Selamat petang semua...., nampaknya resepi-resepi Amie belakangan ini lewat masuk blog. Bukan apa, tak sempat... sebab ada perkara lain yang perlu Amie lakukan. Apa pun yang penting ialah perkongsian citarasa dapat ditunaikan. Petang ini Amie sempat muatkan resepi yang ibu mentua selalu masak sebagai resepi kegemaran bapa mentua Amie. Anak-anak pun sukakannya, dan kebetulan pula tidaklah terlalu sukar untuk menyediakan di samping bahan-bahan yang digunakan juga tidaklah pelbagai macam dan jenisnya. Oleh sebb mereka panggil masakan ini sebagai 'steak', Amie pun 'steak'lah juga....
Bahan-bahan:
500 gram daging biri2 muda (potong ikut suka)
2 biji kentang (potong menjadi 6 bahagian)
5 biji bawang putuh (tumbuk)
5 biji bawang merah (tumbuk)
5cm halia (tumbuk)
1 sudu lada putih (tumbuk)
1 sudu pati asam jawa (bancuh dengan 200ml air)
minyak
garam & perasa
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk kecuali lada putih hingga wangi.
2. Masukkan daging dan gaul rata hingga layu.
3. Masukkan bancuhan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan potongan kentang dan lada putih. Biarkan sehingga daging dan kentang empuk.
5. Masukkan garam dan perasa.
6. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memasak daging biri-biri (muda).
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan