Pages

Khamis, 2 Jun 2011

Ikan Temparing Goreng Sambal

Pernah dengar tentang ikan temparing? Mungkin lain tempat lain namanya kot.... nanti di bawah ni Amie masukkan gambar ikan tu. Biasanya ikan temparing sedap kalau digoreng. Amie pun gorenglah, dan kemudian buatkan sambal.... tuang atas ikan tadi. Jadilah resepi ikan temparing goreng sambal.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan temparing (bersihkan dan belah tengah dari perut ke belakang - jangan sampai putus)
2 biji tomato (potong 6)
1 labu bawang besar (mayang bulat)
1 batang serai (diketuk)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam & gula
1 sudu kecil pati asam jawa (bancuh dengan 50ml air)
minyak

Bahan Kisar:
15 biji lada kering
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
15 biji lada kering
1.5 cm belacan

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing. Ketepikan.
2.Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan buah tomato dan masak hingga hancur.
4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. biarkan sambal menjadi pekat.
5. Masukkan bawang besar.
6. Tuangkan sambal di atas ikan temparing goreng.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Ha... ini dia rupa ikan temparing..... (keluarga sebelah suami panggil dia ni begini... mungkin ada nama lain di tempat lain...) Ikan temparing ini bersaiz besar dan beratnya melebihi 1 kg seekor. Ada juga yang bersaiz sederhana. Warnanya juga berbeza, ada yang merah dan ada yang warna pucat seperti yang Amie masak hari ini....aduii


2 ulasan:

  1. salam k/amie...ikan ni ada kt tmpt kita tak ...? sekali pandang mcm ikan merah ... mesti manis rasenye ikan ni...

    BalasPadam
  2. ucu,
    kak amie tak pernah jumpa ikan ni di sungai buluh, bukan ikan merah, isinya keras sikit dari ikan merah, rasanya tak semanis ikan merah / jenahak

    BalasPadam