Selamat malam semua. Semoga sihat dan sentiasa ceria, berbahagia di samping keluarga tercinta. Nampaknya dapur Amie hari ini malap lagi..... seawal pukul 5.45 pagi sudah menutup pagar rumah..... ke mana? Ke Bandar Cenderawasih..... nun di Felda Sahabat lebih kurang 100km dari tempat Amie. Ada apa lagi Amie ke sana? .....wajib menghadirkan diri ke majlis sambutan Hari Guru Peringkat Daerah yang tertangguh sejak bulan Mei kerana pertukaran Pegawai Pelajaran Daerah yang baru. Beberapa hari lepas, sudah menghadiri Dinner sempena Night of the Knight, hari ini lain pula acaranya.... dan kami 5 orang setiap sekolah dikehendaki tidak menguzurkan diri. Sekolah kami dapat 5 lagi angerah termasuk Anugerah PMR 2010 dan Anugerah SPM 2010 kerana kedua-duanya melepasi sasaran peringkat negeri berdasarkan KPI: Key Performance Indicator. 6 matapelajaran peringkat PMR termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Matematik. melepasi target negeri dan juga 4 subjek SPM termasuk Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan Prinsip Perakaunan. Sekolah kami tidak menawarkan tingkatan 6, jadi tiada STPM. Tiga lagi anugerah diterima sebagai Anugerah Terpuji PPD untuk Guru Cemerlang Bahasa Inggeris (Mrs. C), Guru Cemerlang Bahasa Cina (Mr. L) serta Anugerah Guru Disiplin Cemerlang (Mr. V). Kali ini Amie duduk saja di bawah pentas menjadi penonton. Sampai rumah melewati pukul 3 petang dan sempat merehatkan diri buat seketika setelah menekan suiz slow cooker.... masak bubur!
Bubur nasi begini merupakan menu kegemaran bonda. Kalau Amie balik kampung, Amie suka masak banyak-banyak, sebab nanti cucu-cucu bonda datang 'bantu' bonda makan.... seronok bila dah kumpul ramai-ramai. Tak sabar rasanya nak balik kampung raya nanti........ Oleh kerana malam ini suami dan anak-anak ke kampung menghadiri majlis tahlil, Amie makan bubur sajalah. Macam orang sakit je bunyinya.... he heheheee.....
Di bawah ini Amie kongsikan resepi bubur nasi kegemaran Amie & bonda....
Bahan-bahan:
2 cawan beras
1.5cm halia - hiris halus
3 biji bawang putih - cincang
1 kiub ayam
1 liter air
Bahan tambahan:
1 cawan ikan bilis goreng
1/2 cawan bawang goreng
1 cawan pickled lettuce - hiris nipis
3 biji telur masin - rebus
kacang gajus goreng - jika suka
daun bawang / daun sup - hiris
lada merah / cili padi - hiris
limau kasturi - jika suka
lada kicap - jika suka
Cara:
1. Masukkan beras, halia, bawang putih serta kiub ayam serta air ke dalam periuk - Amie gunakan slow cooker.
2. Hidangkan bubur nasi di dalam mangkuk.
3. Hidangkan bersama bahan-bahan tambahan seperti telur masin, pickled lettuce, ikan bilis goreng dan lain-lain.
4. Jika suka taburkan bawang goreng bersama daun sup.
5. Jika inginkan kelainan, makan bubur bersama sambal kicap dan sedikit perahan air limau kasturi.
Jom.... temankan Amie makan bubur. Sorang2 je di rumah ni......
Kejap lagi nak sambung kerja. Oleh kerana habis masa menghadiri sambutan Hari Guru di Bandar Cenderawasih, rasanya tak larat nak buat kerja di sekolah. Terfikir pula kalau dibawa pulang sebahagian buku (walaupun prinsip Amie memang tak mahu bawa pulang 'kerja' ...... seboleh-bolehnya siapkan di sekolah), Amie boleh buat 2 perkara dalam satu masa. Kerja rumah pun boleh buat, kerja sekolah pun siap. kalau letih boleh baring-baring sekejap. Pagi tadi sempat jumpa Mr. H yang kelihatannya agak sihat.... berehatlah Mr. H.... kami sedia membantu mana yang termampu. Janganlah difikir kerja yang bertimbun itu sehingga menyebabkan sakit..... jantung / darah tinggi. Jaga kesihatan & jangan fikirkan tentang kerja.
Ini sebahagian dari buku latihan pelajar Tingkatan 2 yang belum dipantau. Apa pun Amie anggap tugas ini sebagai rezeki. Mudah-mudahan yang lebih itu menjadi sedekah, yang terkurang dalam kerja-kerja Amie itu, mohon halal dan keredahaan Allah. Jadinya, malam ini bukan Amie seorang yang buat kerja ni, Mr. M, Mr. P & Mr. J pun buat perkara yang sama memantau & mencerap buku latihan Tingkatan 1, 3, 4 & 5 tapi mereka datang ke sekolah....... Amie tak suka pandu kereta waktu malam!
Harap menjelang pagi hari Isnin nanti, semua tugas kami selesai dan Mr. H dapat datang semula ke sekolah dalam keadaan sihat!
meriahnya nampak bubur nasi awak tu.Best!
BalasPadamlahaiiii banyak sungguh ya buku2 yang nak dipantau tu, semoga terus menjadi guru yang berdedikasi
terliurnya maklong tengok bubur amie yang ada berbagai2 lauk.. kebetulan menantu maklong tengah masak bubur untuk isterinya yang mabuk tak habis2.. so, besuk bolehlah maklong sarapan dengan bubur.. hehe..
BalasPadamIxora,
BalasPadamkena buat2 meriah... hi hi hi sebab kena bergelumang dgn buku2 pulak....
Maklong,
BalasPadamkalau makan ramai2, rebut2 lagi seronok... he heeh
bagusnya menantu maklong, untung isteri dpt suami yg prihatin begitu... he hehh eeeh macam suami amie jugaklah tu, masa alahan dulu sabar je layan kita...
Maklong,
BalasPadamkalau makan ramai2, rebut2 lagi seronok... he heeh
bagusnya menantu maklong, untung isteri dpt suami yg prihatin begitu... he hehh eeeh macam suami amie jugaklah tu, masa alahan dulu sabar je layan kita...
Bukan senang memikul tanggungjawab sebagi pendidik. Semoga apa yang dilakukan ini merupakan bekalan di sana nanti.
BalasPadamAssalam kak wow sedapnya bubur nasik tu
BalasPadamKak Sam,
BalasPadammudah2an.... kesabaran & ketabahan itu sentiasa ada dlm diri...
Chik Mimi,
BalasPadamjom makan sama2....
Assalamualaikum akak... selamat pagi..
BalasPadamakak... bubur nasi mmg diana suka makan.. tu yg jarang tu diana masak.. kalau masak selalu nanti diana akan makan banyak selalu.. hehehe.. mmg pantang tgk bubur nasi .. + lagi ada ikan bilis goreng... mmg sedap sesangat... tgk bubur nasi akak tu mmg dah meleleh air liur d buatnya nie... sedaaap
wah banyaknya buku2 tu akak.. Huhuuu.. kagum ngan akak n guru2 semua..
Waalaikumussalam Diana,
BalasPadamrasa macam tak kenyang je kalau makan buburkan, tu pasal asyik nak tambah saja...
x sihat gini tgk bubur nasi tue teringin la plak....byk ek keja sekolah nak buat tue
BalasPadamAyu,
BalasPadamhe he he...kalau tengok bubur, terkait pulak dgn orang sakit ye...
Assalamualaikum Amie
BalasPadamSekali Sekala Kalau Dapat Makan Bubur Nasi Ni Sedapnya...Fav Kak Lin Juga Ni...
Lin,
BalasPadamsekali sekala aje ye... kalau selalu rasa macam baby pulak... hi hihiii
salam cikgu amie... sedapnye bubur nasi!~ saye suke, hubby pun suke.. ni la menu time kemalasan melanda.. gandingkan ngan sambal ketuk, ikan masin, telo masin.. da cukup buat kami tersandar..ehehe
BalasPadamSalam Noorsha,
BalasPadammemang bubur ni dibuat time malas pun... he hehehe tekan je suiz slow cooker, kita pun terus pejam mata.... buka mata bbur pun dah masak...
kak, bila demam bubur nasilah pembuka selera kan
BalasPadamMama Ema,
BalasPadamsatu lagi...utk org takde gigi... hi hi hi..