Pages

Rabu, 15 Jun 2011

Ikan Merah Panggang & Sup Campur

Assaalamualaikum rakan-rakan pengunjung semua. Dah makan ke belum? Nampaknya Amie hanya sempat kemaskini blog pada waktu malam, dan memasukkan satu resepi sahaja. Itu pun setakat hidangan malam yang ringkas. Seronok sungguh menjadi suri rumah sepenuh masa pada minggu kedua musim cuti persekolahan yang lepas, boleh sediakan sarapan pagi, tengahari dan minum petang untuk keluarga.  Petang ini agak terlewat sampai ke rumah kerana menghadiri mesyuarat majlis tertinggi. Sesampainya di rumah, Asar telah tiba, tapi oleh kerana terlalu lelah.... Amie terlelap seketika sebaik sahaja merendam ikan dan cendawan shiitake di dapur. Memang tak elok tidur waktu petang, tapi petang tadi Amie tak dapat elak....kejap je..... Amie terlepas sebahagian rancangan ADILA sebab bila masuk dapur, berita pukul 6 sedang disiarkan. Beberapa minit kemudian masuk fardhu Maghrib pula. Sedang sibuk memasak, tiba-tiba Fuad muncul... mummy...mummy masak apa? Ha....kan...pertanyaan yang sama setiap kali dia masuk ke dapur. Kasihan sungguh anakku ini, akibat tertidur, ibunya lambat siapkan hidangan.... dan dia ada latihan tarian singa pula. Amie suruh dia makan dulu dengan lauk sup campur, tapi katanya .... nantilah, nak makan selepas tamat latihan. Hmmm... agaknya sudah dijadualkan kalau masak semua hidangan malam Amie ambil tempoh kurang dari 1 jam (5-6 petang), tapi petang ini memang lari... lari dari jadual gara-gara ketiduran..... tapi jadilah jugak ikan merah panggang seperti di bawah ini.



Sementara menunggu ikan merah masak, Amie masak pula sup campur dan sambal belacan. Jadi kesemuanya masak serentak. Nasi pun sudah tanak, hanya menunggu dihidang untuk dijamah bersama.



Sup campur khusus untuk anak-anak yang tak suka makan sayur, tapi supnya yang tak berapa bagus... sebab 'termasuk' banyak lemak ayam..... bonda selalu pesan kalau masak ayam, buang kulit.... tapi Amie pura-pura lupa, dan akhirnya terus terlupa sebab suka menderhaka....tak dengar cakap bonda. Kita lihat dulu resepi sup campur.

Bahan-bahan:
5 ketul ayam
3 kuntum cendawan shiitake (cuci dan rendam dengan 500ml air - belah 2)
2 biji kentang (buang kulit dan potong 4)
3 batang baby corn (belah dan potong 2)
1/2 biji petola (potong ikut suka)
3 biji bawang merah (pecahkan)
3 biji bawang putih (pecahkan)
1.5cm halia (hiris nipis)
1/2 sudu teh lada putih (tumbuk)
1 sudu serbuk pati ayam
daun bawang / daun sup

Cara:
1. Panaskan air rendaman cendawan shiitake.
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih , halia serta ayam. Biarkan mendidih.
3. Masukkan kentang, dan biarkan empuk bersama daging ayam.
4. Masukkan petola dan baby corn. Biarkan seketika.
5. Masukkan lada putih dan serbuk pati ayam.
6. Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun bawang.

Kita lihat pula resepi ikan merah panggang yang Amie sediakan secara ringkas seperti di bawah.


Bahan-bahan:
5 keping ikan merah
1/2 sudu kecil kunyit
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada putih (tumbuk)
1 sudu minyak bijan (tak bubuh pun tak apa - Amie sekadar penuhi kegemaran & permintaan anak2)
daun pisang

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Letakkan daun pisang di atas kuali. Susun ikan di atasnya. Gunakan api perlahan.
3. Apabila ikan setengah masak, taburkan serbuk lada putih di atasnya. Balikkan ikan.
4. Jangan panggang terlalu lama kerana isi ikan merah sangat lembut dan cepat masak.
5. Angkat dan letakkan di atas pinggan. Renjiskan minyak bijan di atas ikan.

Amie hidangkan ikan merah panggang bersama sambal belacan dan hirisan mangga muda. Kalau digaul kira jadi sambal manggalah....


Ini sahaja resepi ringkas yang dapat Amie sumbangkan sebagai satu perkongsian dalam dunia masakan maya.... jom ..., temankan anak  teruna Amie makan, Fuad yang baru saja balik latihan tarian dari dewan Yuk Choi pukul 10 malam tadi.

20 ulasan:

  1. tgk sup ayam tu, adeh la...dah la tgh lapar ni...

    BalasPadam
  2. salam kak amie. memang sedap2 lauk kak amie masak ni. boleh tiru hari2 lauk akak masak ni. hehe..

    BalasPadam
  3. asmara,
    boleh...terima kasih dtg dapur kak amie, tirulah mana berkenan, dipersilakan.

    BalasPadam
  4. sedapnya kak..

    ema ni jarang masuk dapur,,,,ahaks

    BalasPadam
  5. assamualaikum k.amie...tertidur sekejap xpe..janji anak2 n en suami ada hidangan yg sampai menjilat jari n sudu...

    BalasPadam
  6. mama ema,
    terima kasih... kak amie cuma sempat masak utk dinner je...

    BalasPadam
  7. ucu,
    waalaikumussalam,
    kak amie mmg tak mahu paksa diri....kalau dah mengantuk sgt, mmg kena tido kejap......cari tenaga.

    BalasPadam
  8. Salam Amie...
    Tgk ikan panggang bersama sambal n ada ulam apa tuh Amie???
    Hari nih buntu tak tahu nk msk apa..last2 tgk resipi ada mee..so try lah msk Hokkien mee yg tak pedas tuh sedap mkn bersama sambal tumis...

    BalasPadam
  9. Salam kjg bls Amie, thanks ya sudi jengah dapur sempoii akak tu...moga kita sama2 dpt share di alam maya ni...happy cooking!

    BalasPadam
  10. Asyik terliur je bila singgah sini..hehehe.

    Nak try juga resipi ni..mesti sodap

    www.puterikasih.com

    BalasPadam
  11. mama hawa,
    itu hirisan mangga muda,
    mmg akan try mee hokien tu...dah lama berangan.

    BalasPadam
  12. sempoi2 pun sedap tu amie..terliur akak tengok..lagi2 bab ikan tu..akak memang suka makan ikan..:)

    BalasPadam
  13. kak ummie,
    iye...kita boleh share, sbb mmg itu tujuan berblog masakan...

    BalasPadam
  14. puteri kasih,
    heheee....lain lain dtg sini siap bawa bekal tisu @ sapu tangan, boleh sapi liur tu....ishh...isshhhh kak amie ni melampau la pulak yea...

    BalasPadam
  15. uikk... sedap2 belaka. menyelerakan. mendorong nak buat juga.

    BalasPadam
  16. adrizel,
    ambillah mana2 resepi yg diminati... buatlah mana yang patut, dah masak nanti jangan lupa cukai semangkuk yea...

    BalasPadam
  17. anymz,
    betul tu...byk zat dlm ikan, mmg amie suka hidangkan ikan utk anak2 yg sdg membesar...

    BalasPadam
  18. nampak sedap dan menyelerakan menu akak ni..:)

    BalasPadam
  19. nieza,
    terima kasih...alhamdulillah...cooking with my heart & soul hehehe

    BalasPadam