Pages

Isnin, 6 Jun 2011

Ikan Jenahak Petai Berlada

Anak-anak kata sos udang harimau yang Amie masak kelmarin terasa lebih sedap dari yang sebelumnya yang pernah Amie masak. Memang Amie akui, kerana Amie sedari dengan mencampurkan serai dalam bahan kisar, terasa aroma dan kelazatan yang berbeza.... jadi petangi ini, sebelum cik abang pulang, Amie sediakan sos yang sama seperti kelmarin tetapi Amie ubahsuai sedikit. Amie tidak gunakan anggur atau epal hijau, sebaliknya Amie gantikan dengan petai dan sudah semestinyalah udang harimau Amie gantikan dengan ikan jenahak... he he he sekali renung macamlah orang tukar baju, buang topi, ganti tudung yea... hi hi hi...macam-macam kita boleh berkreativiti dalam masak-memasak ni kannn.... tapi yang ini Amie akan selalu masak sebab aromanya dan juga rasanya lain dari yang lain.... dari kerana serai... jangan lupa kisar serai.


Bahan-bahan:
4 keping ikan jenahak
20 biji petai
1 cawan kiub nanas
2 helai daun kunyit (siat-siat)
5 helai daun limau purut
2 sudu sos tomato
garam & gula
1/2 sudu serbuk kunyit
minyak
50ml air

Bahan kisar:
15 biji lada kering
10 biji bawang merah
7 biji bawang putih
2 batang serai

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan nanas. Masukkan sedikit air.
4. Apabila kuah hampir pekat masukkan petai, garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan ikan dan gaul merata.
6. Angkat dan hidangkan.



Akhirnya siap juga ikan jenahak petai berlada untuk makan malam...., sambil masak sambil melayani ADILA (Aku, Dia dan Lagu) menerusi Radio Malaysia Klasik Nasional yang setia menemani Amie sepanjang hari di dapur.....

12 ulasan:

  1. kan main lawa jadinya lauk tu..petai tu memecah dominasi merah!saya tak makan petai tapi petai ni dah jadi lauk wajib tiap minggu untuk si dia saya tu, jadinya masak jugalah kalau dengan udang saya makan udangnya sahaja

    BalasPadam
  2. Salam kak Amie..tang petai tue yg atie xtahan..hihi

    BalasPadam
  3. fuh best nyer lauk petai... thanks ye sudi datang blog saye ;)

    BalasPadam
  4. Salam..nyum nyum nyum sedappppnyaaaa

    BalasPadam
  5. salam k.amie...sedapnyelah tengok petai tu...kalau Pak Su dpt petai pastu makan dgn ikan kering pasti btambah2...

    BalasPadam
  6. Assalam amie,
    lama juga kita tak kemari..rindu dengan masakan2kan amie..kita suka ikan yang masak sambal macam gini..tapi kita tak reti makan petai..heheh

    BalasPadam
  7. IXORAROXI,
    sesetengah orang mmg tak brp gemar makan petai, kak amie suka sbb utk cuci perut ha ha ha....

    BalasPadam
  8. azatie,
    memeng tak tahan.... sama2 hantu petai he he he...

    BalasPadam
  9. JARI TERBARAI,
    oohhh ramai juga peminat petai yea...walaupun ada bau, tp kita cari khasiatnya yea...

    BalasPadam
  10. Sue@Nenie,
    makasih sudi singgah...

    BalasPadam
  11. ucu,
    iyelah... teringat pakcik kak amie dulu...makan ulam petai dengan ikan kering haruan bakar...macam sedap je tgk dia makan.....

    BalasPadam
  12. ayu,
    terimakasih singgah sini... tak makan petai takpe, jangan tak makan yg lain sudah le... he he he he

    BalasPadam