Pertama kali MIL melihat Amie hidangkan asam pedas kepala ikan tenggiri untuk makan tengahari di rumahnya selepas beberapa bulan jadi menantunya, beliau terus berkata.... oooooo begini rupanya asam pedas masakan orang negeri (bukan bermkasud orang Negeri Sembilan, tetapi merujuk kepada penduduk yang tinggal luar dari Pulau Cocos-Keeling, tempat kelahirannya). Amie pun tertanya-tanya dalam hati.... salahkan masakanku ini atau ada versi asam pedas yang lain? Akhirnya terjawab juga persoalan yang mengganggu minda ketika itu bila suatu hari MIL mengatakan ingin masak asam pedas ikan baung. Jadi, Amie pun dapat ilmu masakan asam pedas yang agak berbeza dengan masakan asam pedas yang biasa kita masak! Ternyata masakan asam pedas MIL sangat ringkas dan mudah sekali. MIL hanya gunakan beberapa biji cili padi, sedikit belacan, bawang putih dan bawang merah, sedikit halia dan juga serai serta asam jawa. Warna kuahnya juga sudah tentulah berbeza dengan kuah asam pedas yang biasa kita masak! Unik bukan? Walaupun namanya sama tapi cara olahan dan bahannya juga sedikit berbeza. Kini, hampir 8 tahun MIL meninggalkan kami, namun Amie masih boleh mengingat dengan jelas cara MIL masak asam pedas. Kadang-kadang sewaktu kami berkunjung ke kampung menziarahi FIL, Amie dapati FIL masak asam pedas ikan baung atau ikan patin dan adakalanya ikan lawang. Caranya sama seperti yang MIL masak. Hari ini.... sudah lebih 2 tahun FIL pula yang meninggalkan kami. Masakan asam pedas mereka tidak Amie biarkan begitu saha, hilang bersama pemergian kedua-duanya, sebaliknya Amie cuba usahakan menjadikannya sebagai salah satu koleksi masakan kami.
Asam Pedas Ikan Patin resepi MIL memang diterima baik keluarga kecil kami. Kalau dihidangkan ikan patin, Fuadlah orang terakhir yang meninggalkan meja makan! Memang Fuad cukup suka dengan ikan patin. Di bawah ini Amie kongsikan resepi Asam Pedas Ikan Patin cara Bonda mentua Amie ye...
Resepi : Asam Pedas Ikan Patin
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 kg ikan patin - bersihkan dan potong ikut saiz & cita rasa masing-masing
1 batang serai - diketuk
2 keping asam gelugur - resepi asal MIL gunakan asam jawa
3 cawan air
minyak
garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
10 biji cili padi - boleh tambah jika suka lebih pedas
3 ulas bawang putih
biji bawang merah
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk serta serai hingga naik bau.
2. Masukkan air, asam keping serta serai dan biarkan mendidih.
3. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan patin dan biarkan sehingga masak antara 7-10 minit.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur.
Asdsalamualaikum amie...menggoda dan tergoda kecur...
BalasPadamAssalamualaikum kak..2 hari lepas,menu kami ikan patin gak ..goreng pun sedap kak...
BalasPadamAssalamualaikum. Terima kasih kak atas resipi ni. Ayah saya orang Kg. Segama. Pernah tengok ayah masak lauk ni, tapi namanya lain. Bolehlah saya cuba masak untuk dia nanti :D
BalasPadam