Pernah dengar istilah malam ketupat? Malam ketupat merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu Cocos menyambut malam ke 15 sempena berpuasa di bulan Ramadhan. Pada malam tersebut, biasanya mereka akan membawa ketupat ke masjid dan akan bertukar-tukar ketupat selepas solat terawih sesama mereka. Isi ketupat terdiri daripada beras pulut, dan adakalanya diisi dengan kacang tanah, atau kacang hijau dan juga udang kering, dan ada juga yang kosong begitu sahaja.
Bentuk anyaman kelongsong ketupat sama saja dengan yang kita buat, cuma isinya sedikit berbeza dengan penambahan bahan. Hanya ketupat sahaja yang dibawa untuk ditukar, dan Amie buat sendiri sambal kacang di bawah ini untuk cicah dengan ketupat.
Bahan-bahan Sambal Kacang:
500 gram daging ayam - potong kecil-kecil
300 gram kacang tanah - goreng dan tumbuk (jangan sampai halus)
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/2 sudu pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 sudu gula pasir
garam secukup rasa
minyak
Bahan kisar:
7 biji lada kering
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1.5cm belacan
2 batang serai
3cm halia
1.5cm lengkuas
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul rata hingga layu.
3. Masukkan bancuhan air asam jawa, santan cair dan biarkan sehingga daging ayam empuk.
4. Masukkan kacang tanah dan perlahankan api. Masukkan pula santan pekat.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali-segala.
6. Apabila kuah telah pekat, angkat dan hidangkan.
Jom....cicipi sedikit juadah malam ketupat!
ketupat sedap tu kak... ita dah lama tak makan hanya makan yang dalam plastik je.. huhuhuhsedihnya
BalasPadamlaaaa.... iye ke Ita, siannya...
BalasPadamtak apalah dik, kebetulan di sini ada daun kelapa, nanti kakak balik raya ke selangor pun makan yang dalam plastik juga he heheh (biasanya tak dapat belu daun daun / pucuk kelapa muda)
sedapnya kak ketupat...memang dah terasa2 je nak makan ketupat nih..saya pun suka ketupat pulut nih..memang best...nak buat sarung dia tak pandai...memang kena tunggu raya je baru dpt makan...hehhehe
BalasPadambaru tahu ada malam ketupat, ingat tadi kak Amie nak kata makan ketupat. hehe..
BalasPadamkak amie..kalau di kelantan, malam ketupat tu selalunya malam raya...sebab masa tu la semua org sibuk buat ketupat.mak nani selalu buat ketupat palas tp letak inti serunding daging...adus...mcm tak sabar dh nk balik...
BalasPadamuniknya...baru tau ada ketupat letak inti.Macamana caranya ye?
BalasPadam1st time dengar istilah 'malam ketupat'... sy klu p beraya, tgk org jamu ketupat daun, otomatik selera terbangkit wlupun perut dah fulll.mesti jugak nak jamah sikit.tp klu ketupat plastik, senyum2 kamben je menolak hehehee
BalasPadamcamnelah agaknye mengisi intinye tu ye kak...?
salam amie, bundo ni sejak haritu lagi nak dapatkan daun kelapa untuk buat ketupat. teringaaaat sangat nak makan ketupat. nampak kat sini ketupat lagilah teringat.
BalasPadambundo tak penah lagi rasa ketupat yang ada inti ni. sedap tak..
uwaaa akak dah beraya ker???
BalasPadamnak makan ketupat gak uwaaaaaaaa hentak kaki
Assalam amie,
BalasPadamwah dah ada ketupat ..!!!
ada inti pulak dalamnya tu..
kat sini malam ketupat malam raya ajeler..hehe..
tak pulak tau amalan bertukar2 ketupat ni.. yelah.. mana nak tau sebab takde sedara mara kat sana.. hehe.. kalau kat sini kat negeri sembilan ada hari mantai.. iaitu hari membuat lemang sebelum puasa kalau tak silap.. kiranya buat lemang mcm dah nak raya ler gitu.. siap ngan rendang bagai lagi.. sekampong memantai.. seronokkan ada amalan tradisi gini.. meriah suasana kg...
BalasPadamnampak sedap ketupat tu amie.. bertambah sedap dicicah ngan kuah kacang yg amie buat tu.. resepi amie lain sebab ada campuran rempah2 tu.. belum pernah rasa kuah kacang berempah..
Quinnie,
BalasPadamKetupat ni orang kampung yang buat, ipar duai semua buat... Kak Amie tak sempat buat.
Asmara,
Kak Amie pun hanya tahu tentang malam ketupat setelah berkahwin, memang tak pernah dengar tradisi di tempat kita kan... di sini, orang Cocos je yang buat...
Nani,
tradisi Cocos memang malam ketupat sempena malam ke 15 berpuasa.
Kasih,
BalasPadamKalau buat sarung ketupat Kak Amie pandai, kalau isi beras pun pandai, tapi yang isi benda-benda tu... tak pandai...
Fiza,
Kak Amie pun patutnya tahu nak isi intinyakan, tapi... tau makan je.. he hehehh
Ibundo,
bergantung kepada intinya kot, kalau udang kering memanglah sedap, dan ketupat tu pun direbus dengan santan bercampur garam...
Lady Ayu,
BalasPadambelum raya lagi dik! baru malam ketupat nih... he heheh
Ayu,
lain tempat lain tadisinyakan Ayu, itulah uniknya masyarakat Cocos ni...
Madiha,
memang tempat Amie sendiri pun tak ada amalan begini, tapi bestlah, dapat eratkan silaturrahim, lepas terawih, tukar2 ketupat di masjid,
resepi sambal kacang tu memang sedap Madiha, sebab bahan yang digunakan tu bahan untuk buat sate...cukup lengkaplah!
akak ni mcm tau2 je saya tgh mencari ketupat sepanjang bulan puasa ni...tapi masih tak dpt..sekarang tgk n3 ni saya terliur tau...huhu...
BalasPadamAmie, ketupat tu ada inti ye, dah rasa macam raya dah ni Amie
BalasPadamWahida,
BalasPadamcepat2 lap liur tu ye... he hehehhh
Ummi,
memang ada inti, tapi Amie sendiri tak tahu dan isi... hi hi hi
nak buat pengakuan bertulis ni...
BalasPadamucu sampai dah tua bangka mcm ni pn tak reti2 nak ngayam ketupat lagi, tapi kalau disuruh makan yg ada inti ke takde ke semua akan ku balun sampai habis....hehehe...
Ucu,
BalasPadamyang bernama Ucu memang orangnya begitu... tolak batu & kayu je... hi hi hiiiii...
kak amie cayanggggg...mieza suka ketupat..especially kan ketupat yang ada serunding kat dalam..alahaiiii sedap tak hengat dunia kak..pastu badan pun berangin sebab makan pulut..time mkn semua kesakitan tu dilupa..lps makan baru nak ingat..tak sabar nak balik makan ketupat serunding kat kelantan..syedapppppp
BalasPadam