk

    BalasPadam
  3. Mama Likha,
    hi hi hi...kira 2 dalam satulah tu ye...

    BalasPadam
  4. Nani,
    wah! aroma sup sampai Bukit Garam ye.... jom makan Nani...

    BalasPadam
  5. msk sup lawan ngan msk sambal mmg kena kak......sedap

    BalasPadam
  6. Ida,
    menu yang berlawanan ye Ida... sup lawan pedas!....peluh2 jugak makannya tu...

    BalasPadam
  7. Akak! bukan mcm terung sambal tp dah macam sambal udang, punyalah besar udang. aduh menjejes ayaq liur nih tengok sambal. hehe.. mmg kena sangat la combination lauk tu kan!

    BalasPadam
  8. kak amie.. bukan nak terungnya nak udang besar tu leh.. hihihi tergoda tau kak.. nasib datang dah malam

    BalasPadam
  9. Asmara,
    he hehehh... kiranya jadi terung goreng sambal ditutupi udang ye....

    BalasPadam
  10. Ita,
    asalnya nak buat sambal terung, udang tu saja je buat aksesori, rupanya udang pulak yang kena 'highlight' ye...

    BalasPadam
  11. salam kak amie..kalau org sakit mesti terus jd sihat tgok lauk cam akak msk nih..

    BalasPadam
  12. whhhh merah menyala udang tu..tu yg sedap tu..buat sambal udang petai sedap gak tu..nakkkk

    BalasPadam
  13. Kamalia,
    hi hihi.... tukang masaknya yang sakit....

    BalasPadam
  14. Cik Cek,
    tak menyamai lazatnya menu bonda... hu hu huuu rindunya!

    BalasPadam
  15. Mieza,
    memang sedap masak dengan petai tu.... nantilah, tunggu cuti sekolah, siang malam kakak bantai petai... hi hi hii....

    BalasPadam
  16. akak amie cayang..
    sup tu nmpk sedaaap sesgt... n terung mmg fav diana.. suka sgt makan terung... sedaaaapnyaaaa

    BalasPadam
  17. Diana cayanggg....
    sup tu buat buka selera orang mati liur ....

    BalasPadam