Pages

Isnin, 4 Julai 2011

Ikan Alu-Alu Singgang & Pucuk Manis Goreng Belacan

Selamat malam semua.... orang di Lahad Datu sudah selesai solat Isya', tapi di semenanjung baru masuk waktu Maghrib. Nampaknya malam ini Amie terpaksa tidur awal, bukan apa... bermula dari pukul 4 pagi, bangun tidur, 5.45 bertolak ke tempat kerja dan sampai rumah pukul 5 petang, berkejar ke dapur..... masak seringkas mungkin, badan rasa sangat letih. Maklum, seawal pukul 6.15 pagi berurusan dengan boss baru, banyak perkara perlu dilakukan..... he hehehh nak cerita pun malas, sebab Amie tak suka bawa pulang hal-hal berkaitan tugas. Syukurlah ada blog, sekurang-kurangnya Amie boleh release tension dengan meluangkan masa menziarahi rumah-rumah rakan maya, mencuba pelbagai resepi dan menyumbang idea resepi untuk manfaat bersama. Oleh kerana masa yang amat terbatas, di samping selera pun seakan hilang, sebab tak sempat makan tengahari....Amie masak singgang ikan alu-alu dengan pucuk manis goreng belacan.


Ini masakan kegemaran bonda, menyihatkan kata bonda. Apa tidaknya, tidak gunakan minyak, rebus saja dan tambahkan halia, serai dan lengkuas serta asam gelugur. Bonda sangat sukakan kuahnya, mesti bonda hirup......slurrrrppp... walaupun lama tak terdengar hirupannya, tapi tetap kedengaran di cuping telinga Amie kala terkenang bonda.... Walaupun dah masukkan kacang bendi dengan tomato, tapi Amie masak juga sayur. Kali ini masak sayur pucuk manis goreng belacan. Terliur tengok Azatie masak sayur pucuk manis tempohari. Amie bubuh ikan kurau kering tumbuk atas sayur tu......



Inlah rupa sayur pucuk manis goreng belacan ditaburi ikan kering kurau tumbuk..... di tempat Amie sayur pucuk manis hanya dijual pucuknya yang lembut saja, lebih kurang 7-8cm panjang. Oleh kerana pucuknya sangat muda tak sempatlah keluar daunnya. Masak macam biasa saja, tak payahlah Amie tuliskan resepinya ye.....


Ikan alu-alu atau barracuda ini memang Amie suka masak berkuah. Isinya lembut dan gebu. Anak-anak pun suka makan walaupun tidak digoreng, tapi kenalah pilih ikan yang segar supaya dapat rasa yang enak. Amie perturunkanlah resepi singgang kegemaran bonda Amie di bawah ini:

Bahan-bahan:
5 keping ikan alu-alu
500ml air
3cm kunyit hidup - hiris
3cm halia - hiris
3cm lengkuas - hiris
1 batang serai - ketuk
2 keping asam gelugur
3 biji bawang putih - hiris
1/2 labu bawang besar - hiris
1 biji tomato - belah 4
7 biji kacang bendi
lada hijau / merah / - hiasan
serbuk pati ikan bilis / garam

Cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali ikan ke dalam periuk dan jerang hingga mendidih.
2. Masukkan ikan dan masak 5-7 minit.
3. Masukkan kacang bendi, tomato dan serbuk pati ikan bilis / garam.
4. Angkat dan hidangkan panas.

Inilah masakan ringkas yang sempat Amie sediakan dalam tempoh masa yang singkat dan amat terbatas, tapi sempat juga telinga tu mendengar ADILA....wokey.....cukup dulu ye untuk malam ini,jumpa lagi.....Assalamualaikum.

26 ulasan:

  1. kak amie!!! kasihanilah adikmu di bukit garam ni...uwaaa!!! makan nasik ngan ikan bilis je...heheh... Kak amie, nani pandai makan pucuk manis ni kt sabah ciken rice di bandar perdana lahad datu. namanya sayur cangkuk manis. sedap rupanya sayur ni. tak pernah nampak jual kt semenanjung... ikan ni pon sama. tapi mcm tak pernah makan lagi ni...

    BalasPadam
  2. suka dtng blog Amie..macam2 ikan ada..sbnarnya Mp tak brapa kenal ikan2 ni...sayur pucuk manis ni pun rasanya tak prnah jmpa...

    BalasPadam
  3. pucuk manis tu...sedap ye amie..

    same la mcm MP tu..mcm2 jenis ikan yg saye tak tau.semua ade kat blog ni..harus hari2 dtg ziarah kat sini...

    BalasPadam
  4. Amie, sungguh sampai kecur airliur ni, kena je kombinasi lauk pauknya...

    BalasPadam
  5. Salam Nani,
    siannn adik kakak nan sorang ni, sib baik baca 2x... ingatkan makan nasi dengan garam, rupanya dgn ikan bilis... hehehehhhh
    Kak Amie pun mula pandai makan pucuk manis ni di sabah chicken rice jugak, tu pasal suka masak begini,mmg tak jual di semanjung, kak amie pernah bawa balik utk keluarga di s'gor,
    ikan ini pun di sini je kak amie jumpa... biasanya ada dijual di restoran di sabah

    BalasPadam
  6. Salam Nani,
    siannn adik kakak nan sorang ni, sib baik baca 2x... ingatkan makan nasi dengan garam, rupanya dgn ikan bilis... hehehehhhh
    Kak Amie pun mula pandai makan pucuk manis ni di sabah chicken rice jugak, tu pasal suka masak begini,mmg tak jual di semanjung, kak amie pernah bawa balik utk keluarga di s'gor,
    ikan ini pun di sini je kak amie jumpa... biasanya ada dijual di restoran di sabah

    BalasPadam
  7. Salam MP,
    he hehehhh... nak buat aquariumlah nak pelihara mcm2 ikan yang jarang dikenal, ramai yang tak kenal ikan ni ye... panjang, besar & isi gebu,
    sayur ni ada di semenanjung cuma bezanya dijual dengan batang & daun, tapi di sini dijual pucuknya yg lembut saja, kalau beli sekilo boleh buat lauk kenduri kecil...

    BalasPadam
  8. Salam Ain,
    terima kasih sudi datang selalu ke dapur Kak Amie, syukur Alhamdulillah dapat kongsi pelbagai pengetahuan...sila dtg bila2 masa, pintu dapur Kak Amie memang sentiasa terbuka...

    BalasPadam
  9. Salam Ummiross,
    terima kasih.... kombinasi yang ringkas, mudah dan cepat!

    BalasPadam
  10. akak tak pernsh msksn gsk ikan ni amie..
    sure best

    BalasPadam
  11. salah taip.. sorry
    maksud akak
    ikan ni pun akak tak pernah makan gak

    BalasPadam
  12. Salam Kasih,
    agaknya jarang atau tak ada ikan ni di tempat lain kot, sebab Amie pun jumpa ikan ni di sini ( sabah)...

    BalasPadam
  13. salam K.amie..sama masakan kita arini yer.pucuk manis.geram tgkpucukmanis akak yg muda2 tue...yg atie beli byk yg tua2.org berniaga camtu lar..

    BalasPadam
  14. Salam Azatie,
    memang di sini dijual begini, tak jual dgn batang & daun....

    BalasPadam
  15. salam kak.. sedapnya menu akak .. untung suami akak dan anak2.. ita suka juga lauk macam ni.. bestnya kalau ada orang yang nak masakkan.. hihihh

    BalasPadam
  16. sedapnya menu akak ni ...sedap hirup kuah singgang tu. silap tak singgah lunch sini tadi hehe

    BalasPadam
  17. assalamualaikum kak amie..
    lama dah saya tak amkan singgang ikan. kalau buat sendrik mcm tak berapa kena je.. nak air tangan bonda kat kampugn jugak. hehehhee.. air tangan kak amie ni mesti best. nak rasa kuah skittt

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum akak...
    makan singgang nie ngan nasi putih panas punya ler sedap kan akak.

    BalasPadam
  19. Kak amie ni kan selalu memperkenalkan mieza dgn ikan ikan yg mieza tak penah kenal..hari ni ikan alu2..itu hr ikan bunak...kalau tak mieza kenal ikan kembung, siakap, kerapu, bawal je...nak serbu umah kak amieeeee nk makan ikan alu2 ni..

    BalasPadam
  20. Salam Ita,
    syukurlah...lahir sebagai anak kampung, membesar di kota, beranak pinak di tempat lain...dapatlah mengenal pelbagai makanan, tapi.. menu kampung begini tetap menjadi pilihan!

    BalasPadam
  21. Salam Nieza,
    wah... ada geng bonda Kak Amie nih, siap hirup kuah singgang lagi... hehehehhh

    BalasPadam
  22. Salam Izah,
    Kak Amie pun sebenarnya takleh lawan air tangan bonda..... sekarang lepaskan rindu, bolehlah.... huhuhuuu

    BalasPadam
  23. Salam Diana,
    memang sedap sangat makan dengan nasi putih....

    BalasPadam
  24. Salam Mieza,
    sebelum kahwin dulu pun Kak Amie tak berani nak makan ikan lain dr kembung, bawal, pari... sekarang macam2 ikan ditemui, dibeli, dimasak & dimakan.....best!

    BalasPadam
  25. macam mana ek rupa pucuk manis tu?..memang nampak sungguh menyelerakan..
    nora dah lama nak cuba masak singgang ikan..tapi..takut lah..haha boleh lak gitu ek..

    BalasPadam
  26. Salam Nora,
    pcuk manis tu org sini panggil cangkuk manis, bonda kakak panggil cekuk manis,
    kakak bantai aje masak singgang tu, janji boleh makan....

    BalasPadam