Entri sebelum tidur.... sepiring Kuey Teow Pedas & Secawan Kopi Tenom. Atas permintaan Encik Suami dan anak-anak yang teringin makan kuey teow goreng, Amie pun usahakan juga memasaknya dengan apa sahaja bahan yang boleh diolah. Sebenarnya petang tadi kami sekeluarga makan di luar, dan kemudian sama-sama mengambil Firdaus di kampung, tapi bila dah malam Encik Suami & anak-anak kata lapar pulak!
Teringin Mee Goreng Pedas tempohari yang kata anak-anak sedap, jadi untuk kuey teow goreng kali ini pun Amie gunakan lebih cili kisar! Sudahlah pedas... ditambah pula dengan kopi panas! Lagilah meleleh ya... Untuk resepi Kuey Teow Pedas ini Amie kisar cili kering bersama bawang dan juga udang kering. Amie juga tambahkan sos lada hitam dalam resepi ini. Tak kisahlah kan, bubuh apa pun... yang penting rasanya sedap dan boleh diterima keluarga.
Resepi : Kuey Teow Goreng Pedas
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 kg kuey teow - bilas dan toskan
20 ekor udang kertas - bersihkan dan belah belakang
3 tangkai sayur sawi - potong batang & daun
1/2 batang lobak merah - hiris kecil-kecil
5 batang sosej - potong serong
1 keping fish cake - potong dadu
1 cawan taugeh
2 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
2 sudu makan jus limau nipis
minyak
Bahan kisar:
15 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 genggam udang kering
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak menggunakan api sederhana panas.
2. Masukkan udang kertas, lobak merah, sosej, fish cake dan batang sawi. Gaul rata.
3. Masukkan sos tiram, sos lada hitam, sos tomato, dan kicap manis.
4. Setelah kesemua bahan tumisan masak, masukkan kuey teow dan sayur sawi. Gaul beberapa kali.
5. Masukkan taugeh, dan perencah MAGGI Cukup Rasa.
6. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis, dan gaul sekali lagi.
7. Padamkan api dapur.
huhuhu Kuey Teow! yang gulung gulung kuning tu tolo dadar eh?
BalasPadamahhh enak!
Salam Kak Amie..
BalasPadamkuey teow, mee & bihun mst kna slalu ada stok kan kak..senang keje klu ada yg terlapar di mlm ari hihii
Salam K.Amie...ini sangat sedap. Suka tengok blog K.Amie berwajah baru...nmpk lebih segar. Cantiklah :)
BalasPadamassallam Amie..acik pun teringin kuey teaw pedas Amie ni
BalasPadamHai..bilalah dapat rasa air tangan Amie ni, walaupun sepinggan kuey teow goreng, tetap jadi pojaan. Hihi semua nampak sedap bila tengok masakan Amie..
BalasPadamSalam Kak Amie..sedapppp ni...cuma kalau dapat kat saya yang tak tahan pedas ni maunya ratah udang jelah......
BalasPadamsalam kak amie... cantik rumah baru ni...
BalasPadamp/s : nanti akak emailkan alamat dan no fon ke kemren0104@yahoo.com
ada gift nak bagi...
Salam Kak Amie...tiba2 pulak lapar ni...apa macam?
BalasPadamSalam Amie..samalah menu kita pagi ni. Tapi yang wan punya simple saja..terliur tgk kueh tiew dengan hiasan yang menggoda..rajin sungguh Amie.
BalasPadamassalam
BalasPadamsedapnya kuewteau goreng
udang pun cantik posink
buat og memandang tergoda ni
rasa pedas mmg kene slere sy hehe. kalo dah slalu goreng mee ape kata campur sos siap2 dan simpan dlm peti mcm restoran buat. diaorg mana ade masa nk bubuh satu2 kan...
BalasPadamterima kasih krn sudi berkongsi