Pages

Ahad, 3 Julai 2011

Nasi Kebuli Ayam Tandoori

Salam hari Ahad semua, tentu sibuk dengan pelbagai urusan pada hari cuti begini. Begitu juga dengan keluarga Amie, kerana hanya pada hari inilah sahaja selain dapat berkumpul bersama-sama, pada masa yang sama operasi pembersihan rumah juga dijalankan. Kalau bapa dan anak-anak sudah kepenatan membantu membersihkan segala sawang dan habuk, mengemas mana yang patut tentulah mummynya sangat berbesar hati. Sebagai menghargai penah lelah anak- beranak yang bertungkus-lumus dari pagi, Amie sediakan menu istimewa sebagai hidangan tengahari. Terlebih dahulu Amie ucapkan ribuan terima kasih kepada Juwita Jamaluddin yang telah memberi keizinan untuk Amie mencuba resepinya. Resepi yang enak ini Juwita perolehi dari dapur Kak Ummie, dan Kak Ummie pula mendapatkan resepi ini dari Tulip. Rasanya kalau rumah Amie dekat dengan rumah Ita, memang sebaik sahaja siap masak Amie hantar 2 piring ke rumahnya....kenapa 2 piring? Biasanya orang hantar sepiring je....nak tahu kenapa? Sebab...sudahlah baru pertama kali Amie cuba masak nasi ini, rasanya pula... teramatlah lazatnya! Memang ada perbezaan dengan nasi yang lain sebab nasi kebuli menggunakan santan kelapa, serai dan juga rempah-ratus yang lain. Kalau Ita cukup lengkap dengan acar, ayam tandoori goreng serta dalca daging, tapi Amie hanya sempat sediakan ayam tandoori panggang dengan acar sahaja. Itu pun... suami dan anak-anak kata sudah cukup sedap! Semoga akan bertambahlah rezeki insan yang sentiasa berjasa sudi berkongsi resepi dengan kawan-kawan, termasuklah Kak Ummie dan Tulip.



Di bawah ini Amie copy paste resepi dari dapur Juwita:
NASI KEBULI
Untuk membuat mengikut bilangan isi rumah perlu la diubahsuai sendiri..
Bahan-bahan:-
  • 900 g beras -basuh dan toskan
  • 2 biji kelapa parut
  • 5 sm halia
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • minyak ghee utk menumis/ ita guna minyak canola
Untuk Hiasan:-
  • 2 biji telur (didadar) - ita tak buat pun
  • kismis
  • bawang goreng (untuk hiasan)
Bahan giling:

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • setengah labu bawang merah, 3 ulas bawang putih, sedikit halia- yang ini ita tambah sendiri
Cara Memasak :
  1. Kelapa diperah ambil santan secukupnya untuk masak nasi.
  2. Panaskan minyak ghee,masukkan rempah-rempah, daun limau purut, halia, serai serta bahan giling dan masak hingga naik bau.
  3. Masukkan santan & garam tunggu mendidih.
  4. Masukkan beras dan masaklah hingga tanak nasinya.
  5. Taburkan telur dadar, kismis & bawang goreng diatasnya bila menghidang.

Amie hanya sediakan ayam tandoori panggang dengan acar sahaja. Untuk ayam tandoori panggang pula Amie ambil resepi dari The Essential Recipe Cookbook Curries.

Tandoori Chicken
Ingredients:
4 skinless, boneless chicken portions, each about 100 g/4 oz in weight

For the Tandoori paste:
200ml/7fl oz natural yogurt
1 tsp hot chilli powder
2 tbsp lemon juice
freshly milled salt
1 tbsp ginger paste or puree
2 garlic cloves, peeled and crushed
1 tsp garam masala - Amie buat sendiri: kisar hingga halus biji ketumbar, jintan putih, jintan manis, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga

1. Lightly rinse the chicken and pat dry with absorbent kitchen paper. Place in a roasting tin and reserve.
2. Blend all the tandoori paste ingredients together and stir until smooth and blended. Pour over the chicken and cover tightly. Leave to marinate in the refrigerator for at least 30 minutes but longer if time permits.
3. When ready to cook, preheat the oven to 190'C/375'F/Gas Max 5. Cover the chicken loosely with fol and cook in the oven fpr 25 - 30 minutes, or until thoroughly cooked. Remove the foil for the last 5 minutes of the cooking time.


Amie memang suka bubuh perahan lemon semasa memerap sebab, selain lebih enak....tak perlu bimbang isi ayam kerana lemon membantu 'memasakkan' dan menyerap ke dalam daging. Ha.... kawan-kawan yang lain jangan rebut-rebut ye, Amie dah sediakan seorang sepinggan di bawah ni, semua mesti dapat, tak ada yang tak dapat....... hehehhh....jom makan sama-sama. Bismillah...


Hai senangnya dalam hati,
makan nasi kebuli,
lauk ayam tandoori,
kain baju dah cuci,
rumah pun sudah bersih.....

30 ulasan:

  1. Assalamualaikum akak...
    sedaaaapnya tgk nasi kebuli n ayam tu akak... x perna lg buat nasi kebuli nie... nampak lazat yer akak... nnt nk try gak

    BalasPadam
  2. Rajinnya Amie ni..tengok gambar pun tahu dah mesti sedap tu..bau mesti semerbak wangi masa menumis tu kan?Ayam tandoori tu buat saya telan air liur

    BalasPadam
  3. Salam Diana,
    memang patut dicuba, tak rugi masaknya, sangat sedap!

    BalasPadam
  4. Salam Ixora,
    memang aromanya semerbak....Kak Amie kukus nasi kebuli...bila buka penutupnya.....mmmmm...anak2 tanya, bila nak makan?

    BalasPadam
  5. Salam kak amie.. Sedapkan nasi ni.. Ita pun suka kak... Akak hantar 2 pinggan ke hihihi seronoknya.. Best kita sama2 kongsi minat masak ni rasa seronok.. Ilmu yg baik kita kongsi2 bersama..:)

    BalasPadam
  6. sedapnyer semua pakat buat nasi kebuli nie...kena try gak la nanty

    BalasPadam
  7. assalam kak sedapnyaaaa ada lagi tak tu kak?

    BalasPadam
  8. ala kak amie...sedapnya...hari ni sy tak makan nasik lagi ni...dah kebuluq jadinye. kene makan nasi kebuli pulak ni. heheh

    BalasPadam
  9. aSSALAM aMIE, SEDAPNYA NASI KEBULI N AYAM TANDORI TU, akk tak pernah masak lagi nasi kebuli heheh..minta sikit tapi nak lauk bahagian dada hehe

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Amie,
    Rajinnya Amie masak nasi memacam, selang dua tiga hari ada jer nasi baru. Nampak sedapla nasi kebuli tu, akak tumpang makan kat sini leh

    BalasPadam
  11. Salam Juwita,
    memang sedap sangat, Kak Amie masak lebih sikit sebab tahu ada yang akan buka tudung periuk kali ke 2...

    BalasPadam
  12. Salam Lady Ayu,
    nak buat nasi kebuli ni pun dua tiga kali datang rumah Juwita menuntut ilmu, akhirnya jadi jugak....best!

    BalasPadam
  13. Salam Chik Mimi,
    abis dah dik...., tinggal bau rempahnya aje...larislah!

    BalasPadam
  14. Salam Nani,
    Kak Amie memang dah tahu orang bujang ni belum turunkan periuk yg digantung nu...tu pasal Kak Amie sediakan sorang sepinggan nasi kebuli...dapat tak? he hehehhh

    BalasPadam
  15. Salam Kak Rosaliza,
    minta sikit ye, boleh sangat.... Amie dah sediakan sorang sepinggan nu... cuma kena tukar ayam bahagian dada ekk.. hehehehh

    BalasPadam
  16. Salam Wattie,
    Masa arwah mak mentua masih ada, memang kerja Amie masak saja kalau pi kg, entah apa2 yang dimasak, sampai bapa mentua tanya...ada resepi baru hari ini? sekarang Amie hanya tumpu utk keluarga kecil Amie, rasanya seronok cuba pelbagai resepi, lagipun anak & suami memang suka cuba resepi baru...jadi tambah2lah semangat nak masak macam2 sbb ada yang sudi makan...

    BalasPadam
  17. kak amie..terliurnya kat ayam tanduriiiiii tuuuuu...nak sepeha kak...mieza mmg suka ayam tanduri..mkn dgn roti naan..uhhh sodap!

    BalasPadam
  18. Assalam Mieza,
    memang semua yang datang dapur Kak Amie hari ni langkah kanan sebab memang dah sediakan sepinggan sorang....nak peha ye...memang Kak Amie tahu Mieza suka peha ayam, silakan ambil... hehehehhh

    BalasPadam
  19. Lepas makan nasi kebuli ni kena buli pulak ke amie! kot-kot kena basuh periuk belanga plak. he..he..he

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum
    aduhhh aduhh kak...menyelerakan betul laaa ayam n nasik tuu..lapo nengok nihh...isk2

    BalasPadam
  21. ayam tu sungguh menyelerakan.... tak pernah dgr lg nasi ni, bila la nk cuba masak ni, risau tak jadik huhu

    BalasPadam
  22. Salam Noname,
    memang hari2 kena buli periuk belanga... hehehhh

    BalasPadam
  23. Waalaikumussalam Hasue,
    memang sungguh menyelerakan ... nak pula time perut tengah lapo...

    BalasPadam
  24. Salam Hanis,
    ni pun first time buat tengok di dapur Juwita, jadik!...sedap lagi...

    BalasPadam
  25. Salam...sedapnya, kak Zai terasa lapar.
    Nanti kalau hubby dan anak2 kumpul kak Zai nak cuba buat.

    BalasPadam
  26. macam best je ni amie..akak pun nak try buat jugak nanti..sedap betul nampak ayam tandoori tu tau.

    BalasPadam
  27. Salam Kak Zai,
    betul tu kak, pilih suasana dan hari yang sesuai utk masak nasi ni, sebab menyediakannya pun perlu teliti sebab pelbagai bahan rempah diperlukan,kena ada serai dan daun limau purut utk naikkan aroma, selain santan bagi lemak walaupun sudah guna minyak sapi...
    Amie puas hati walaupun terpaksa ke Jepun (dapur Juwita) utk menuntut ilmu nasi kebuli ni... hehehehh

    BalasPadam
  28. Salam Kak Anim,
    iye kak, memang sedap (oleh kerana Amie kukus, nasi tu lebih lembut kena wap), dan ayam tandoori tu.... yang puashatinya Amie buat sendiri termasuk garam masala, tak pakai pes tandoori....

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum Amie,

    sedapnya nampak nasi kebuli tu...mcm teringin gitu.

    BalasPadam
  30. Waalaikumussalam Nuridah,
    teringin ye... ada Kak Amie simpankan sepinggan untuk Idah... hehehehh

    BalasPadam