Petang tadi sempat mengunjungi seorang rakan baik.... Teo di Taman Fajar. Teo baru balik dari Kuala Lumpur, serta merayakan Tahun Baru Cina bersama keluarganya di Johor dan Singapura. Memang murah sungguh rezeki kawan saya ini....setiap kali Tahun Baru Cina tiba, mesti sekotak limau mandarin dia hantar ke rumah... dan kebetulan mangga udangnya berbuah di belakang rumahnya, sempat lagi dia memberi saya dua biji...memang, setiap kali mangganya berbuah atau durian di kebunnya berbuah, sayalah antara salah seorang rakannya yang paling bertuah kerana selalu dapat mangga dan durian runtuh... ha...sampai rumah saya pun timbang buah mangga udang pemberiannya...
Saya suka potong mangga besar-besar sikit.... barulah puas nak makan. Ini dia resepi kerabu mangga udang saya...
Bahan-bahan:
400 gram mangga udang (potong ikut suka)
200 gram sotong (potong dan celur dengan secubit garam)
1 biji timun (potong ikut suka)
3 biji lada merah (hiris)
7 biji cili padi (hiris)
1 labu bawang besar (hiris)
1 sudu sos ikan
2 sudu gula
2 biji limau kasturi
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan yang dipotong / dihiris ke dalam mangkuk.
2. Masukkan sos ikan, gula dan perahkan limau kasturi.
3. Biarkan seketika sehingga bahan menjadi layu.
4. Setelah kesemua perisa meresap dalam bahan kerabu, bolehlah dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan