Ada sedikit lebihan labu manis selepas saya masak lemak dengan ikan talang kering kelmarin. Kalau dibiarkan alamat membazirlah labu manis saya ni.... tapi teringat khasiat labu manis yang sangat bermanfaat tu, saya usahakan menjadikannya sebagai satu hidangan yang lazat...pengat labu... he he he...digandingkan dengan jagung dan segenggam campura tiga warna sagu biji...hijau, putih dan merah. Santannya pula saya gantikan dengan susu cair.... lebih menyihatkan bukan?
Bahan-bahan:
300 gram labu manis (buang empulur dan kulit, potong dadu)
1 tin jagung manis
1/2 cawan campuran sagu biji merah, hijau dan putih
1 tin susu cair
6 sudu besar gula pasir
hirisan halia (jika suka)
secubit garam (rasa lemak)
Cara:
1. Rebus labu dalam periuk bersama hirisan halia hingga mendidih.
2. Masukkan jagung dan sagu biji.
3. Apabila labu empuk, sagu biji kembang, masukkan susu cair.
4. Masukkan gula dan secubit garam.
Masak bersama daun pandan supaya wangi. Saya tidak ada simpanan daun pandan di dapur.....ganti halia je...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan