Jom cuba masak Ikan Goreng Berempah! Fuad & Fairuz kata sangat sedap! Jadi... kita pun teruslah mengembang sebesen he heheheeh.....
Apa pun terima kasih untuk Chef Sarji kerana rajin membukukan resepi Masakan Mamak yang sememangnya cukup mudah untuk dicuba dan sangat menyelerakan ketika dinikmati!
Resepi : Ikan Goreng Berempah
Sumber : Masakan Mamak oleh Chef Sarji
Bahan A:
8 potong ikan tenggiri - dipotong bulat 1/2 inci
1 tangkai daun kari
Bahan B : dikisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
3 kuntum bunga cengkih
3 cawan minyak masak
1/2 sudu teh garam - Amie tambah
Cara:
1. Satukan Bahan A dan Bahan B kecuali minyak masak di dalam mangkuk. Gaul dengan ikan hingga sebati.
2. Perap di dalam peti sejuk selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dengan api sederhana.
salam kak amie..
BalasPadamsedap makan ikan goreng berempah ni..boleh buat selera makan dan tambah nasi..hehe..
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamLagu mana pun masakan mamak memang yang terbaeekkk, heheheh, jangan mare...
assalamualaikum amie klu digandingkan dgn nasi pns pasti terangkat kan....
BalasPadamSalam k.amie.. saya dah try semalam. Sedap.. kalau nak rasa, jemputlah ke dapur saya...:)
BalasPadamTq for sharing the recipe. Moga murah rezeki k amie.
Tq 4 resepi,otw nk masak
BalasPadam