Pages

Jumaat, 14 Januari 2011

Ikan Bayan Masak Merah

Ada lagi sejenis masakan sebelah keluarga suami yang menggunakan ketumbar sebagai salah satu rempah wajib. Masakan ini juga biasa dihidangkan semasa kenduri-kendara. Bahan yang digunakan tidak lain dan tidak bukan iaitu ikan bayan yang mereka gelar 'ikan dongol kecil' atau 'ikan dongol besar' dan adakalanya digelar ikan 'kakak tua'. Saya tidak ketinggalan dari turut menikmatinya.... dan belajar dengan bapa dan mak mentua... bahagian ikan dongol atau ikan bayan yang paling sedap dimakan...bahagian pipi dan hidung ikan (kepala ikan dongol besar la....) Minta maaflah keluarga sebelah suami dan dan yang lain sebab saya gatal tangan ubahsuai resepi tradisi... sepatutnya masak merah gunakan santan tapi saya ganti dengan susu cair...


Bahan-bahan:
1 ekor ikan bayan (ikan saya seberat 500 gram) potong 5
1/2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 sudu pati asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
2 biji limau nipis
garam dan perasa (jika suka)

Bahan kisar:
10 biji cili kering
1/2 cawan ketumbar biji
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah

Cara:
1. Goreng ikan separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan bancuhan air asam jawa.
4.Masukkan santan cair diikuti dengan ikan. Biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan santan pekat.
6. Tabur garam dan serbuk perasa.
7. Perahkan air limau nipis ke dalam masakan.
8. Siap untuk dihidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan