Pages

Ahad, 14 Ogos 2011

Mufin Ku Yang Kedua


Sesiapa yang berminat untuk mencuba mufin di atas tu, ambillah satu orang satu ye...  lepas tu boleh bagi markah. Sebelum cerita tentang mufin, Amie nakcerita sedikit tentang teratak Amie nan sebuah itu. Amie  baru saja meninjau-ninjau teratak Amie di SINI yang sudah sekian lama ditinggalkan. Memang usang dan penuh sawang. Lihat sajalah orkid putih di bawah ini.... seolah-olah ingin menyerikan taman bunga Amie yang masih terbengkalai sejak sekian lama ........ Itupun sebab diingatkan oleh Ucu Faridah tentang teratak Amie itu, kalau tidak entah sampai bila Amie sempat mengunjunginya.


Nampaknya memang Amie lebih kepada aktiviti dapur. Walaupun pagi tadi terpaksa menghadiri mesyuarat di sekolah, tapi sebaik sahaja sampai rumah terus bergegas ke dapur! Tak sabar nak buat mufin. He he... ini projek mufin yang kedua menggunakan cup yang dikirim oleh Mieza. Selagi tak diguna cup itu, selagi itulah hati dan tangan gatal sangat nak godek tepong! Oleh kerana Amie ini masih belum mahir bab mufin, seorang rakan sekerja Nur Fadhillah Abdullah, beberapa hari yang lalu membawakan Amie 3 bungkus tepung khas untuk mufin termasuk blueberry muffin mix, pineapple muffin mix dan juga cho chip muffin mix. Katanya, sewaktu Amie bercerita tentang cup mufin yang Mieza kirim, dia pun berminat untuk membantu Amie memahirkan diri mempelajari selok-belok dunia mufin. Memang Amie belum berani buat mufin yang canggih-canggih walaupun teringin buat seperti yang Mieza dan kawan-kawan lain hasilkan. Malangnya dia terlupa bawa resepi mufin, dan Amie pula tak sabar nak buat....



Kalau sebelum ini mufin yang Amie buat memang menjadi tapi tak sampai ke atas sebab kuantitinya  hanya 1/2 cawan. Kali ini Amie masukkan 3/4 cawan adunan mufin. Mufin pertama Amie lembut rasanya, Amie gunakan bahan sendiri termasuk tepung, serbuk koko, pisang lecek, minyak jagung, telur dan juga baking powder serta soda bikarbonat serta sedikit garam. Yang ini pula, Amie gunakan 500 gram tepung blueberry muffin mix, tambah 2 biji telur, 3/4 cawan marjerin cair dan 1/2 cawan susu cair. Hasilnya kelihatan agak merekah berbanding mufin yang pertama. Rasanya lebih padat dan tidak halus lembut seperti mufin sebelum ini. Bagaimanapun anak dan suami kata rasanya sangat sedap berbanding mufin pertama! Entahlah, hanya jauhari yang mengenal manikam, hanya yang pakar tentang mufin saja yang tahu mana yang betul ye...


Terima kasih Mieza.... cawan mufin tu cantik kan? Terima kasih juga untuk Nur Fadhillah kerana telah memperkenalkan pelbagai campuran tepung untuk menghasilkan mufin yang lazat!

Untuk menu berbuka puasa petang tadi Amie sediakan Mee Hoon Sup saja. Bagaimanapun ada sesuatu yang ingin Amie kongsi bersama mengenai supnya!


Memang dah ramai yang tahu cara penyediaan sup yang sedap. Amie tak tahulah sama ada cara Amie ini pun digunapakai sebab resepi ini Amie perolehi daripada seorang teman lama yang memang setiap tahun menu rumah terbukanya ialah mee hoon sup, soto ayam dan sebagainya yang berkaitan dengan sup. Insya-Allah, lain kali Amie akan ceritakan ye...... Selamat berbuka untuk puasa hari yang ke 14!

18 ulasan:

  1. Amie...

    Kak cek dtg ni nak ngendeng muffin yg gebu menggebu tu...tak tahan ooo tgk rekahan mapin tu...sure sedap kan...

    Tak sabar gak nak tahu apa rah sia buat sup tu...:D

    BalasPadam
  2. Cik Cek,
    wah... dah ada peminat mufin kita dah.... he hehehh

    rahsia buat sup tu.... nantilah, akan datang... sabarnya Cek..

    BalasPadam
  3. nak..nak..
    ambik dua biji ye amie ;-)

    BalasPadam
  4. Inilah rupa muffin yg sebenar kak..rasanyer tekstur muffin mmg gitu..padat dan merekah kt atas...kalau tgk pd muffin yg dibeli la...perisa blueberry ye kak yg ni...sedapnyer

    BalasPadam
  5. k amie,
    suke kite tgk kejadian mafin yg gebus2 merekah camni... suke3!!!
    tp kite ni selalu buat utk tempahan je... utk makan2 jarang sekali.pasai tak laku...anak2 takmo huhuhuuu

    BalasPadam
  6. Aeino,
    mungkinkah kegebuannya itu menunjukkan sudah betul cara pembuatannya? ha..haaa..ha


    Kasih,
    wokey... boleh ambil dua, yang satu lagi tu kira bonus ye...


    Ida,
    betullah agaknya tu, sebab rasa dan teksturnya pun sama seperti yang biasa beli di kedai.... yeayyyy...dah pandai buat mufin!


    Fiza,
    memang seronok main2 dengan tepung ni, tengok dia jadi gebu...suka tengok je, tapi makan seketui 2 dah cukup ye...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum akak...
    wah ada muffin kat dapur akak nie... cantik kejadian muffin yg akak buat tu... suka tgk

    BalasPadam
  8. kak amie..muffin mix ni mmg tak mengecewakan.. cantik je naiknyakan

    BalasPadam
  9. Amie, cantiknya muffin tu, memang menjadi, boleh lawan muffin kenny rogers ni...

    BalasPadam
  10. kak amie cayanggg..cantik dah muffin tu..dah naik gebu lawo jer..guna pre mix tak manis ke kak? hari tu ada mieza guna muffin mix blueberry beli kat kedai masyaAllah mcm gula tumpah manis sesangat..sejak hr tu mieza dh beli yg pre-mix...meh pos ke TM seketul muffin kak...nampak begitu cantik sekali..dah pass dah kak A++ :))

    BalasPadam
  11. Diana,
    Waalaikumussalam dik, ....memang cantik, gebu, bagai semangat tuannya yang sedang menggebu-gebu!


    Izah,
    kalau dah pakar mufin kata begitu, dah confidentlah ni nak buat yang seterusnya...


    Ummi,
    nanti Amie nak bertanding dengan mufin tu pulaklah....


    Mieza,
    oooo....mak budak yang baru belajar ni baru tahu ada yang pre-mix, nantilah ada masa nak belajar kenal dengan benda-benda tu semua ye... yeayyy dapat A++ dah....

    BalasPadam
  12. Assalam amie, cantik dah muffin kedua, penuh elok je. saya pun tak reti juga. lama2 makin mahir lah amie nhgan muffin2 ni

    BalasPadam
  13. Kak Rosa,
    Waalaikumussalam,... dah seronok buat mufin ni, nanti penuhlah dapr Amie dengan mufin ye... he he hehh

    BalasPadam
  14. semakin rancak kak amie memapinkan diri ye...kalo mcm ni, nani pon kene beli cup mapin jugak la...dengan harapan pasni pon akan jadi rajin mcm kak amie jugak. hihih..nani ni boleh kira la brape kali buat mapin. tp kalau mapin, teksturnya memang sedikit padat.tp nani lagi suke yg lembut2 gebu gitu..tp lain org lain seleranya kan?

    BalasPadam
  15. Nani,
    seronok tengok hasilnya yang cantik! biasanya yang dibeli memang teksturnya padat & mengenyangkan...

    BalasPadam
  16. kak amie.. nak muffin gebu2.. sedap tu kak .. sukanya tgk rasa nak amik satu.. hihihihi akak ni masak2 apa pun menjadi geram dengan tangan akak tu

    BalasPadam
  17. Salam Kak Amie,
    wahhhhhhhhhh dah rajin memuffin eikkk.

    BalasPadam