Sesekali masak petai dengan udang geragau...baunya satu dapur dan bersinnya...tak henti-henti. Kenapa ye... bau petai atau apa? Aroma udang geragau tu...yang sengaja saya tumis kering tak letak air... tak masuk lubang hud tapi masuk lubang hidung...
Malas nak kisar lada...saya potong-potong sajalah. Lagipun hari dah hampir senja....(lewat masak sebab tertidur), orang kata tak baik tidur petang tapi sebab badan tersangat letih, terlelap sekejap lepaskan lelah dan bilabangun rasa sangat segar.... saya tidak mahu memaksa diri untuk bertahan, kalau dah tahan mengantuk, memang saya terus tidur... kejap je dalam 20-30 minit. Masak petai kali ini mudah saja tapi memang sedaplah...kadang-kadang rasa masakan cara cincai-cincai lebih sedap pulak berbanding cara masak ikut segala 'protokol' he he he... okeylah, apa bahan masakan yang saya guna kali ini...
Baha-bahan:
20 biji petai (belah 2)
segenggam udang geragau (rendam seketika dan toskan)
3 biji lada merah (hiris)
10 biji cili padi (hiris)
4 biji bawang putih (hiris)
1/2 labu bawang merah (hiris)....bawang merah di Lahad Datu berharga RM20 sekilogram....
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 sudu serbuk pati ikan bilis
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang dihiris hingga naik bau.
2. Masukkan pati asam jawa dan udang geragau. Kacau hingga sebati dan naik bau udang geragau.
3. Masukkan petai dan diakhiri dengan serbuk pati ikan bilis.
4. Tunggu sehingga warna petai berubah.
5. Angkat dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan