Ini satu lagi resepi yang tertinggal.... hanya sambal belacan tapi Amie nak kongsi bersama rakan-rakan pengunjung blog. Sambal belacan memang sedap kalau selepas kita biarkan semalaman sebab semua ramuan meresap masuk. Tak percaya... cubalah ye... sebab banyak kali Amie buat, walaupun pada mulanya rasanya pedas tapi bila Amie biarkan (dalam peti sejuk @ tak payah masuk peti sejuk, pedasnya berkurangan sebaliknya timbul rasa lain yang lebih enak....)..., satu lagi Amie kukus ikan terbang kering. Cara mengukusnya mudah sangat... ikut cara bonda zaman kecik2 dulu... selepas nasi kering, masukkan saja ikan kering atas nasi dan masaklah ikan itu kena wap nasi... ya Allah, laki aku berpeluh2 makan sambal belacan dengan ikan terbang kukus dan ulam-ulam nie....
Bahan-bahan:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
3cm belacan (goreng)
7 biji bawang merah (goreng)
7 biji bawang putih (goreng)
1 biji tomato (buang kulit & cincang)
4 biji limau kasturi (perah air & ambil sedikit hirisan kulitnya)
garam & gula
Cara:
1. Tumbuk kesemua cili padi, cili merah, belacan,bawang merah, dan bawang putih.
2. Masukkan tomato cincang dan lenyek sekali bersama garam dan gula.
3. Masukkan perahan air limau kasturi dan sedikit hirisan kulitnya untuk menambah aroma sambal belacan.
4. Hidangkan sambal belacan bersama ikan terbang kering kukus dan ulam-ulaman.
5. Makan bersama nasi panas.....Bismillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan