Amie pernah dengar orang kata, untuk mengekalkan keenakan dan keaslian rasa sesuatu makanan, tak perlu masak dengan pelbagai aksesori... he he he... apa maknanya tu? Kalau begitu, agaknya Amie masak udang harimau sup dapat memberikan jawapan kepada kata-kata tersebut. Betulkah? Amie pun fikir begitu juga, sebab dengan cara kukus atau masak sup, barulah kita dapat 'rasa' sebenar makanan itu, maklumlah tak perlu berempah kari, tak perlu digoreng, tak perlu sos dan sebagainya. Okeylah, Amie masak udang harimau sup dan Amie campur dengan rebung segar yang baru dikupas, belum dihiris pun....... (sempat beli di pasar Tawau dan penjual rebung sempat pesan: terus masak... jangan rendam dalam air sebab ini rebung manis.) Untuk aroma segar, Amie masukkan beberapa helai pucuk daun kemangi...
Bahan-bahan:
600 gram udang harimau - 10 ekor (bersihkan & tak perlu buang kulit)
200 gram rebung manis
3 tangkai pucuk kemangi
4 biji bawang merah (tumbuk)
4 biji bawang putih (tumbuk)
1.5cm halia (tumbuk)
2 batang serai (dititik)
1/2 sudu teh lada hitam (tumbuk)
garam & perasa
600ml air
Cara:
1. Didihkan air bersama semua bahan tumbuk, halia dan serai.
2. Masukkan rebung dan biarkan seketika.
3. Masukkan pula udang harimau dan masak selama 5 minit.
4. Masukkan daun kemangi, garam dan perasa.
5. Udang harimau sup siap untuk dihidangkan.
Assalamualaikum...kak amie
BalasPadamSehat kak...Sedapnya udang masak sup tapi tak pernah pula jumpa letak rebong , ini mesti special.
tangkai pucuk kemangi macam mana rupenye.
waalaikumussalam ucu,
BalasPadamsihat alhamdulillah, rebung ni jenis manis tau, rasanya macam umbuk kelapa, pucuk kemangi tu pucuk / daun selasih..
simple nampak sedap . nak cubalah hari ini.....
BalasPadamSalam ziarah
Hajah Nafisah,
BalasPadamterima kasih sudi ziarah, sesekali masak begini mmg sedap...cuba, jgn tak cuba...