Pages

Sabtu, 2 Julai 2011

Ikan Bunak, Sayur Lemak & Sambal Tempoyak

Assalamualaikum dan selamat malam. Nampaknya malam ini internet belum buat hal lagi, jadi cepat-cepatlah up-date blog. Kalau meragam macam kelmarin, tak seronok rasanya nak post masakan yang dah basi... bukan basi makanannya, tapi dah basi ceritanya. Hhe..hehehhh...  Petang ini, Amie pun tak berapa nak cerita sangat tentang masakan sebab apa yang Amie masak dan selalu makan ini sebenarnya Amie pun tak tahu apa namanya. Pernah ke dengar nama ikan bunak? Itu pun semasa beli dengan penjual ikan, Amie sempat tanya nama ikan itu. Penjual ikan kata ikan bunak.... bunak? (tak tahulah bahasa suku apa). Amie tak tanya kembali. Ada orang bilang ikan kipas, sambung penjual tadi. Amie pun tak tanya lagi, dalam hati kata .... ini ikan leper, gelaran yang Amie dan suami beri sendiri. Jiran sebelah rumah pula ada bagi beberapa kali, dan menurutnya itu ikan kupu-kupu. Tak tahulah mana satu namanya yang betul. kalau di tempat anda, apa agaknya nama ikan ini? Macam ikan bawal, tapi tepinya lebih leper... dan berlemak, jauh lebih sedap dari ikan bawal putih atau bawal hitam. Seperti biasa, menu makan malam kami hari ini sekadar ikan goreng, sayur lemak.... tak tahu jga apa nama sayur tu.... nanti Amie tunjukkan di bawah. Teringin sangat makan sambal tempoyak..., buatlah sedikit untuk cicah dengan ikan goreng.



Hidangan malam, lauk pauk kampung. Temankan ikan goreng dengan sambal tempoyak.


Inilah rupa ikan yang tak tahu mana satu namanya yang betul.... bunak, kipas, kupu-kupu, leper....



Nampak berlemak isi ikan itu kan.... kalau masak singgang pun keluar lemaknya. Di bawah ini pula, tak tahu jga apa namanya, biasanya dibuat sayur masak lemak. Kata penjual sayur inilah timun jepun Kundasang, tapi betulkah.... memang banyak dijual di Kundasang sebab sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi.


Sebelum dimasak, kena kupas dulu. Ada semacam getah timun yang keluar selepas dikupas. Potonglah ikut suka, dan masaknya pun hanya beberapa minit sebab isinya lembut. Amie masak lemak cili padi campur sedikit sotong. Resepinya seperti di bawah ini:

Bahan-bahan:
1 biji timun jepun - buang kulit dan potong ikut suka.
5 ekor sotong - bersihkan dan potong ikut suka
15 biji cili padi - tumbuk
5 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
1.5cm belacan - tumbuk
1 batang serai - diketuk
1.5cm kunyit hidup - tumbuk
300ml santan
1 keping asam gelugur
minyak
garam & gula

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong dan sayur timun jepun.
3. Masukkan asam gelugur. Tutup kuali selama 2 minit.
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak pecah santan.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Angkat dan hidangkan.



Jom makan..... Bismillah.......

22 ulasan:

  1. kak amie...tu bukan ke buah bambangan ke? yg masam2 tu kan? pernah nmpk org jual di kundasang. tp tak pernah nk beli sebab tak pandai makan.

    ikan tu pulak ala2 ikan sapi2. tapi mcm panjang sgt pulak sirip atasnye tu. hish...buta betol bab ikan ni (sy la). tengok pada kejadian ikan tu, memang sedap n isi lembut mcm bawal..

    BalasPadam
  2. kak amie, mieza belum pernah jumpa ikan bunak ni...nampak sedap je ikan ni..ada iras-iras ikan bawal gitu..mieza nak kena cari gak la ikan ni :)

    BalasPadam
  3. macam ikan bawal ye,ikan bunak tu..

    rasenye same mcm ikan bawal jugak ke..

    BalasPadam
  4. wau...sedapnya
    akak belum pernah makan ikan ni..
    misti sedap

    BalasPadam
  5. ikan bunak?..adehh tak kenal la kak..menu yg kena sume tu, tambah2 ada sambal tempoyak...walla

    BalasPadam
  6. Salam Nani,
    tergelak besau Kak Amie .... bukan bambangan bah, bambangan tu masam dibuat sambal or jeruk & ada bau sikit, yang ini daunnya menjalar ada dijual di kundasang jugak... ni yang susah nak cerita ni... tak tau namanya,
    bukan lagi rabun ye, memang buta sama...ikan tu lebih sedap dari bawal, berlemak....lebih sedap juga dari ikan bolu..., yg tak pernah makan mmg tak tahu isinya sodap!

    BalasPadam
  7. Salam Mieza,
    Kak Amie tak pastilah ikan ini ada atau tidak di semenanjung, memang iras bawal tapi tak ada rasa bawal,
    sebenarnya banyak ikan pelik & rupa aneh di sini, mula2 takut nak makan, tapi bila dah campur dgn keluarga suami... pandailah makan macam2 ikan yg ditakuti sebelum ini.... heheheh (sbb tak pernah nampak)

    BalasPadam
  8. Salam Ainnoraini,
    bukan ikan bawal dik,
    lidah Kak Amie rasa dia jauh lebih sedap dari ikan bawal, sebab bahagian yang nipis macam tepi2nya tu berlemak....

    BalasPadam
  9. Salam Kasihredha,
    memang lebih sedaplah, tu sebab goreng saja atau masak singgang sebab sayang hilang kelazatannya, isinya lembut dan sekejap saja masaknya...kalau Amie tak dtg sini, Amie pun mungkin tak jumpa ikan ini...

    BalasPadam
  10. Salam Ida,
    entahlah apa nama sebenarnya ikan tu.... ginilah resepi Kak Amie, masakan kampung saja... hehehhhh tapi sambal tempoyak mesti habis punya!

    BalasPadam
  11. salam amie,ikan ni rupa dia macam ikan bawal pun ada jugak sikit kan?
    macam banyak daging je ikan tu..buat kari sedap tak agak2nya?

    kalau kat sabah ada giant,cuba cari kat sana.akak beli mi lidi ni pun kat giant..kalau tak dapat jugak nanti bg tau akak ya.
    email kat akak alamat amie..:)

    BalasPadam
  12. Salam Kak Anim,
    memang rupa dia ala2 bawal sikit tapi rasanya tak ada rasa bawal, sedap kot kalau masak kari, amie pun belum cuba sebab pertama kali goreng dulu, rasanya acam dah cukup sedap pulak!
    Giant memang ada di Sabah kak, tapi dari tempat Amie nak Giant di Tawau kena drive 2 jam 1/2, kalau ke Giant Sandakan pun ambil masa yang sama juga, nantilah... ada masa ke Tawau atau Sandakan,Amie cuba cari dulu ye..... kalau tak ada Amie e-mail alamat ye...ha, kak anim nak pos ke Sabah ke? meremang dah bulu roma....terharu...

    BalasPadam
  13. kecur airliur tengok lauk pauk tu amie..

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Amie,
    sedapnya menu arini..ada sambal tempoyak tu yg makin berselera..maunya bertambah nasi dan lauk..

    BalasPadam
  15. Assalam Ummie,
    marilah, jemput makan sama-sama...

    BalasPadam
  16. Assalam Yatie,
    sebenarnya kena jimat2 nak makan tempoyak ni....sbb di sini takde org buat tempoyak, ini pun tempoyak dr semenanjung, kalau ada durian Amie buat sendiri... tapi nampaknya belum musimnya di sini..

    BalasPadam
  17. ingatkan ikan bawal..akak tak pernah tengok lagi ikan ni..nmpk isi pun cam bawal gak

    BalasPadam
  18. Salam Kak Lina,
    tiba2 teringat pulak pernah nampak gambar ikan ni dalam gambar.... kalau tak silap namanya ikan bagang...

    BalasPadam
  19. Tak pernah makan ikan ni...mcm ikan bwal jer...mesti sedapkan...

    p/s...menu yg mnyelerakan..

    BalasPadam
  20. Salam MP,
    memang ikan ni sedap, tapi tidak selalu ada di pasar, kalau ada pun seekor dua je...

    BalasPadam
  21. 1st time tengok ikan ni..Dari blog Amie saya boleh kenal macam2 ikan,best! kalau kedai runcit kat rumah saya ni, memang tak adalerrr

    BalasPadam
  22. Salam Ixora,
    Kak Amie pun kalau tak dtg sini, memang tak jumpa ikan yang aneh2 & pelik...

    BalasPadam