Kali ini Amie masak cara tradisi pula... nasi lemak sambal ikan bilis. Dah selalu sangat masak nasi lemak dengan pelbagai lauk termasuk ikan bilis goreng. Pagi ini tak ada ikan bilis goreng. Semua main campak-campak saja. Kalau nak makan sambal yang sedap dan meresap segala ramuannya, rahsianya ialah sediakan sambal itu pada sebelah malam dan esok pagi hanya panaskan saja... nasi lemak ni yang pentingnya mestilah sambal di samping nasi itu sendiri....
Bahan-bahan untuk sambal:
30 biji lada kering (kisar)
2 cawan ikan bilis
7 biji bawang merah (tumbuk)
7 biji bawang putih (tumbuk)
1 labu bawang besar (mayang)
1.5cm belacan (tumbuk)
sedikit halia (tumbuk)
1 sudu pati asam jawa (bancuh dengan 75ml air)
garam & gula
Bahan-bahan untuk nasi lemak:
7 cawan beras (sukatan rice cooker - cuci dan toskan)
600ml santan
1.5cm halia (hiris)
3 biji bawang putih (ketuk)
3 kuntum bunga lawang
3cm kulit kayu manis
sehelai daun pandan
sedikit garam
Bahan-bahan lain:
hirisan timun
hirisan tomato
telur rebus
kacang tanah goreng
Cara:
1. Untuk menyediakan sambail ikan bilis, (sediakan lebih awal-pada malam sebelum masak nasi lemak esok pagi) panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan lada kisar dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula hingga sambal kelihatan pekat dan berubah warna.
4. Masukkan ikan bilis serta bawang besar. Perlahankan api.
5. Tambahkan bahan lain seperti garam atau gula (ikut rasa)... biasanya sambal nasi lemak memang lebih manis.
6. Biarkan sambal sejuk dalam periuk @ kuali. Esok pagi hanya panaskan sahaja.
7. Untuk nasi lemak pula, didihkan air dalam periuk pengukus.
8. Didihkan santan dalam kuali bersama halia, bunga lawang,kulit kayu manis, bawang putih dan garam serta daun pandan.
9. Masukkan beras dan kacau sekali sekala sehingga beras kembang dan air santan kering.
10. Pindahkan ke dalam periuk pengukus dan biarkan antara 20-25 minit atau sehingga masak.
11. Nasi lemak kukus sedia untuk dihidangkan bersama sambal ikan bilis dan bahan yang lain.
Salam,
BalasPadamBoleh tak puan terangkan resepi bahan untuk Nasi Lemak Kukus berasaskan dari 5 kilo beras.
maklum balas dari puan, saya dahulukan dgn terima kasih.
semoga murah rezaki.