Hmmm....ikan bilis goreng pun nak n3 juga ke..... Ini bilis bukan sebarang bilis. Bilis goreng ni penuh kenangan....dapat resepi ni dari makcik di Ampang. Dia ajar saya goreng ikan bilis dengan bawang merah dan apabila ikan bilis garing,letak di piring dengan sedikit minyaknya. Tuang sedikit cuka dan kicap. Bila sudah bekerja, malas masak yang berat-berat,goreng sajalah resepi yang makcik berikan. kebetulan jiran saya, anak muda handsome, Chin namanya (keturunan Cina...entah di mana Chin sekarang) rajin berceloteh dan kebetulan Chin pun bujang, satu rumah dengan Jayabalan, pemuda India. Kami kawan baik. Chin rajin tanya apa yang kami masak... saya kata goreng ikan bilis campur itu dan ini. Masukkan halia.... baru best, katanya. Saya pun ikutlah saranannya dan saya tambah satu bahan lagi...bawang putih, ha... sesiapa yang sibuk tak ada masa masak, atau ada masalah air (macam saya hari ini), buat sajalah ikan bilis goreng macam di bawah ni... he he... biarpun ikan kecil tapi banyak khasiat ooo...
Bahan-bahan:
300 gram ikan bilis
1 labu bawang besar
7 biji bawang putih
3cm halia
1 sudu cuka
2 sudu kicap
minyak
Cara:
1. Goreng ikan bilis dan masukkan halia,bawang putih dan bawang merah semasa ikan bilis separuh masak dan angkat bila garing
2. Letakkan ikan bilis dalam piring dan tuangkan cuka serta kicap.
3. Hias ikut suka dan boleh dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan