Rindu pada bondaku nan jauh di mata.... hanya telefon penghubung bicara. Bondaku sihat.... Alhamdulillah. Kelmarin sempat lihat gambar menerusi facebook suasana di kampung.... amboiii... buat BBQlah pulak, semua anak cucu berkumpul. Bila Amie telefon bonda, riang suaranya bercerita.... semua ada di sini katanya, anak cucu panggang ikan, ayam, sotong bla bla bla.... aduuiiii bestnya! Malam ini hari jadi Afiq, esok harijadi Hakimie, kata bonda mengenai cucu-cucunya....... siapa yang tidak hiba (walaupun suasana gembira), Amie tumpang seronok tapi di hati sedikit rasa terkilan sebab...... tak dapat bersama. Untuk ubati rindu suasana kampung, hari ini pujuk hati dengan memasak masakan kegemaran kami sekeluarga bersama bonda, juga masakan yang digemari oleh orang kampung kami. Mungkin ada yang tak biasa dengan masakan ini, ikan pari masak pecak. Memang lidah kami dah dibiasakan dengan hidangan begini, tetapi yang tak pernah makan tentu teragak-agak untuk mencubanya....ha apalagi kalau baru terhidu atau pertama kali makan kencur atau cekur! Kencur atau cekur memang terkenal dalam masakan masyarakat Jawa, dan dipercayai mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan dan kesihatan terutamanya untuk wanita lepas bersalin.
Ikan pari masak pecak tidak sah kalau tak ada kencur.... yang pernah dengar nama kencur atau cekur tapi tak biasa tengok rupa parasnya, ha... di bawah ni.....kencur yang sudah dicabut dari tanah dengan buah / isinya dan daunnya sekali.
Dah ada pokok daun dan buah kencur barulah boleh masak pecak. Sebenarnya tidak terhad kepada ikan pari, ikan keli pun boleh atau ikan-ikan lain tapi perlu dipanggang terlebih dahulu. Amie panggang saja di dalam kuali. Lapik dengan daun pisang atau daun kunyit. Biasanya hanya lumur sedikit garam saja dan tak perlu bubuh kunyit. Begitulah tradisi pembuatannya... he he he... agaknya nak serlahkan aroma kencur jadi herba lain jangan ganggu termasuk kunyit dan serai..... ini teori Amie yea... dan satu lagi, kalau guna ikan pari belilah jenis yang tak bau ....misalnya pari minyak, orang kata pari helang tu berbau.
Bahan-bahan:
5 keping ikan pari
300ml santan pekat (perah dengan air masak)
20 biji cili padi (sebaiknya yang warna hijau)
5 herai daun kencur (mayang halus)
5 biji isi kencur
5 biji bawang merah (panggang /goreng)
5 biji bawang putih (panggang / goreng)
1.5cm halia
1/2 sudu teh lada putih
limau kasturi / limau nipis / asam jawa (pilihan)
garam & gula
Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Panggang hingga masak.
2. Tumbuk cili padi bersama bawang merah, bawang putih, halia, lada putih dan isi kencur.
3. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam santan pekat.
4. Campurkan garam, gula dan daun kencur.
5. Siat-siat ikan pari jika suka.
6. Letakkan ikan pari di atas pinggan dan tuangkan kuah santan.
7. Perahkan air limau di atasnya.
8. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.
Alhamdulillah, resepi ini dapat diterima baik oleh suami dan anak-anak. Dulu, suami tak pandai makan tapi sekarang dah biasa. sebenarnya kuah santan itulah yang menambah selera untuk makan. Nampaknya hidangan malam kami sekeluarga licin habis... he he... kami biasa makan malam sebelum pukul 6 petang.
Pertama kali dengar masak pecak... tapi nak cuba susah sikit sebab pokok cekur yang ditanam dulu dah mati semuanya...
BalasPadamAntan Bertingkah,
BalasPadampokok cekur kita kat belakang rumah pun dah mati.... ni suami kita ambil sedikit di sekolahnya... he he he
sedapnya ikan pari tu kak...terliurla lama dah tak mkn... sini tak jumpa lagi ikan pari ni..yer la memang rindukan bila kita berjauhan,saya pun teringat juga mak kat kg dah hampir sethn tak jumpa.
BalasPadamnieza,
BalasPadamsebenarnya kak amie baru je kebelakangan ni makan ikan pari, itu pun jenuh ajar suami makan (keluarga di tak makan),
hmm... sama2lah kita merindu yea...syukurlah ada alat komunikasi yg semakin canggih sekarang ni....
first time dengar masakan ni... hmm walaupon ipar saye ade 2 orang jawa, tapi x penah plak diorang masak mende ni huhuhuhu
BalasPadamJARI TERBARAI,
BalasPadamtakpe... ni yg bagusnya ada blog masakan, boleh gali yg tenggelam, boleh kreatifkan yg sedia ada... hasilnya pelbagai variasi makanan memeriahkan dunia masakan negara kita.
Ida tak pernah makan msk Pecak ni...mesti sedapp ..ida follow k
BalasPadamIda,
BalasPadammasak pecak ni masakan tradisi jawa... tapi tak semua keturunan -orang jawa masak / makan... tq follow me
Nak tny kuah santan tu xpyh msk ats api ke? Terus tuang camtu je ke?
BalasPadamAini,
BalasPadamtak payah masak atas api sebab perah santan guna air masak...mmg begitulah cara masakan org kg kami.