Satu lagi menu tengahari hari ini ialah ikan siakap kukus. Kononnya kukus ala Thai... wakaka...waaakkaa.. kenapa kononnya pula, sebab Amie campur gaulkan apa sahaja benda yang ada di dapur. Rasanya pula, agaknya sedaplah tu... sebab habis licin hanya tinggal tulang untuk kucing... seperti biasa, anak suami tak tanya pun pasal ikan kukus sebab masing-masing sibuk menyuap... Amie pula bila tengok orang berselera makan, dah rasa kenyang...
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (bersihkan dan belah dari perut ke belakang -jangan sampai putus)
1 batang lobak merah australia (potong bulat)
2 biji tomato (potong 6)
5cm halia (hiris nipis)
2 batang serai (diketuk)
10 biji cili padi (tumbuk)
3 biji bawang putih (tumbuk)
3 tangkai daun kesum (tumbuk)
1 biji limau nipis (perah airnya)
1 sudu sos ikan
1 sudu sos cili thai
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1/2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
garam & gula (jika perlu)
Cara:
1. Letakkan ikan di atas loyang pengukus. Lumurkan di atasnya dengan semua bahan tumbuk dan juga serai.
2. Taburkan hirisan halia dan lobak merah serta tomato di atasnya.
3. Renjiskan dengan sos ikan dan pati ikan bilis.
4. Kukus selama 15 minit.
5. Keluarkan air kukusan ikan dan kukus semula ikan tadi selma 5 minit.
6. Campurkan air kukusan ikan dengan sos cili thai, bancuhan tepung jagung.
7. Didihkan sebentar.
8. Keluarkan ikan dari periuk pengukus dan letakkan di pinggan.
9. Tuangkan sos ikan yang dididihkan tadi ke atas ikan. Renjiskan air limau nipis di seluruh ikan.
10. Siap untuk dihidangkan.
salam k.amie...baru lepas makan laksa johor (lunch)...tapi bila tengok ikan tu elok jer melingkor atas pinggan siap masak stim lagi ..perut jadi lapar balik.....tulung2...
BalasPadamsalam amie..
BalasPadamlama jugak maklong tak masak siakap ni.. bila tengok resepi amie.. rasa teringin nak masaklah pulak.. hehe..
salam ucu,
BalasPadamhe he... tergoda yea... dtg sinilah, boleh makan sama2 he he
salam maklong,
BalasPadamsesekali masak kukus mmg sodap maklong!