Pages

Isnin, 2 Mei 2011

Ikan Kayu Masak Taucu Dengan Nanas

Anak-anak mula mengingatkan Amie.... dah lama tak buat masakan bersos. Maklumlah, semenjak dua menjak ini hidup kelam kabut.... asyik goreng saja & bungkus2 saja......wokey anak2 mummy sayang....mummy masakkan ikan kayu (segar...) dengan taucu manis.


Bahan-bahan:
5 ekor ikan kayu (potong 2 - lumur dengan garam & kunyit - goreng hingga masak)
4 sudu sos kacang kuning manis (taucu)
2 biji tomato (potong 6)
15 keping hirisan nanas masak segar
2 biji lada merah (hiris)
2 biji lada hijau (hiris)
1 labu bawang besar (mayang)
5 biji bawang putih (tumbuk)
5 biji bawang merah (tumbuk)
1.5 cm halia (hiris)
1/2 sudu pati asam jawa (bancuh dengan 75ml air)
minyak
secubit garam & gula

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk bersama hirisan halia hingga wangi.
2.  Masukkan taucu, nanas, lada hijau dan merah. Biarkan seketika hingga nanas layu.
3. Masukkan air asam jawa dan biar kuah mendidih.
4. Masukkan ikan, garam dan gula.
5. Masukkan tomato dan bawang besar. Kacau rata.
6. Ikan kayu masak taucu dengan nanas siap untuk dihidangkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan