Pages

Selasa, 7 Jun 2011

Telur Herba & Ikan Keropok

Pernah makan telur herba? Bagaimana dengan ikan keropok? Tentu ada yang pernah makan, sekurang-kurangnya melihat kedua-dua jenis makanan ini. Pertama kali Amie makan telur herba pada Disember 1992 (ingat lagi tau... sebab masa tu Amie ekspedisi ke Sabah, Sarawak & Brunei, dalam perjalanan pulang jalan putus Telupid-Ranau, Amie dan Ernie serta Tadia, tinggalkan rakan ekspedisi bersama bas rombongan. Kami menaiki bas lain ke Kota Kinabalu dan menginap selama 2 malam di Tanjung Aru....rumah ibu saudara Tadia. Ernie beli telur (sangka telur masin), kami rebus tapi bila dikupas... Ernie kata...telur dah busuklah, ... iye.... Amie sahut sambil melihat warna hitam telur masin tadi. Kita buang sajalah, cadang Ernie. Tiba-tiba saudara sepupu Tadia mencelah... itu bukan telur busuk, itu telur herba.... Lailahaillallah... kami tengok dan baca pembungkus telur tadi... he he he..., mula-mula makan rasa semacam je, tapi akhirnya berminat pula dengan telur ini. Tambahan pula, kata suami, arwah ibunya pernah buat telur herba begini.... Tak susah untuk memasaknya, rebus macam rebus telur ayam biasa atau telur masin, tapo bersihkan dahulu sekam padi yang membungkusnya.



Inilah rupa telur herba... hitam warnanya, dan Amie temankan bersama ikan kering keropok yang rangup dan tak lupa juga sambal bilis belimbing buluh hitam yang Amie belajar daripada Maklong tempohari. Amacam? Mantap tak gandingan menu hari ini.... he he he lunch kita ikut kampung style yea.... Tak ada resepi khas untuk ditulis kali ini sebab semua benda biasa. Rebus telur herba. Goreng ikan kering keropok, goreng tempe, buat sambal bilis belimbing buluh hitam, hidang bersama daun salad, tomato ceri dan petai. Bismillah.....


9 ulasan:

  1. telur herba tu macam telur yang ada kat Melaka yer? Perna dulu makan kat melaka jer.. kat sabah pun ada juga nampaknya yer.. :)

    BalasPadam
  2. salam ....Sedapnya menu tghari nie!.makasih vote atie yer...

    BalasPadam
  3. salam k.amie..kecur air liur saya bila akak gandingkan dgn ikan kering n sambal bilis belimbing buluh tu....
    tp telur tu sy x pernah jumpa lagi...

    BalasPadam
  4. diana,
    tak pastilah pula dgn telur di melaka sbb first time jumpa di Kota Kinabalu, dan mmg byk di Sabah.

    BalasPadam
  5. azatie,
    menu tghr yg simple... ratah2 je sbb pakwe balik petang.
    harap dpt menang GA.

    BalasPadam
  6. Jari Tebarai,
    rasanya bukan telur pindang.... lain tu.

    BalasPadam
  7. ucu,
    mungkin telur tu ada di mana2 supermarket, cuma ucu yg tak perasan kot...

    BalasPadam
  8. ni kena panggil century egg... sedap masukkan dengan bubur nasi.. mula2 lain juga rasa bila mkn.. tp lama2 mcm ketagih nak makan telur ni.. sedap. :)

    BalasPadam