Ada-ada saja yang nak Amie buat.... gatal tangan nak cuba masak macam-macam resepi dah bermula. Entah sedap entah tidak, anak dan suami makan saja, tak banyak songel...he he he... tapi sebenarnya bukan tukang masak yang nak sangat makan, tapi nak sangat masak. Suka masak bukan bererti pandai masak, dan yang pandai masak pun belum tentu suka masak. Betul tak? Sedap tak sedap tu cerita nombor belakanglah... itu yang Amie maksudkan sesetengah orang pandai masak tapi kalau pandai saja dan malas masak, nak makan apa? Seelok-eloknya kena rajin dan juga mahirkan diri memasak, barulah sempurna... Okeylah, tengahari ini Amie sempat siapkan hidangan untuk suami dan anak-anak. Suami pulang ke rumah mengambil anak-anak untuk ke masjid sembahyang Jumaat, Amie sibuk di dapur dan sebaik sahaja mereka pulang, semua sudah siap terhidang kecuali nasi masih dalam periuk kerana Amie sengaja biarkan dalam keadaan panas. Dapatlah kami makan sekeluarga dan selepas itu masing-masing dengan aktiviti tersendiri, Amie di dapur, suami sambung balik ke tempat kerja dan anak-anak bermain kucing dan menonton televisyen.
Bahan-bahan:
20 ekor udang kertas (bersihkan - tak perlu buang kulit)
7 biji buah jering (rebus hingga empuk dan belah dua)
200ml santan pekat
2 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit (siat-siat)
2 keping asam gelugur
1/2 sudu serbuk kunyit
minyak
garam & gula
Bahan kisar:
7 biji lada merah
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1.5cm halia
1.5cm belacan
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serbuk kunyit dan juga asam gelugur.
3. Masukkan jering dan udang. Gaul rata.
4. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga udang masak.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Akhir sekali masukkan daun kunyit.
7. Tutup api dan angkat untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan