Kadang-kadang tekak rasa dah tak mahu terima makanan.... bukan apa, bosan dengan masakan sendiri, dah tu... sama saja rasanya. Kita yang masak, kita juga yang menghadapnya...hari-hari, siang atau malam...hmmmm kadang-kadang malas nak menjamahnya, tapi perut perlu diisi.... nak makan di luar, memang boleh. Semuanya sedap-sedap belaka, tapi kena fikir dua kali... di tempat kerja, setiap pagi sarapan di kantin... mee goreng, kue tiaw goreng, mee hoon goreng,ayam goreng.... semua minyak. Sudahlah badan sangat sihat... Anak-anak makan di kantin sekolah, suami juga begitu, di tempat kerjanya. Faham-faham sajalah, bila makanan beli, sudah tentu penjual menyediakan yang enak dan lazat dan biasanya yang enak dan lazat itu penuh dengan bahan perasa yang berlebihan... tak payah ceritalah.... sebab kalau lapar ke kantin juga perginya....Jadi, di rumahlah tempat kita bijak mengawal pengambilan makanan seimbang. Saya sempat menyediakan mee rebus dengan menggunakan mee kuning wak koboi. Biasanya mee rebus gunakan daging tapi saya ikut citarasa saya. Jadilah resepi Mee Kuning Wak Koboi Rebus Seafood....
Bahan-bahan:
300 gram mee kering (dicelur)
150 gram udang kertas (buang kepala)
150 gram sotong (potong ikut suka)
10 ketul ketam ball (belah dua)
10 ketul fish ball (belah dua)
400 ml santan
sedikit bancuhan air asam jawa
garam
gula
minyak
Bahan untuk direbus:
4 biji kentang
2 biji keledek
1 genggam udang geragau
Selepas direbus, kisar semua bahan hingga hancur.
Bahan kisar:
7 biji cili kering
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
2 cm lengkuas
Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang
daun sup
hirisan lada merah
lada jeruk (jika suka)
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan santan diikuti dengan udang, sotong, ketam ball dan fish ball. Biarkan seketika.
3. Masukkan kentang bersama keledek dan udang geragau yang dikisar halus.
4. Masukkan garam, gula dan perasa serta air asam jawa. Kacau hingga masak.
5. Letakkan mee di atas pinggan dan tuang kuah ke atasnya.
6. Hias dengan daun bawang, daun sup,bawang goreng dan hirisan lada merah. Jika suka boleh makan bersama lada jeruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan