Pages

Jumaat, 15 Julai 2011

Ikan Merah Panggang Berlada & Pucuk Ubi Lemak Tempoyak

Selamat malam semua. Nampaknya malam ini Amie tergesa-gesa sedikit di dapur, sebab sebentar lagi kena lari balik ke sekolah. Tengahari tadi Mr. M minta bantuan Amie untuk gantikan tugas Mr. H yang tidak dapat hadir sepanjang minggu ini kerana masih dalam rawatan doktor. Kami semua sedang mabuk dengan pelbagai persiapan, termasuk persediaan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar minggu hadapan. Pada masa yang sama sibuk dengan pelbagai pencerapan dan audit bagi memenuhi keperluan kualiti kerja di bawah ISO. Atas rasa belas Amie terima tugas mencerap lebih 700 buah buku latihan pelajar yang sepatutnya dibuat oleh Mr. H. Baru 30 buah Amie semak, rasa nak mabuk....pening! Tapi teruskan juga sampailah menjelang 5 petang.... kaki pun mula sejuk, masuk angin dari penghawa dingin sebab....... entah berapa lama duduk di bilik bersama timbunan buku! Pun tak siap juga buku yang disemak. Mr. P & Mr. J pun sibuk sama, entah berapa banyak buku yang terpaksa dibelek sampai muka mereka pun terlindung di balik gunung buku-buku..... Mr. L & Mrs C yang dilantik sebagai audit dalaman pun lebih mabuk dari kami!. Minggu depan audit luar pula datang memantau. Mr. M kata, kita ada masa malam ini, esok dan Ahad......ini tak boleh jadi..... takkan nak makan buku pulak.... hey hey hey.... Amie pulang dulu... nak masak.


Hari ini memang tak ada selera nak makan. Suami kata tak payah masaklah, katanya malam nanti dia akan ke kampung..... Amie diam saja. Biasanya kalau dia nampak Amie sibuk, lewat pulang, tak masak pun tak apa. Tapi bila tengok ada 2 ekor ikan merah segar, ikan yang dipancing, belum masuk ais lagi.... timbul keinginan untuk buat sesuatu..... walaupun hari hampir senja, dan azan Maghrib sayup-sayup kedengaran dari masjid berhampiran... Amie sempat masukkan ikan merah ke dalam oven...... panggang berlapik daun kunyit!



Ikan merah segar dari laut....... rugi kalau tak terus dimasak. Hmmmmm.... petang tadi Amie bertukar jadi lipas.... lipas kudung! Dengan kudrat 2 tangan dan 2 kaki, akhirnya siaplah hidangan untuk malam ini....sempat panggang ikan merah bubuh lada dan masak lemak pucuk ubi dengan tempoyak. Biasalah, kalau dah terkejar ke sana ke mari, biasanya berakhir dengan hasil ...... sempurna tak sempurna tu kira belakanglah. Yang penting seisi keluarga dapat makan bersama-sama hasil air tangan Amie.



Ini pucuk ubi masak lemak tempoyak, bubuh bahan asas sahaja termasuk bawang putih, bawang merah dan udang kering. Nak rasa tempoyaknya saja ni.....



Resepi Ikan Merah Panggang Berlada ini sebenarnya Amie pun tak ingat dari mana datangnya. Sebenarnya bukan guna ikan merah, kalau tak silap Amie ikan siakap.... resepi dari Sarawak. Tapi tak kisahlah, ikan merah pun ikan jugakan....  Kelam-kabut pun Amie masih boleh tumbuk lada (bukan kisar ye....) Di bawah ini Amie perturunkan resepinya untuk tatapan semua....

Bahan-bahan:
2 ekor ikan merah seberat 700 gram - bersihkan dan toskan hingga kering
daun pisang - Amie tak ada daun pisang, ganti daun kunyit untuk alas memanggang
garam
1/2 sudu kecil pati asam jawa
hirisan daun kunyit
limau kasturi

Bahan sambal - ditumbuk lumat:
2 biji lada merah
7 biji cili padi
1/2 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 cawan udang kering - rendam
1 biji tomato- buang kulit & cincang
garam & gula

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam & pati asam jawa. Panggang ikan di dalam oven sehingga separuh masak - 7-10 minit.
2. Keluarkan dan lumurkan sambal di atasnya.
3. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang hingga masak.
4. Keluarkan ikan merah panggang dari oven dan hidangkan.
5. Perahkan air limau kasturi di atasnya sebelum dimakan.



Di awal tadi Amie kata akan kembali ke sekolah siapkan kerja, tapi tiba-tiba terfikir tentang Malam Nisfu Sya'ban........ ya Allah! Aku ini hamba-Mu yang lalai.... rupanya suami sudah ingatkan tentang malam yang penuh berkat ini, tapi Amie tak perasan. Patutlah...... katanya ada majlis bacaan Yaasin di kampung. Lebih baiklah Amie ikut pergi kampung......, Amie batalkan hasrat untuk ke sekolah. Esok masih ada.... tapi MalamNisfu Sya'ban hanya datang setahun sekali......  Muhasabah diri ye Amie!

22 ulasan:

  1. sibuk betol kak amie skrg...ikan merah segar kalau dimasak terus, terasa manisnya...

    BalasPadam
  2. sedapnya...amie memang pakar masak ikan....
    macam2 ikan..:)

    BalasPadam
  3. Nani,
    harap2 yang dikejar dapat, yang dikendong tak berciciran.....
    yang manis itulah yang kakak cari...

    BalasPadam
  4. Kasih,
    pakar masak ikan ye.... he he he... pakar makan ikan ni.... hi hi hi

    BalasPadam
  5. beruntung nya amie selalu dpt mkn ikan fresh.. masak simple pun sedap..

    BalasPadam
  6. salam ammie

    wahhh.. dalam sibuk2 sempat lagi memasak yang susah juga bagi maklong..

    ikan merah ni mmng feberet maklong.. tapi dik kerna harganya maklong jarang2 dapat beli.. pucuk ubi tempoyak pun maklong suuuka sangat..

    BalasPadam
  7. ikan merah tu..ikan kegemaran saye...kalau gi pasar wajib beli ikan tu..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum akak..
    wah sibuknya akak diana sorang nie... jangan terlalu d bawa kesibukan tu akak.. bawa2 juga berehat tau...
    akak.. wah nampak ikan tu mmg sedap ler akak.. diana pun suka ikan jenis tu... sedap.

    BalasPadam
  9. Dzana,
    memang amie suka masak singgang atau kukus saja kalau dapat ikan fresh..... terasa manisnya.

    BalasPadam
  10. maklong,
    kalau dah nak buat....seribu usaha kita lakukan, he hehehhh makan punya pasal, semua halangan mesti diatasi..hi hihiii

    BalasPadam
  11. Ain,
    lembut je isinya .... goreng pn sodap!

    BalasPadam
  12. Walaikumussalam Diana,
    ada masanya memang terlalu sibuk, kerja dtg bertimpa2 sampai tak tahu mana satu nak mula, dan pengurusan masa mmg perlu diutamakan supaya sentiasa win-win... itu dapat, ini pun dapat.. itu siap, ini pun siap, kerja siap, masakpun sempat... he hehehh

    BalasPadam
  13. walaupun sibuk sempat akak masak erkh.. kalau ema dah letih..mkn kat luar saja..

    BalasPadam
  14. MamaEma,
    Amie memang tekad sekurang-kurangnya masak sekali dlm sehari... sbb sarapan & makan tengahari memang kami anak beranak makan di luar.... masak simple2 saja....

    BalasPadam
  15. Akak Terliur betulbsy tgk, yum2 nk Cuba tp takde tempo yak la huhu

    BalasPadam
  16. As'Salam Amie

    Alhamdulillah..amie adalah seorang isteri yang mithali. dalam sibuk menguruskan kerja2 masih sempat berlari2 untuk santapan keluarga tersayang. Resipi ikan itu nampak sangat sedap. CT yang melihat pun nampak lapor pulak...hihihi. ikan baru naik dari laut memamng segar kan Amie.

    Semoga urusan amie akan dipermudahkan dalam menguruskan hal keluarga dan kerja..insyaAllah. aminnnn...

    BalasPadam
  17. Hanis,
    samalah dengan Kak Amie, sebenarnya di Sabah pun takde tempoyak, kalau nak makan kena buat tempoyak sendiri atau bawa dari kg di semenanjung....

    BalasPadam
  18. CT,
    masa kecik2 dulu, sesibuk manapun bonda tidak pernah sekali 'miss' masak utk kami sekeluarga, sampai sekarang pun anak2 bonda sudah besar panjang, sudah ramai cucu, bonda tetap layan kami macam dulu2... mesti masak untuk kami & cucu2nya.... kecuali kalau bonda sakit... syukur alhamdulillah atas doa Ct, mudah2an niat kita sbg isteri & ibu yg baik akan mendapat keberkatan dunia & akhirat....

    BalasPadam
  19. kak amie ni mmg suka ikan kan..mcm2 ikan kak amie masak..ikan merah n one of mu fav..suker...kak amie nnt mieza dtg sana kak amie masak utk mieza leh? heheeh

    BalasPadam
  20. saya memang fail kalau bab masak guna tempoyak ni.ikan merah tu nampak mengancam!

    BalasPadam
  21. Mieza,
    Dalam Quran ada menyebut tentang daging yang lembut dari laut ...ikanlah tu ye..., makanan yang sangat baik utk kesihatan, dan kebetulan pula di sini banyak pilihan ikan, kalau kakak balik semenanjung memang tercangak2 tak tahu nak beli ikan apa.... he heheh
    ha... nanti kalau Mieza dtg kakak boleh hidangkan apa2 ikan yg Mieza mahu.....datang je...he he, macam duduk berjiran ye....

    BalasPadam
  22. Ixora,
    sesetengah orang memang tak boleh 'jalan' dgn tempoyak,
    jarang orang tolak ikan merah ye... hi hi hi

    BalasPadam