Bilakah pertama kali anda masak tom yam? Saya tidak ingat, tetapi saya teringat kali pertama melihat seseorang masak tom yam. Tahun 1988, semasa konvokesyen di universiti, saya terlibat dengan aktiviti jualan di gerai Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS). Kebetulan senior kami terutama yang lelaki sangat pandai masak.... tidak pasti pula dari mana datangnya kepakaran mereka itu. Tentang tom yam pula, ada seorang pelanggan meminta menu tersebut. Selaku senior dan presiden persatuan, Abang Zul bertindak pantas... saya sempat menyaksikan bagaimana Abang Zul masak tom yam. Sambil memasak tom yam, Abang Zul terus bercerita tentang masakannya.... pecahkan cili api... letak banyak2... katanya. Kenapa letak serai lebih dari sebatang? Saya bertanya. Letak 2 hingga 3 batang supaya keluar aromanya...masak tom yam memang begini, sahut Abang Zul. Saya tak tahulah apa rasa tom yam tu sebab terus dihantar kepada pelanggan yang sedang menunggu. Kali kedua saya pernah menyaksikan rakan saya, Najwa menjadi 'ketua' memasak di dapur rumah seorang rakan kami, iaitu Dawami. Ketika itu kami sama-sama menjayakan program Bakti Siswa PERMAS di Kuala Langat tahun 1989. Saya pernah makan tom yam.... tapi tom yam yang Najwa masak masih terasa sampai ke hari ini.... Najwa....!!!!
Ini tom yam yang saya masak. Tidaklah sesedap tom yam hasil tangan Najwa yang menggunakan pes buatan sendiri. Saya menggunakan pes tom yam segera dan bahan-bahan dari laut.... udang dan sotong.
Bahan-bahan:
100 gram pes tom yam (traditional Thai flavour)
4 batang serai
5 helai daun limau purut
Bahan A:
200 gram udang
200 gram sotong
8 biji bebola udang
8 biji bebola ketam
7 biji cili padi
Bahan B:
8 batang baby corn
2 biji tomato
1 labu bawang besar di potong 4
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis pes tom yam hingga naik bau.
2. Masukkan serai dan daun limau purut.
3. Masukkan 300ml air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan semua bahan A dan biarkan sehingga masak.
5. Masukkan pula bahan B dan tutup periuk dan matikan api.
6. Biarkan seketika dan buka penutup periuk, bolehlah diangkat untuk hidangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan