Pages

Ahad, 31 Julai 2011

Potato Wedges & Cream of Mushroom Soup

Selamat pagi semua. Nampaknya tak sempatlah nak sembang panjang sebab baru saja seorang rakan telefon ajak Amie minum pagi bersamanya. Walaupun sudah bersarapan pagi bersama suami dan anak-anak, namun Amie terfikir mungkin ada sesuatu yang ingin dibincangkan oleh rakan tadi.


Sarapan pagi ini berupa kentang goreng wedges dengan sup krim cendawan. Selalu juga Amie buat kentang wedges tapi kali ini Amie bubuh oregano dalam bancuhan tepungnya. Jumpa lagi ye, kawan Amie sedang menunggu di Bandar Sri Perdana.

14 ulasan:

  1. Kalau anak bujang saya memang suka sangat menu2 macam ni..siang malam pagi petang pun tak per :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum akak...
    wah kuar minum x ajak diana yer akak... nak nangisss... :D

    ermmm... sedapnya tu akak.... tgk dah terliur dah nie... mmg sedap makan ngan soup tu...

    BalasPadam
  3. ini makan ala mat saleh la ni..suka dgn potato wedges..mau lak yg cheesy mcm kfc punya..melelehhhhh kak amie weiiii

    BalasPadam
  4. Ixora,
    makan begini pun boleh mengenyangkan perutkan...

    memang anak2 suka menu2 begini.

    BalasPadam
  5. Salam ramadhan buat akak n family kak! sedapnyer wedges! lama tak buat, asyik besarkan pemalas jerrr kita ni hihihi....

    BalasPadam
  6. Joe,
    oregano ialah sejenis herba Inggeris, banyak digunakan dalam masakan Italy seperti pizza dan masakan lain yang berasaskan tomato, oregano berada dalam family daun pudina, untuk panggang ikan atau daging,

    oergano sebenarnya berasal dari perkataan Greek iaitu... joy of the montain.

    BalasPadam
  7. Diana,

    Waalaikumussalam.... he he he... tak boleh nangis dik... batal puasa he hehehh...

    BalasPadam
  8. Mieza,

    kalau makan di kfc, anak-anak kata kecik2 je potato wedges tu.... jadinya kalau mummy buat sendiri... puas makan, sebab potongannya pun besau2... hi hihii... budak2 cicah dengan thousand island & sos cili thai...

    BalasPadam
  9. Salam Ika,
    resepi Ika banyak yang mantap tau!

    he he he.... Kak Amie pun apa kurangnya, malasnya 2 kali ganda lebih besau dari malas Ika... hi hi hi

    BalasPadam
  10. Kak Zai suka mushroom soup kalau makan kat luar yang ada soup ni pasti order.

    BalasPadam
  11. Kak Zai,
    sedapkan.... rasa lemak & wangi je mshroom tu...

    BalasPadam
  12. sedapnya sup tu kalau cicah roti lagi...

    BalasPadam
  13. Nani,
    memang sedap... terutama roti halia!

    BalasPadam